Anak ada ekzema, ini list sayur dan buah kena elak makan. Ada 13 sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema. Maknanya jika dimakan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up.
Anak Ada Ekzema, Ini List Sayur & Buah Kena Elak Makan
Siapa sangka ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama-lamanya harus dijauhi.
Tapi cuba off sementara ekzema belum baik. Dan anda sudah penat berhabis duit beli krim dan tak tidur malam lihat anak bergaru setiap malam.
Sayur dan buah di bawah ni antara lists yang saya sebagai Eczema Health Coach larang klien saya makan sementara waktu hingga ekzema mereka pulih dengan mudah tanpa ubat dengan izin Allah #tipsekzemaMizhana
Mari lihat apakah sayur dan buah itu yang suka buat onar pada ekzema anak anda di gambar di bawah dan saya terangkan sekali kenapa :
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi.
Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, sama ada ekzema teruk atau lambat baik.
Cendawan ini basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Ads
Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni)
Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema.
Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema.
Ads
Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun bad for eczema healing.
Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi buah yang bahaya untuk kulit ekzema.
Berries tak kisahlah strawberry ke ,blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal.
Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Muhammad Sher Harraz Hazmeer anak kepada selebriti, Chot Maharaja lawak mega dan isteri Siti Zafirul Azzah telah menghadap Illahi pada pukul 8.40 pagi ini. Anak beliau telah bertarung melawan sakit jantung sejurus selepas dilahirkan sehingga ke hari ini.
Dua hari lepas, pasangan ini sempat memeluk anak syurga ini. Itulah kali pertama mereka dapat memeluk anak mereka. Namun ketika itu, keadaan Harraz sudah lemah.
Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu. Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan.
Kalau Perlu Menangis, Menangislah. Kita Bukan Superwoman Selamanya
Melalui perkongsian Puan Nadia Bakar, ibu adalah individu hebat. Cuma jika sampai pada tahap tertentu, kita juga kena mengalah. Mengalah tak semestinya kita lemah cuma ia adalah cara kita luahkan apa yang terbuku di hati.
Dulu, saya ingatkan orang yang suka menangis, si cengeng, si cembeng ni lemah dalam ujian hidup. Rupa-rupanya saya silap!
Ibu,
Kalau perlu menangis kerana penat dan lelah, emosi yang berat tak tertanggung, menangislah. Menangislah.
Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan Tuhan dengan pelbagai emosi.
KITA BUKAN SUPERWOMAN. NO SUCH THING AS SUPERWOMAN.
Nampak gagah di depan khalayak, nampak seperti “I’m always fine.”
Sedangkan hakikat yang sebenarnya, kita selalu menangis, memendam seorang diri. Kita takut dikatakan kita lemah, sedangkan Tuhan dah buat cukup cantik diri kita ni pakej sekali dengan emosi sedih tu.
Ambil masa untuk menangis, lepaskan segala yang terbuku di dada. Di depan anak-anak pun tak mengapa, langsung tak jadi dosa.
Supaya anak-anak kita belajar mengenal jenis-jenis emosi. Supaya mereka tahu ibu juga manusia yang sama seperti mereka.
Dari situ anak-anak juga belajar cara untuk meluahkan perasaan sebagai seorang yang namanya manusia dan mereka akan belajar jadi manusia yang lebih fleksibel. Mudah mengerti situasi orang lain.
Tidaklah bila anak dah besar nanti dia hilang simpati dan empati pada ibu sendiri. Melarat pula kepada orang lain kerana tersalah judgement.
Waktu tu juga jangan pula kita pelik kenapa anak-anak tak terfikir pun nak temankan kita yang sendirian di rumah menghabiskan sisa-sisa hidup.
Kerana yang dia tahu ibunya sentiasa okay, kuat, superwoman. Semuanya ibu boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Ini kisah benar yang saya nampak sendiri.
** Antara intipati yang saya dapat daripada talk Dr Siti Rohana hari tu.
Minta tolong sampaikan kepada wanita yang kita sayangi. Mungkin ramai yang belum tahu.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suntikan vaksin sangat penting untuk melindungi manusia daripada ancaman pelbagai virus dan bakteria yang mudah menjangkiti. Namun tindakan sesetengah ibu bapa yang menolak untuk memvaksinkan anak mereka mendedahkan masyarakat kepada penularan penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Dengan cara tidak jujur menipu guru di sekolah agar anak mereka tidak divaksinkan.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Amirul Amzar yang turut berkongsi rakaman skrin yang menunjukkan seorang ibu bertindak menipu dengan tidak menyertakan salinan rekod vaksin anak dan hanya menanda ruangan ‘tidak membenarkan’ apabila menerima surat kebenaran mendapat suntikan vaksin di sekolah.
