Anak pun sama macam kita. Ada masanya dia bosan makan nasi hari-hari. Sesekali apa kata mama alihkan seleranya dengan menyediakan menu Barat pula. Tak perlu bahan yang sarat dan bermacam-macam, cukup hanya ada protein dan serat untuk anak makan berselera.
Resipi Creamy Baby Noodle Ikan Bilis & Cheese yang disediakan oleh Puan Rarra Sakura ini menerusi Happy Baby Food Malaysia ini boleh anda cuba. Buktinya anak kembar Puan Rarra, Arissa dan Aina berjaya menghabiskan semangkuk mi. Sesekali ubah selera anak, pasti anak makan bertambah.
Bahan-bahannya.
Twins saya dalam fasa teething kot (belum tumbuh gigi) tapi macam dah ada ciri-ciri nak berjalan. Asyik berdiri paut dinding je. Dua-dua selera macam orang tua lak, tak mau nasi dah nak makan yang penyet-penyet. Bangun pagi mesti saya pikir nak bagi menu apa kat anak. So saya cuba menu western pulak la.
Alhamdulillah anak suka. Habis la noodles semangkuk sorang. Rasa happy rasa tak tau nak cakap. Arini twins Arissa dan Aina genap 11 bulan. Sapa yang tengah berjuang nak bagi anak makan tu boleh try resepi ni. Mana tau berkesan.
Ads
Bahan-bahan:
Baby noodle -organic boleh beli kat aeon)
Bawang holand
Bawang putih
Daging kisar
Unsalted butter
Sedikit tomato ceri
Brokoli
Susu full cream/susu formula
Serbuk ikan bilis homemade
Sedikit cheese
Ads
Rebus dulu noodle dan tos. Ketepikan.
Sapu unsalted butter pada kuali. Tumiskan sampai naik bau bawang holland, bawang putih, daging kisar dan cherry tomatoes.
Ads
Kemudian masukkan susu full cream / susu formula. Biar mendidih. Masukkan serbuk ikan bilis (buat sendiri sangai dulu baru tumbuk dan tapis berulang kali).
Cuti persekolahan ni pasti mama mula buntu memikirkan menu buat anak-anak di rumah. Macam-macam permintaan anak-anak dan tak kurang juga menu yang sama setiap hari. Alahai susahnya nak fikirkan menu.
Nak cuba idea kreatif? Jom cuba kesemua menu kreatif yang disediakan oleh Nurul Syahidah Ramli ni buat anaknya Zaid Harith yang baru berusia 16 bulan. Kesemua menu yang disediakan memang superwow…kreatif dan confirm anak suka.
Menu makanan Zaid Harith, 16 bulan.
Saya kongsikan idea menu anak dengan ibu-ibu dan untuk rujukan saya akan datang. Sesuai dari umur 8 bulan sehingga setahun lebih.
Saya kongsi tip dari doktor tentang kuantiti anggaran makanan yang perlu anak makan dalam satu hidangan:
– 2 genggam tangan anak untuk karbohidrat (nasi/pasta dan lain-lain)
Roti 1 keping memadai.
– 1 tapak tangan anak untuk protein
– 2 tapak tangan anak untuk sayuran
– 1 potong kecil buah
Selamat melatih anak makan ikut portion yang betul ?. Love, littlefoodie.
Seawal umur anak 11 bulan sudah boleh dikenalkan dengan menu keluarga. Sangat membantu untuk anak serasi dengan cara pemakanan kita nanti. Cumanya, jangan kenalkan lagi garam, gula, perasa atau pedas sampai umur yang sepatutnya.
So ibu-ibu yang selalu buntu nak masak apa untuk anak, boleh lah matching kan dengan menu keluarga kan? Kalau harini masak sup bayam merah dan ikan, apa kata menu anak pun buat yg sama.
Note: Pastikan bahan yang digunakan tiada alahan kepada anak dan sesuai untuk umur anak.
Tips:
Teksture makanan anak mengikut umur.
(tetapi masih perlu ikut kesediaan anak untuk terima texture makanan baru. Jangan paksa dan enjoy moment ini ?
Jom kita tengok variasi menu kreatif dari ibu kita ni untuk anaknya Zaid. Dua menu disertakan di sini antara menu kreatif lagi awesome!
Ada tak anak yang taknak makan nasi, tapi suka makan roti atau kek?
Boleh cuba resepi kenyang yang lengkap dgn karbo, protein dan sayur. Buat jadi travel food pun ok sangat!
