Rupanya anak perempuan boleh jadi lebih berjaya sekiranya mereka rapat dengan ayah. Bahkan penting untuk ayah selalu pesan 5 perkara penting ini kepada anak perempuan mereka.
Hubungan ayah dengan anak perempuan memberi impak besar terhadap perkembangan positif anak perempuan. Kajian menunjukkan bahawa ayah yang mempunyai hubungan rapat dengan anak perempuan dapat mempengaruhi pembentukan harga diri dan keyakinan diri si anak hingga dewasa.
Persepsi anak perempuan terhadap ayah banyak mempengaruhi kehidupannya dan menjadikan ia seorang wanita yang kuat dan tabah kelak.
Hubungan anak perempuan dengan ayah sangat penting. Ayah memberikan pengaruh berpanjangan kepada anak perempuan. Ayah mampu membuatkan si anak mencapai kejayaan di masa hadapan.
Bagaimana hubungan anda (ayah) dengan anak perempuan? Sebab itu pentingnya setiap yang bergelar ayah sering berkomunikasi dengan anak perempuan dan mempunyai hubungan erat ayah dan anak.
1. Fikir sebelum bercakap
Orang perempuan cenderung untuk selalu bercakap yang bukan-bukan apabila mereka sedang marah. Elakkan anak perempuan daripada mempunyai sikap begitu. Ia perlu diasuh sejak kecil.
Ia mesti ditunjukkan oleh ibu bapa sendiri. Di sini pentingnya peranan ayah untuk memberitahu anak supaya berfikir sebelum mereka bercakap. Ayah mesti beritahu anak supaya fikir perasaan orang lain jika mereka berkata-kata.
Paling penting, ayah mesti tunjukkan contoh tauladan. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain sebelum mengeluarkan kata-kata, ia akan memberikan pengaruh berpanjangan kepada anak perempuan supaya pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
Ads
2. Percaya dan yakin pada diri sendiri
Ayah mesti menanamkan sikap percaya dan yakin pada diri sendiri kepada anak perempuan. Mereka akan membesar sebagai seorang wanita satu hari nanti maka ada pelbagai perubahan yang akan dilalui.
Walauapa pun perubahan yang mereka lalui, sentiasa ingatkan mereka untuk tetap berkeyakinan diri. Bercakap dari kaca mata seorang lelaki yang telah melalui banyak pengalaman, ayah perlu mengingatkan anak perempuan supaya sentiasa menjaga maruah diri dan dalam masa yang sama perlu berkeyakinan.
Mempunyai ayah yang sentiasa mengingatkan anak perempuan untuk berkeyakinan dan percaya pada diri sendiri memberikan impak besar yang positif terhadap perkembangan anak.
Ads
3. Menjadi berani
Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk menanamkan kata-kata semangat kepada anak perempuan supaya sentiasa berani. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah adalah orang yang paling kuat memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
Dari situ anak memperoleh keberanian untuk meneruskan perjuangan sampai berjaya dan kata-kata tersebut perlu diteruskan secara konsisten sampai bila-bila kerana anak perempuan perlukan daripada seorang ayah!
Ads
4. Ayah sentiasa sayang
Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakan walaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
Sentiasa berikan mereka perhatian dan konsisten ucapkan yang ayah sayang akan dirinya. Percayalah, anak perempuan yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang daripada ibu dan ayah serta sentiasa mendapat ucapan sayang daripada ayah akan membesar sebagai anak yang bahagia dan berjaya.
Ucapan sayang daripada ayah memberi seribu makna kepada anak perempuan dan ia terus tersemat dalam sanubari mereka sampai bila-bila.
5. Melindungi anak
Ayah sentiasa menjadi pelindung kepada anak-anaknya terutama anak perempuan. Walaupun tegas dan nampak garang tetapi sebenarnya ayah seorang yang penyayang kepada anak perempuan.