Dr Amirul Amzar juga turut memuji tindakan taska dan tadika yang menolak anak-anak yang tidak divaksin dan mengulas tentang kepentingan pemvaksinan dalam kelompok kecil seperti di taska/ tadika.
TASKA/TADIKA MENOLAK KANAK-KANAK YANG TIDAK DIVAKSIN SEPENUHNYA
Saya dimaklumkan terdapat beberapa taska atau tadika yang menolak kanak-kanak yang tidak menerima vaksin sepenuhnya. Situasi ini menimbulkan kemarahan pada ibu bapa antivaksin sehingga ada antara mereka yang sanggup menipu dalam mendaftarkan anak-anak mereka.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAHNIAH pada pihak pengurusan taska atau tadika yang membuat peraturan sedemikian. Ini adalah tindakan bertanggungjawab yang bijak.
Vaksin berkesan dalam melindungi kanak-kanak dari pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bukan itu sahaja, pemberian vaksin juga melindungi anak-anak lain yang tidak boleh menerima vaksin atau bayi yang masih kecil yang belum boleh menerima vaksin, melalui imuniti kelompok.
Antivaksin suka berhujah memomokkan imuniti kelompok. Kata mereka, golongan yang menolak vaksin ini sedikit sahaja, tak meruntuhkan imuniti kelompok pun.
Apa yang mereka gagal faham adalah konsep ini boleh dikecilkan pada populasi kecil setempat, sebagai contoh, kanak-kanak di taska.
Secara purata, kanak-kanak di taska menghabiskan masa selama separuh hari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu di taska. Ini menjadikan kehidupan di taska satu rutin pada mereka.
KESAN SEKIRANYA ADA KANAK-KANAK YANG TIDAK DIVAKSIN
Sekiranya pihak taska sewenang-wenangnya menerima kanak-kanak tidak divaksin, risiko penularan wabak akan meningkat. Bayangkan jika 100 orang berdaftar, 30 menolak vaksin.Disebabkan peratusan imuniti jatuh di bawah 70% (tidak kira lagi mereka yang gagal menjana imuniti selepas divaksin), risiko untuk wabak berlaku amat tinggi.
Sekiranya wabak berlaku, pihak taska terpaksa bertanggungjawab. Mereka perlu menutup taska berhari-hari. Malah, ibu bapa yang telah memvaksinkan anak mereka juga akan terganggu dengan penutupan ini.
Oleh sebab itu, tindakan pihak taska atau tadika menolak golongan antivaksin ini adalah satu tindakan bertanggungjawab yang bijak.
Jika golongan antivaksin mahu menarik isu undang-undang, tampar lah pipi mereka dan sedarkan mereka. Mereka adalah klien dan pengurusan taska adalah peniaga. Adalah satu hak kepada peniaga untuk menolak berurusan dengan klien yang berpotensi menyusahkan mereka kelak.
4 SARANAN KEPADA PIHAK TADIKA/ TASKA TENTANG ANTIVAKSIN
Dr Amirul Amzar juga turut berkongsi empat saranan bernas kepada pemilik tadika dan taska berkenaan isu ini.
1. Pihak pengurusan taska dan tadika berhak dan digalakkan menolak ibu bapa antivaksin. Ini bagi menjaga tanggungjawab mereka kepada kanak-kanak lain. 2. Ibu bapa antivaksin seharusnya tidak menyalahkan pihak taska. Jika mereka masih berdegil menolak vaksin, mereka perlu mencari alternatif lain sama ada taska kelolaan antivaksin juga atau pendidikan pra persekolahan di rumah. 3. Jangan menipu jika anda antivaksin. Anda bukan sahaja membahayakan nyawa anak anda, malah membahayakan kanak-kanak lain dan pihak pengurusan taska. 4. Pihak pengurusan taska perlu berhati-hati dengan penipu antivaksin. Dapatkan buku rekod vaksinasi mereka dan semak dengan teliti. Anda terdedah kepada bahaya wabak jika terperdaya dengan mereka ini.
P/S: Antivaksin tolak vaksin kerana kandungannya yang diragui walhal pihak agamawan telah mengharuskan penggunaannya (rujuk Bayan Linnas isu 59). Tetapi, mereka tidak rasa berdosa pula menipu rekod imunisasi anak-anak mereka.
Umpama menang berjudi, wang dibelanja untuk ke umrah.
Dan mungkin sahabat-sahabat boleh namakan taska-taska yang diketahui ada peraturan menolak antivaksin sebegini? Bagi memudahkan ibu bapa yang membaca membuat pilihan selamat untuk anak-anak mereka.