Anak darjah 1 mengamuk tak nak pergi sekolah, ini tip bantu mak ayah. Melihat anak menangis, meronta, dan enggan ke sekolah boleh menjadi satu cabaran besar bagi ibu bapa, terutamanya apabila anak baru masuk darjah satu.
Anak Darjah 1 Mengamuk Tak Nak Pergi Sekolah, Ini Tip Bantu Mak Ayah
Situasi ini bukan sahaja meletihkan fizikal, tetapi juga menguji kesabaran dan emosi ibu bapa. Jangan panik! Masalah ini biasa berlaku dan ada cara untuk menanganinya dengan tenang dan bijak.
Kenapa Anak Tak Mahu Pergi Sekolah?
Sebelum mencari penyelesaian, penting untuk memahami sebab anak menolak ke sekolah. Antara sebab utama ialah:
*Takut berpisah dengan ibu bapa – Ini biasa bagi anak kecil yang belum biasa berjauhan dalam tempoh lama.
*Takut dengan persekitaran baru – Sekolah adalah dunia asing bagi mereka. Guru, rakan, jadual, dan peraturan semuanya berbeza daripada suasana di rumah atau tadika.
*Rasa beban dengan pelajaran – Walaupun darjah satu masih peringkat awal, ada anak yang tertekan dengan tugasan atau tak biasa dengan cara pembelajaran baru.
*Kurang kawan atau rasa tersisih – Anak mungkin belum jumpa kawan yang dia selesa, atau dia rasa tak diterima dalam kalangan rakan sebaya.
*Pengalaman negatif di sekolah – Mungkin dia pernah dimarahi guru, diejek rakan, atau mengalami sesuatu yang buat dia takut ke sekolah.
Apa Yang Ibu Bapa Boleh Buat?
Jika anak meragam setiap pagi dan enggan ke sekolah, cuba langkah-langkah berikut:
Ads
1. Tenangkan Anak, Jangan Paksa Dengan Kasar
Marah atau paksa anak dengan paksaan fizikal hanya akan buat dia lebih trauma. Sebaliknya, peluk anak, cakap dengan nada lembut, dan yakinkan dia bahawa sekolah adalah tempat yang selamat.
2. Beri Sokongan Emosi
Bantu anak faham bahawa perasaan takut atau gementar itu normal. Katakan, “Mama pun dulu takut nak ke sekolah, tapi lepas kenal kawan-kawan, sekolah jadi seronok!” Ceritakan pengalaman anda untuk meyakinkan dia.
3. Biasakan Rutin Pagi Yang Menenangkan
Bantu anak bersiap dengan tenang setiap pagi. Pastikan dia tidur awal supaya tak bangun dalam keadaan letih. Elakkan terburu-buru atau menakut-nakutkan anak dengan kata-kata seperti, “Kalau lambat, cikgu marah!”
4. Bercakap Dengan Guru
Jika anak masih enggan ke sekolah selepas beberapa hari, bincang dengan guru kelasnya. Guru mungkin boleh bantu dengan memberi perhatian lebih atau memastikan anak lebih selesa di sekolah.
5. Bantu Anak Cari Kawan
Tanya anak tentang rakan-rakan di sekolah dan galakkan dia berkawan. Jika perlu, aturkan playdate dengan ibu bapa lain supaya anak lebih selesa bergaul.
6. Gunakan Ganjaran Positif
Beri galakan kepada anak dengan cara yang positif. Contohnya, jika anak berjaya pergi ke sekolah tanpa menangis, puji dia atau beri sesuatu yang dia suka, seperti stiker comel atau makanan kegemaran.
Ads
7. Jelaskan Kepentingan Sekolah Dengan Cara Menarik
Jangan hanya kata “Kena pergi sekolah sebab wajib.” Sebaliknya, ceritakan bahawa sekolah adalah tempat untuk bermain, belajar perkara baru, dan bertemu kawan-kawan.
8. Jika Berlarutan, Dapatkan Bantuan Pakar
Jika anak masih mengalami ketakutan melampau atau menunjukkan tanda-tanda kecemasan yang serius (seperti sakit perut atau muntah setiap pagi sebelum sekolah), mungkin ada masalah yang lebih mendalam. Dapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak atau kaunselor.
Masalah anak enggan ke sekolah bukan sesuatu yang luar biasa. Yang penting, ibu bapa perlu sabar dan memahami perasaan anak. Dengan pendekatan yang lembut dan positif, lama-kelamaan anak akan mula menerima rutin sekolah dengan lebih baik.
Ingat, fasa ini sementara sahaja. Dengan bimbingan dan kasih sayang, anak akan membesar menjadi pelajar yang gembira dan bersemangat!
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga.
Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.”
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Tahun ini Raja Ilya meraikan hari raya bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan untuk kembali bertemu keluarga akhirnya terubat juga. Paling seronok pulang ke kampung tentulah anak kesayangan Raja Ilya, Talita. Gelagatnya mencuri perhatian ramai.
Raja Ilya sempat berkongsi foto bersama keluarga pada 1 Syawal lalu dengan mengenakan persalinan kebaya pendek, sedondon dengan Talita manakala suaminya pula berbaju melayu siap bersamping.
Usahawan terkenal yang juga isteri kepada Datuk Seri Alif Syukri, Datin Seri Shahida berkongsi tips melahirkan anak tanpa sebarang jahitan ketika melahirkan lima daripada enam cahaya matanya.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, ibu kepada berkata enam cahaya mata ini rupanya mengamalkan minyak kelapa dara ketika kandungannya mencecah 34 minggu.
Tambah DS Shahida lagi, tidak hanya minum bahkan dia juga turut menyapu pada bahagian perut supaya ia memberi kesan yang lebih baik.
“Kalau tips bersalin tanpa koyakan, kena minum minyak kelapa dara. Minum dan sapu.
“Masa saya mengandung dan kandungan memasuki 34 minggu, saya minum satu sudu pagi dan malam minyak kelapa dara.
“Kalau sapu, kena buat masa awal kandungan. Saya sapu dekat perut dan kawasan yang baby akan keluar.
“Bila saya amalkan dengan izin Allah, kelima anak-anak saya iaitu Khadijah, Baim, Yusuf, Raudhah dan Lukman lahir tanpa sebarang jahitan.
“Tiada koyakan dan tiada jahitan yang diperlukan cuma pedih sebab bekas luka sahaja,” kongsinya.
Suka beranak, tak sanggup mengandung & pantang
Tambah isteri kepada pengasas produk D Herbs ini lagi, dia juga masih mempunyai tenaga yang banyak dan cergas sepanjang masa.
Akui Datin Shahida lagi, dia tidak berdepan trauma ketika bersalin sebaliknya mengakui agak berat melalui tempoh kehamilan yang panjang.
Begitu juga dengan tempoh berpantang yang memenatkan.
“Saya suka beranak tetapi tidak sanggup mengandung dan berpantang.
“Kalau berpantang saya rasa macam busuk sangat. Beranak memang sakit tetapi ia merupakan satu kenikmatan.
“Saya tidak akan ada perasaan serik untuk bersalin. Nikmat sakit bersalin itu bila baby keluar rasa lega sangat,” kongsinya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.