Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kadang-kadang bosan juga makan nasi, bila dah bosan mula lah anak tak nak makan. Ada je macam-macam menu yang boleh di buat selain nasi iaitu antaranya kway teow sup.
Cara nak buat sangat mudah seperti perkongsian daripada bapa kepada 3 cahaya mata ini. Jom cuba!
Depa nak sup. Aku kalau sebut sup jer memang pantas buat kueteow sup lah, mudah dan sedap yakmat.
Bahan-bahan nak kena ada:
1 bungkus kueteow, kau celur dan toskan
1 ketul dada ayam dan segala tulang yang ada
1 peket fishball
1 peket fishcake
1 ketul kiub pati ayam
½ batang lobak putih atau sengkuang potong kecil.
1 ikat sayur pokchoy atau sawi kalau nak.
1 ikat daun sup dan daun bawang
1 labu bawang putih
1 ikat daun bawang
Yang lain barang tu dah ada kat rumah
Cara nak masak dia senang ya ampun.
1. Rebus ayam sampai mendidih dan masukkan chicken stock atau kiub pati ayam dan potongan lobak putih atau sengkuang jika ada. Tunggu 5 minit pastu masukkan potongan daun bawang dan juga fishball dan fishcake, kacau sekejap dan tutup api. Siap dah supnya.
2. Hiris 1 labu bawang putih. Pastu goreng dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan sampai kekuningan, masukkan 2 sudu kecil garam dan kacau sekejap lalu terus tutup api dan tuang dalam bekas. Minyak itu yang kita nak. Simpan tau minyak ni. Masuk dalam botol/jar.
3. Bakar seulas bawang putih, lenyekkan dalam mangkuk. Masukkan potongan cili padi ikut banyak mana korang suka, masukkan kicap dan perah limau nipis. Siap
4. Isi ayam bahagian dada kau keluarkan dan carik-carikkan seperti kau carik hatiku dulu. Pedih.
5. Sayur sawi atau pokchoy kau celur sekejap. Jangan lama, nanti layu sangat macam cinta kau padaku. Lemahh.
Kadang-kadang ada anak yang reject untuk makan nasi. Mungkin mereka tak berselera jika dipaksa makan. Sesetengah anak pula mempunyai kegemaran sendiri sebagai contoh lebih minat makan pasta atau mi. Oleh itu, sebagai ibu kita perlu kreatif dalam mempelbagaikan menu untuk menarik minat anak untuk makan.
Salah satu menu yang boleh mengenyangkan si manja adalah sup tepung. Rasanya sedap dan kaya dengan karbo serta serat yang boleh membantu menaikkan berat badan serta melancarkan proses penghadaman. Melalui perkongsian di Facebook, ibu ini kongsikan resipinya.
💓 SUP TEPUNG VERSI BABY 💓
Bahan-Bahan :
Untuk Doh Tepung :
1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan air
1 sb serbuk
1/2 sk serbuk ayam
Untuk Sup :
Minyak untuk menumis
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis / isi ayam
Sayur sawi
Serbuk sayur
Serbuk bilis
Serbuk ayam
Air secukupnya
Cara-Cara :
1. Untuk membuat doh tepung satukan ke semua bahan kering dan gaul sebati. Untuk versi dewasa, boleh letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Ketepikan seketika .
3. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga kekuningan.
4. Masukkan ikan bilis / isi ayam. Kacau sebati.
5. Masukkan pula air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
6. Dalam masa yang sama, cubitkan tepung secubit, tarik menggunakan kedua dua tangan sehingga menjadi kepingan nipis. Masukkan tepung ke dalam periuk. Ulang proses sehingga selesai .
7. Biarkan sehingga menggelegak seketika. Kemudian masukkan sayur sawi dan serbuk perasa. Masak sehingga sayur empuk. Tutupkan api dan tuangkan ke dalam mangkuk.
8. Siap, sedia dihidang!
Makanan yang sangat simple, tapi sangat mengenyangkan untuk anak-anak bahkan sesuai juga dibuat semasa anak tidak sihat. Selamat mencuba!
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Bagi yang nak cuba beri ikan pada anak, boleh cuba resipi yang dikongsi ibu ini. Selamat mencuba!
Harini cuba buat kuah bersantan kat baby Inca. Sebelum ni pernah buat time dia umur bawah setahun. Tapi dia tak suka😅
Sekarang dah setahun lebih ibu buat balik. Alhamdulillah. Siap menambah lauk! 🤩 Bau time masak tu pon wangiii betol memang bikin terliur😋
IKAN MASAK LEMAK LABU
(resepi baby 7 bulan ke atas)
Bahan-bahan:
✅ Bawang putih
✅ Bawang holland
✅ Isi ikan putih
✅ Mirepoix
✅ Susu full cream @ santan segar
✅ Kunyit serbuk sedikit
✅ Labu kuning (potong kiub)
✅ Park choy (any sayur pilihan)
Cara penyediaan:
1️. Tumis bawang putih + bawang holland
2️. Masukkan sikit air + mirepoix 1 cube
3️. Masukkan susu full cream @ santan
4️. Sedikit kunyit serbuk
5️. Masuk isi ikan dan labu
6️. Masuk park choy (racik)
Siap! Super simple tapi anak berselera makan🤩
Khasiat Ikan Untuk Bayi:
Ikan ialah makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya. Protein yang terkandung dalam ikan adalah mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging.
Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!