Anak kalau tak mahu makan nasi, mama pasti rasa susah hati. Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi. Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo, mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola kentang atau keledek yang rasanya lebih manis tetapi menyihatkan.
Resipi Bebola Keledek Keju yang dikongsikan oleh Puan Mariatun Bibi ini boleh anda cuba sediakan buat anak. Insyaallah kenyang dan anak pun suka.
Saya buat Bebola Keledek Keju ni untuk anak-anak. Anak-anak pun suka.
Resepi Bebola Keledek Keju
Bahan-bahan:
Ubi keledek
Ads
Tepung gandum
keju dan serbuk roti
minyak untuk mengoreng
Caranya:
Ads
Rebus ibu keledek sampai empuk. Biarkan sejuk dan masukkan tepung gandum. Saya agak-agak je letak tepung. Uli sampai tak melekat kat tangan. Ala macam kita nak buat Kuih Keria tu.
2. Buat bulat-bulat keju macam dalam gambar. Kalu tak mahu letak keju pun tak apa, ikut la nak letak inti apa.
Ads
3. Ambil ubi yang dah di uli dengan tepung tadi,tekan dan letakkan keju di tengahnya. Bulat-bulatkan semula.
4. Dah habis buat bulat, bolehlah salutkan dengan serbuk roti. Dah habis boleh la goreng.
Kredit: Mariatun Bibi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali ubah selera anak ketika minum petang pastinya buat anak makin bertambah selera. Kali ini pikat selera anak dengan menu kedai pula, Kaya Ball yang biasanya kita beli, mama boleh cuba sendiri di rumah. Rupanya cara hendak membuatnya cukup mudah.
Resipi yang dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen ini memang terbaik. Letak inti kaya banyak-banyak di dalamnya, barulah anak puas makan. Jom cuba resipi mudah ni.
Jom buat kaya ball sendiri! Yang ni saya guna acuan takoyaki. Kalau nak guna acuan kuih cara pun boleh juga yang penting acuan tu jenis tak melekat.
Dah lama tak share resepi dalam ni so harini nak share resepi kaya ball tanpa mixer tanpa blender. Yang penting ada acuan. Saya gunakan acuan takoyaki. Kalau tak ada guna acuan cara. Resepi ni boleh buat pancake juga 😊 sangat lembut dan menjadi.
1. Satukan bahan bertanda *. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.
3. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
4. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
5. Kemudian picitkan kaya.
6. Picitkan adunan sehingga full. Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit.
7. Kemudian alihkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak.
Telur Baik Tapi Kawal Gula Dalam Sekaya
Seri kaya atau juga dipanggil sekaya diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Namun ketika anda menyediakan sendiri untuk anak, pastikan gulanya jangan berlebih-lebihan, cukup hanya sekadar rasa manis.
Telur sebagai bahan utama sebenarnya cukup baik malah pembekal protein yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Menurut Live Strong, Dr. Richard E. Allen menjelaskan dalam terbitan November American Family Physician, satu biji telur mengandung 5,5 gram protein, 5 gram lemak, dan 68 total kalori. Oleh kerana itu, banyak pakar kesihatan kanak-kanak menyarankan agar telur disajikan dalam pelbagai jenis menu anak berusia 18 bulan hingga 4 tahun.
Ini pula caranya hendak membuat sekaya anda.
Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500ml santan pekat
5 biji kuning telur
2 sd tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan
Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan , masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.
Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.
Nak dapatkan barang dan kelengkapan untuk memasak boleh dapatkan di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak mana yang tak suka makan ayam goreng. Lagi-lagi ayam goreng dengan keruping rangup, sepinggan ayam goreng boleh licin dalam tempoh sekejap saja.
Resipi perkongsian Nrl Intan Syafinas ini lain macam keruping rangupnya. Jom cuba!
Resepi ayam goreng crunchy by syafinas, menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.
Bahan utama
Ayam
Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy pun boleh) ikut selera masing-masing
Minyak
Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam. Kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nak perap tu, agak-agak ayam banyak mana, banyak tu la tepung nya. Bancuh dengan air.
Lagi lama ayam diperap lagi rasa juicy tau tapi kalau tak nak perap lama pun tak pe dalam 10 minit pun ok. Ikut pada kerajinan nak menunggu. Yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur minyak kan jadi cepat hitam. (jangan letak garam /perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin)
Tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) guna bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.
Ambil ayam yang diperap tadi ke tepung kering dan gaul sama rata. Masa ni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam.
Ni lah kejadian ayam.
Ok yang ni sediakan bekas/mangkuk ikut pada korang la. Isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang )dan letak penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam dan remdam ayam, jangan lama sekejap je dalam 2 saat.
Angkat ayam direndam tadi dan toskan.
Lepas tu masukkan semula dalam tepung kering dan gaulkan (tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam). Lepas tu akan nampak hasil kerinting macam ni.
Goreng ayam ni saya pilih dalam periuk sebab kejadian ayam bila digoreng akan jadi cantik. Minyak kena banyak bila goreng ayam tu, tak ada la hangit tang bawah tu.
Ni lah hasilnya. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serawa durian ni boleh makan dengan macam- macam tau. Ada orang makan dengan pulut, ada juga makan dengan roti. Tapi lagi sedap kalau makan begitu sahaja. Boleh nikmati rasa manis durian dan gula melaka. Mesti makan bertambah lebih- lebih lagi kalau sejuk.
Pernah dengar serabai tak? Serabai ni pun sedap tau kalau dimakan dengan serawa durian. Serabai merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia tau. Kuih ini dimasak nipis seperti lempeng. Jom lihat resepi serawa durian dan serabai yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Nor Aza di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI SERAWA DURIAN DAN SERABAI
Assalammualaikum & Morninggg Awal pagi bersiaran harini. Monitor anak dara siap- siap nak pergi sekolah sebab ada Holiday Fun Programs. Macam biasa orang lain cuti, kita sekolah. Sekolah anak saya ni cutinya kurang dari sekolah biasa. Dah alang- alang tu boleh la menaip untuk yang minta resepi SERABAI & SERAWA DURIAN haritu. Apa- apa pun saya akhiri dengan SAMA-SAMA
SERABAI
Bahan- bahan:
– 2 cawan tepung beras – 1 cawan nasi sejuk* – 1 1/4 cawan air sejuk* – 3/4 cawan santan – 1/2 cawan air suam – 1sk yis – saya kurangkan – 2 sudu besar gula – 1 sudu kecil garam
Cara- cara:
1. Campurkan yis dan air suam. 2. Blend bahan bertanda * (nasi & air sejuk). 3. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. 4. Perap lebih kurang 2 jam. 5. Panaskan acuan dan letak minyak sedikit dan boleh tuangkan adunan. 6. Tutup permukaan acuan dan tunggu hingga masak.
SERAWA DURIAN
Bahan- bahan:
– Durian – saya suka leraikan isi dari bijinya. Letak sahaja beberapa ulas isi bersama biji. – Gula kabung dan gula putih – bahagia ni saya letak stok air gula yang saya ada. Klau tak ada stok, masakkan je gula tu dengan air. – Sagu putih- saya suka letak tiap kali nak masak bubur atau serawa. – Garam – Santan – Daun pandan
Cara- cara:
1. Letak gula, air dan daun pandan. Biar mendidih sedikit dan masukkan sagu yang telah dicuci. 2. Masak sekejap, kemudian masukkan santan, garam dan durian tadi. 3. Kacau- kacau kejap tengok tahap kepekatan yang suka, ikut citarasa sndiri. Biar mendidih dan tutup api. Siap.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...