“Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir isteri yang maut dalam kereta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.
Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.
“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri tersepit di tempat duduk depan.
Redzuan cedera di muka akibat melecur namun dia sangat ralat tidak berjaya menyelamatkan isterinya itu. – Kredit: Metro
“Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.
“Saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya.
Sementara itu, bapa wanita maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi, hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat video tular kemalangan ngeri itu.
Tak sanggup tengok video kemalangan
Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang kelihatan sugul berkata, beliau tidak sanggup melihat video berkenaan sehingga habis apatah lagi mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.
“Hati saya luluh dan menggigil apabila dimaklumkan Azi (Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28) maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar.
“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.
Ads
“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri, Saliah Hood, 56, amat terjejas kerana rapat dengan anak.
“Bagaimanapun, perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya sebak ketika ditemui.
Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.
Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.
Ads
Hilang penghibur keluarga
Sementara itu, Kamalul Arifin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.
Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.
“Saya pernah nak membayar semula ubat yang sentiasa dibelikannya, namun Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain,” katanya.
Berdoa ketika berada di Mekah untuk dapat anak
Tambah Kamalul lagi, dia, isteri, Azi dan suaminya baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.
Ads
“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.
“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pasangan Youtuber Ryzal Ibrahim dan Maryam sering memuatnaik video gelagat anak perempuan mereka, Rina, yang sangat comel. Setiap perkongsian mereka selalu mendapat perhatian warganet kerana ada saja gelagat mereka sekeluarga yang mencuit hati.
Selain itu, ramai yang sukakan personaliti Rina yang sangat periang dan bijak. Terbaharu, dikongsikan melalui laman Instagram duriankimchi ketika mereka bertiga berada di sebuah stesen kereta api.
Yang menarik perhatian adalah Rina meminta ommanya untuk berhenti di setiap tiang yang ada di sana. Bila dilihat rupa-rupanya kerana ada gambar kartun Pororo yang menjadi kegemarannya. Dapat dilihat keterujaan Rina apabila melihat gambar kartun tersebut.
Punyalah tajam mata Rina, gambar Pororo atas lantai pun dia boleh nampak! Agaknya, kalau tidak didukung oleh Maryam, pasti Rina akan berlari sendiri ke setiap tiang yang ada di sana. Atas dasar keselamatan, Ryzal dan isterinya tidak membenarkan Rina untuk berjalan sendiri di situ.
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru beberapa hari pulang dari Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah diuji apabila kesemua mereka dimasukkan ke hospital berikutan dijangkiti rotavirus.
Menerusi Instagram, Almy memaklumkan anak bongsunya, Nur Afrina Aisyah terlebih dahulu mengalami muntah dan ciri-birit selama empat hari, sebelum tiga lagi anaknya yang lain turut berdepan masalah sama.
“Tolong doakan kami (anak-anak) cepat sihat. Mula-mula Aisyah muntah dan cirit-birit selama empat hari, kemudian Ayra (Nur Afrina Ayra). Terus mama bawa ke hospital.
“Aunty uncle, semalam mama minta tolong doakan untyk Dak Ayra, Dak aisyah, Dak Aurora kan, petang ni mama minta tolong sangat, tolong doakan anak mama yang sulung pulak baru add on untuk admit join the club adik-adik dalam wad.
“Dan tolong doakan mama dan papa sihat kuat untuk jaga anak-anak dalam wad please @fizzfairuzofficial. Terima kasih semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu menurut perkongsian Fizz, keadaan keempat-empat anaknya semakin bertambah baik dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital.
“Ahamdulillah… sekarang anak-anak saya beransur pulih,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Almy turut berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram kerana tidak putus doa untuk mendoakan kesemua anak-anaknya agar kembali sihat.
“Subahanallah syukur padaMu Ya Allah, ramai sayang anak-anak mama. Terima kasih semua kawan-kawan, sahabat mama aunty uncle. Terima kasih doakan anak-anak Almy, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua,” tulisnya lagi.
Semoga kesemuanya semakin bertambah baik dan kembali sihat dan ceria seperti selalu.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bakal menyambut kelahiran anak keduanya sedikit masa lagi, usahawan dan pengacara, Neelofa dilihat sudah pun membuat beberapa persiapan untuk menyambut kelahiran yang dinanti itu.
Malah beberapa perkongsian di Insta Storynya, Neelofa dilihat sudah pun membuka beberapa barangan dan keperluan bayi milik anak sulungnya, Muhammad Bilal untuk digunakan semula oleh anak keduanya.
Pun begitu kata Neelofa di Insta Story, ketika berkongsi video, ramai pula pengikutnya yang memohon untuk memberikan pakaian lama itu kepada mereka.
“Anak kedua saya nak guna,” demikian respons balas Neelofa ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian bayi anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.
Menurut ibu cantik manis ini, dia bukan enggan ‘menderma’ tetapi mahu kesemua barangan itu termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi.
“Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.
“Mungkin ada yang tak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.
Bahkan kata Neelofa lagi, dia juga menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
“Ini untuk anak saya puan,” kata Neelofa tegas.
Terdahulu, Neelofa mendedahkan kehamilan anak keduanya pada Mac lalu selepas beberapa foto baby bump yang jelas kelihatan tular di media sosial.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.