Bahan: 2 senduk nasi
1 keping isi ayam
2 ulas bawang putih
½ biji bawang kecil
½ genggam cauliflower (sayur lain pun boleh)
2 kiub kecil unsalted butter
2 inch carrot – potong memanjang macam mancis
1 biji telur
Sedikit lada hitam & oregano (boleh juga guna mixherbs)
2 sudu besar cream cheese
3 sudu besar fresh milk – boleh ganti dengan sedikit air atau 1 sudu plain yogurt
1 kiub cbb – optional boleh refer previous post cara buat.
Panaskan oven 180°c. Masukkan semua bahan kecuali carrot ke dalam food processor atau blender. Kisar sehinggga sebati. Kemudian, masukkan carrot, gaul sebati. Sudukan ke dalam muffin cup. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Ps: Nak bakar lama sikit sampai jadi golden pun boleh tau. Tak ada oven boleh guna air-fryer. Nak kukus, kemudian goreng pun boleh. Buat patties pun ok. Sedap juga.
2. LAYERED EGG MUFFIN
Saya buat untuk bawa bekal jalan-jalan anak. Sedap dan tak leceh takut tumpah kuah sebab tak berkuah pun tapi cukup rasa. Jalan-jalan cuma bawa 1 botol air dan 1 bekas makanan je
Resepi begedil
1 biji kentang – rebus atau potong & goreng. Lenyek hancur
½ bawang merah – racik halus
Sayur (pak choy atau bayam hijau) – racik
Serbuk ikan bilis dan serbuk lada hitam
Daging cincang – goreng separuh masak dengan sedikit minyak
1 biji telur kuning
Satukan kesemuanya dan gaul.
(kalau nak cepat, tak perlu buat begedil. Boleh tumis bawang dengan daging cincang dan perasakan dengan serbuk ikan bilis dan lada hitam)
Sapukan minyak zaitun sekitar acuan. Masukkan begedil. Masukkan nasi putih. Kemudian masukkan 1 biji telur yang dah dipukul ke atas lapisan nasi.
Bakar 170°c selama 15 ke 20 minit.
Ps: Boleh olah ikut kesesuaian umur anak seawal 10 bulan. Daging lembu boleh digantikan dgn ayam cincang. Nasi putih digantikan dengan bubur.
Ha awesome tak? Nak resipi hebat lain boleh cari Nurul Syahidah Ramli. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai termasuk anak-anak. Lebih enak kalau dihidang bersama kuah kari serta sambal yang power! Kalau mama nak buat sendiri roti canai untuk keluarga, boleh ikuti resipi ini.
Resipi ini sesuai untuk anak berumur 3 tahun ke atas kerana terdapat garam, gula di dalam bahan adunan. Bagi anak yang mempunyai alahan terhadap telur, roti ini sesuai kerana tiada telur dalam bahan adunanya.
ROTI CANAI (tanpa telur)
Bahan-bahan;
*1 sb gula
*1 sb susu pekat
*1 sb planta ( cairkan dalam kuali )
*1 sudu kecil kfc garam
*1 cawan air sejuk dari peti
4 cawan gandum
Cara penyediaan;
Sebatikan smua bahan bertanda untuk bagi gula larut, pastu masukkan gandum sedikit-sedikit sambil tu uli. Uli sampai sampai doh jadi licin. Lepastu bulatkan ikut besar mana kita nak.
Agak-agak la, saya buat dapat 10 biji. Nak besar lagi boleh buat 8 biji je. Lepas tu sapu minyak, sebenarnya minyak tu sikit je, tapi bila dah tengelam roti tu nampak macam banyak.
Dalam 3-4 jam dah boleh goreng. Masa tebar dengan goreng minyak tak perlu guna banyak sangat dah. Cara tebar boleh google. Saya pun blajar dari google tapi tak. Saya pun tak berapa pandai jugak… Tapi suka mencuba… So selamat mencuba la semua yea…😊
Sumber: Rohani Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih ini sangat popular pada bulan puasa. Bagi penggemar kuih nekbat yang ingin membuat sendiri, caranya sangat mudah. Jom ikuti resepi yang dikongsi ini!
Kuih yang susah dapat selain dari Terengganu dan Kelantan.. lepas sahur kita buat.. kemudian simpan dalam peti sejuk. Dah nak berbuka baru hidang yer..
Cara penyediaan:
Pukul telor hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan, adun sebati.
Cara Bakar:
Bahan Sira/Air Gula:
Bila nekbat dah siap, boleh lah masak air gulanya bersama daun pandan. Kalo nak manis, letaklah gula banyak banyak. Bila dah mendidih, masukkan nekbat ke dalam piyok tu, renihkan sekejab selama dua minit.
Sejukkan ke dalam peti ais. Kalo nak makan petang, wat siap siap dari pagi lagi. Manis, sejuk, lalu kat tekak sedap!
Selamat mencuba
Sumber: Sapiah Mamat
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!