Pulut kuning sememangnya menjadi juadah pilihan pada hari raya. Rasanya yang berlemak dimakan pula dengan rendang daging, rendang ayam ataupun sambal bilis memang kombinasi yang sangat sedap.
Namun juadah pulut kuning kini bukan hanya dihidang pada hari raya sahaja, hari biasa juga menjadi hidangan pilihan ramai. Pun begitu, pulut kuning sebenarnya cepat basi kerana bahan pembuatan terdiri daripada santan. Bagi yang inginkan pulut kuning bertahan lama, boleh ikuti resipi ini.
RESEPI PULUT KUNING
Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dengan rendang dan sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya dah biasa buat..so saya just main campak-campak je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak-agak ye. Selamat mencuba.
Ads
Bahan-bahan: 1 kg beras pulut 2 1/2 cawan santan pekat (saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan) 2 keping asam gelugur 1 sdb serbuk kunyit 1/2 sdb gula Dalam 2 sdt garam (agak-agak..uolls rasa la) 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas pengukus
Cara penyediaan: 1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata-ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurangkurangnya tiga jam.
2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dalam kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
Ads
3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang..simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.
4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JANGAN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE2.
5. Campurkan gula dan garam dalam santan..panaskan seketika atas dapur. Jangan sampi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tak basi cepat.
Ads
6. Gaulkan santan tadi dengan pulut..gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.
7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit…SIAP.
Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kadang kaum ibu ini dah habis idea nak masak apa. Mana taknya pagi, tengah hari, petang dan malam akan fikirkan apa lagi menu yang boleh buat ahli keluarga kenyang.
Ok kali ini mungkin anda boleh cuba pula buat Nasi Goreng Pattaya resepi Eina Azman. Caranya sangat simple dan boleh jadikan hidangan satu keluarga.
Menerusi perkongsian di instagramnya, Eina menunjukkan cara paling cepat dia menyediakan nasi goreng pattaya walaupun ini pertama kali dia masak sendiri.
Tengah situasi #dudukrumah ni, ada lebih masa kan jadi jom Eina tunjuk cara masak Nasi Goreng Pattaya masak sendiri kt rumah. Ni first time jugak Eina masak sendiri, agak mencabar ya..
Nak bungkus nasi goreng tu ke dlm telur dadar tricky jugak. But bila dah nampak sikit bungkus dia tu menjadi, terus step seterusnya mudah! Betul la orang ckp Tak Kenal Tak Cinta! Nasi Goreng Pattaya menu yang berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia.
Haa kalau tiba tiba teringin boleh masa sendiri je kt rumah! Korang try la resipi nik.
Bahan – Bahan :
•2 mangkuk nasi
•sedikit isi ayam (dipotong kiub)
•2 biji bawang merah (dihiris)
•3-4 ulas bawang putih (dihiris)
•6 biji cili padi
•1 sudu makan MAGGI so cili
•1 sudu makan kicap manis
•1 sudu makan sos tiram
•3 biji telur
•2 sudu makan MAGGI CukupRasa
•1 mangkuk kecil sayur sawi
Cara Nak Masak :
1: Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan ayam
2: Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau kacau
3: As always step paling penting dalam masakkan Eina, masukkan MAGGI CukupRasa!
4: Masukkan sedikit gula
5: Pecahkan telur, kacau kacau
6: Masukkan cili padi
7: Masukkan nasi dan sayur sawi, Kacau kesemua sehingga rata. Lepastu angkat dan letak ketepi
8: Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau bersama MAGGI CukupRasa!
9: Panaskan minyak, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Korang make sure api perlahan supaya telur tak mudah hangus.
10: Ambil satu mangkuk nasi goreng yg dimasak tadi dan telangkupkan di atas telur dadar.
11: Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi lepastu telangkupkan semula bungkusan nasi goreng ke atas pinggan.
12: Last sekali, hiaskan dengan sos cili dan daun sup. IT’S DOOOONE!
Sumber: Ig Eina Azman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedap, ranggup dan lemak! Popia nestum antara kudapan paling diminati oleh anak-anak kecil selain aneka kerepek yang boleh buat sekali makan susah nak berhenti. Bukan anak saja yang suka, orang dewasa pun bila dah mengunyah sedar-sedar boleh habis sebalang.
Dengan bahan-bahannya yang mudah dan cara buat pun sangat ringkas cukup berbaloi. Beli sebungkus kulit popia pun dah boleh dapat beberapa botol.
Perkongsian resipi Nur Amirah A Bakar ini, kira tak menyesal di cuba dan sangat sesuai untuk semua peringkat usia. Cuma kemanisan itu ikut citarasa masing-masing ya.
Bahan-bahan
Kulit popia
Nestum
Gula kastor
Horlicks
Tepung gandum dan air (sedikit) untuk dijadikan gam
Cara-cara membuatnya:
Bahan gam : Tepung gandum dicampur sedikit air. Letak di penjuru popia sebelum gulung.
Potong serong untuk dapatkan saiz kulit popia yang cantik
Blend nestum, horlicks dan gula kastor sekali
Nota: Gambar baru lepas letak popia dlm minyak. Belum kuning. Make sure masak hingga kuning. Boleh rasa popia dah keras bukan lembik.
Tos minyak sekejap sebelum gaul dengan nestum
Sedia untuk di simpan dalam botol dan boleh terus makan!
Makanan-makanan berproses selalu dikhuatiri kita cara pembuatannya. Bimbang anak terlebih pengambilan bahan perasa, garam dan bahan pengawet, apa kata kita belajar sediakan sendiri di rumah bersama anak-anak. Sedap pun sedap!
Menu yang dikongsikan oleh Puan Nurul Azrin di facebook ini nampak ringkas cara pembuatannya. Paling penting senang, selamat dan sihat! Jom cuba.
Menu di kala hujan. Perut pun berkeroncong, maka menu yang simple.. nugget ayam tempura homemade.
Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade
Isi ayam dada 4 ketul
Telur 2 biji
3 sudu tepung jagung
1 sudu tepung ubi
2 ulas bwg putih
1 biji bawang besar
Lada hitam 1 sudu
1 kiub ayam
Garam sekucup rasa
Cara Membuatnya:
Kisarkan semua bahan di atas.
Masukkan dalam bekas dan kukus selama 20 minit.
Bahan untuk salut pula, campurkan tepung goreng ayam bestari, bancuh pekat macam dalam gambar.
Goreng dalam minyak yang panas.
Jom cuba dengan anak-anak!
Kredit: Nurul Azrin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...