Seorang ayah akan sentiasa melindungi anak perempuannya daripada perkara buruk. Ayah selalu nampak ‘tak sporting’ dalam banyak perkara tetapi sebenarnya dia lebih memikirkan perkara buruk yang mungkin tidak pernah terfikir oleh si anak. Itulah sikap pelindung seorang ayah.
Setiap ayah berkemampuan mengajar anak perempuannya kekuatan sebenar dan nilai keyakinan diri. Ayah memang tegas dan garang tapi jauh di sudut hati ayah sangat menyayangi dan melindungi anak perempuannya dan tidak mahu si anak disakiti sama sekali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah asyik berselerak dengan permainan anak hinggakan ibu rasa letih nak mengemas. Ya ini yang selalu menjadi rungutan ibu. Ingat sebenarnya anak yang diberikan peluang untuk bermain ini lebih cepat belajar benda baru mengikut perkembangan usianya.
Selalunya bila anak-anak dalam lingkungan 1-5 tahun, mereka sangat gemar bermain. Kalau ada permainan tu, memang habis bersepah-sepah rumah. Ada ibu bapa yang asingkan satu bilik khas untuk mereka bermain, tetapi ada juga yang biarkan anak mereka bermain di mana-mana tempat yang mereka suka, asalkan selepas bermain, mereka kemas dan simpan balik alat permainan mereka.
Ada juga ibu bapa yang langsung tak bagi anak mereka bermain atas alasan nanti rumah bersepah.
Tahukah anda, sebenarnya semasa mereka bermain ni, mereka banyak belajar benda baru. Bagi kita permainan itu macam remeh dan merimaskan, tapi bagi mereka itu adalah satu perkara baru yang sukar tapi menyeronokkan dimana mereka mula belajar cara berfikir untuk menyelesaikan masalah, mengawal otot mereka, keseimbangan dan juga koordinasi badan.
Perkara yang kita pandang remeh ini sebenarnya yang akan membantu mereka untuk membuat aktiviti yang lebih kompleks seperti melompat tali dan menendang bola semasa berlari.
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya biarkan anak-anak kita untuk terus mencuba perkara baru dan kita hendaklah sentiasa mengawasi mereka. Kita juga boleh mengajar mereka untuk kemas balik barang permainan yang telah mereka gunakan. Ini akan mengajar mereka lebih bertanggungjawab terhadap barang mereka sendiri.
Perkembangan awal kanak-kanak (12-24 Bulan)
– Boleh berjalan sendiri
– Boleh menarik permainan ketika berjalan
– Boleh mencangkung dan bangun balik
– Mula berlari
– Menendang bola
– Jalan mengundur ke belakang
Perkembangan kanak-kanak lebih dewasa (24-36 Bulan)
– Boleh seimbangkan diri bila berdiri menggunakan satu kaki selama 1-2 saat
– Boleh memanjat
– Boleh baling bola melepasi kepala
– Boleh membongkok tanpa jatuh
– Boleh mengayuh basikal tiga roda
Untuk Kanak-kanak berusia 12-36 bulan, jangka masa bermain yang dicadangkan adalah
– Sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang berstruktur seperti bermain bola dan ditaman permainan (dibawah pengawasan orang dewasa)
– Sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal yang tidak berstruktur (permainan bebas)
Kanak-kanak tidak sepatutnya duduk diam dalam masa lebih dari sejam kecuali semasa tidur. Ini adalah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik sepanjang aktiviti permainan mereka kerana pada masa inilah mereka belajar. Kalau mereka sakit dan duduk diam, tu yang mesti kita risaukan.
Tahukah anda anak yang kerap dipeluk ibu akan membesar sebagai individu yang positif, mudah mendengar kata dan mempunyai perilaku yang baik.
“Kenapa susah sangat nak dengar cakap Ibu. Dah berapa kali ibu pesan jangan buang sampah dalam bilik. Kotor!!”
Puas dimarah, dileter dan didenda tapi anak tetap susah nak dengar cakap ibu bapa. Kenapa? Tentu ramai ibu-ibu mengalami situasi yang sama dengan anak-anak zaman sekarang tak kira yang besar ataupun masih kecil.
Luahan ini sering didengar oleh Ustaz Ebit Lew dan beliau telah berkongsi tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
1. Kerap peluk anak
Ada pasangan suami isteri jumpa saya katanya anak-anaknya selalu tak dengar kata dan buat perkara yang tak patut. Mereka tak hormat kami ibu bapa.
Jawab saya berilah masa selalu peluk mereka. Lagi kuat kita peluk mereka lebih mereka menjadi manusia yang penyayang.
Mereka jumpa saya semula dan kata lepas selalu peluk anak mereka berubah. Lembut dan mudah dengar kata. Sekali suruh terus jalan. Lembut dan rasa kasih sayang.
Anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sama juga mak kepada anak kita. Mereka lebih-lebih lagi dahagakan kasih sayang dan pelukan.
2. Jangan gaduh depan anak
Kita sebagai anak boleh terima kurang sempurna rumah. Tidur ramai-ramai tanpa bilik. Kenderaan atau pakaian mak ayah tak sempurna. Kurang duit. Tak dapat gadget atau permainan.
Tapi tiada anak yang boleh tahan lihat mak ayah mereka bergaduh dan mak ayah yang hidup tanpa cinta dan saling memusuhi mengkhianati.
Walau kita dah dewasa kita tak sanggup lihat mak ayah kita bergaduh. Inikan pula anak masih kecil. Berikanlah hak anak-anak. Iaitu didikan iman. Dan anugerahkan mereka contoh kasih sayang dan keikhlasan dalam hidup.
Biarlah mereka bina yakin dan percaya dengan Islam. Berikanlah hak mereka. Jangan bergaduh depan anak-anak. Buatlah semuanya kerana Allah. Hidupkan Ta’lim dalam rumah. Hidupkan sunnah dalam rumah.
Anak kuat memanjat sebenarnya bagus! Jangan sesekali larang atau bantah. Boleh terbantut perkembangan anak nanti.
Bayangkan anak tengah berani, gril yang tinggi tu dia tak takut nak panjat. Sekali kena marah, terus jadi takut. Sayang seribu kali sayang. Keyakinan diri anak boleh merudum jatuh.
Lepas ni dia nak buat apa-apa ikut kata hati mesti dia tak berani, sebab takut kena marah.
Lagipun dari sudut tumbesaran fizikal, banyak sungguh manfaat pada anak dari aktiviti memanjat ni.
– otot dan tulang dia jadi makin kuat dan makin besar. Terutama di bahagian kaki dan tangan.
– setiap kali anak berusaha memanjat akan dapat tajamkan daya fokus. Dapat latih mata dia untuk fokus pada satu satu kerja.
– attention span pun meningkat. Makin tinggi kena panjat, makin lama la anak kena fokus.
– boleh asah keseimbangan dan koordinasi badan. Ada anak takut nak lompat longkang dan goyah naik tangga, antara sebabnya ialah keseimbangan dan koordinasi ni lemah.
– dapat asah coping skil. Masa panjat bukan guna tangan dan kaki je, otak pun ligat berfikir. Tu la makin lasak anak, makin panjang akal dia jadinya.
Yang karenah lasak anak kita nampak tu bukan sebab dia tak reti duduk diam tapi sebenarnya dia memang tak mampu nak duduk diam pun.
Naluri untuk membesar dia sedang membuak-buak dalam diri, nak tak nak memang kena buat sesuatu yang drastik macam memanjat begini.
Percayalah, tak ada satu pun kegiatan anak-anak tu adalah sia-sia. Semua untuk perkembangan dia juga.
Kredit: Mohd Fhais
Penat memang penat tapi syukur anak sihat!
#PositiveParentingFhais
**Ingin dapatkan barangan keperluan anak pada harga berpatutan, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Mula bersekolah, tak ada pakaian seragam. Boleh pakai baju yang sesuai dan sopan dahulu. Ikuti artikel lanjut di AWANI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.