Sebagai ibu, salah satu fasa yang membuatkan kita teruja adalah ketika menyediakan makanan untuk anak tersayang. Lagi-lagi bila mereka dah mula belajar makan, banyak resipi yang kita cuba untuk pastikan anak kenyang dan mendapat khasiat yang secukupnya.
Selain bubur atau segala jenis puri saat anak menginjak usia enam bulan, bila si manja dah besar sikit mulalah ibu lebih teruja untuk explore lebih banyak jenis menu untuk menarik minat anak untuk makan.
Menu orang dewasa pun, jika pandai diolah akan sesuai dengan selera anak. Sebagai contoh, nasi goreng kampung. Untuk orang dewasa mungkin kita lebih sukakan rasa pedas cili api, tetapi sebenarnya boleh juga dibuat untuk anak.
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea
Farisha Sofea, seorang ibu yang cukup rajin memasak pelbagai jenis makanan yang sesuai untuk anak-anak berkongsi resipi Nasi Goreng Kampung Versi Baby ini.
💓 NASI GORENG KAMPUNG VERSI BABY 💓
Ads
Bahan-bahan: Bahan Tumbuk:
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis
Bahan Lain:
Minyak untuk menumis
1 cawan nasi sejuk
1/2 sb serbuk sayur Fawwaz The Little Kitchen
1 sb serbuk bilis Fawwaz
1 sb serbuk ayam Fawwaz
Isi ayam
Telur
Sayur kangkung
Ads
Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan pastikan ayam masak sepenuhnya.
4. Pecahkan telur dan biarkan telur masak seketika sebelum dikacau.
5. Kemudian masukkan pula nasi sejuk dan gaul sebati .
6. Masukkan serbuk sayur, serbuk bilis dan juga serbuk ayam sebagai perasa makanan bayi.
7. Akhir sekali masukkan sayur kangkung. Biarkan sayur masak seketika.
8. Tutupkan api dan tuang dalam pinggan.
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea
Siap, selamat mencuba!
Senang saja nak buat nasi goreng ni, anak pun bertambah selera kerana ada rasa ikan bilis. Tidaklah rasa nasi kosong saja kan? Untuk mommies yang sedang mencari-cari menu mudah tetapi sedap untuk anak, bolehlah cuba resipi ini.
Anak tak sihat mulalah susah nak makan. Lagi-lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan. Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan/makanan yang bantu tambah selera makan, tingkatkan imun dan sebagainya.
Ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Yatie Eimra yang mungkin boleh menambat selera anak-anak yang tak sihat.
Pasta Sup Ayam
Hari pertama Fydh demam, langsung tak nak makan. Selalu kalau dia tak selera makan nasi, saya masakkan pasta/spaghetti atau bihun. Alhamdulillah saya buatkan pasta sup, dak Fydh ni makan gak akhirnya. Saya masukkan kismis dalam sup ni untuk tambah selera makan anak di samping berikan rasa masam-masam manis sikit.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Isi ayam
Kiub bone broth
Kiub sup homemade
Sedikit lada hitam
Secubit mixed herbs (optional)
Lobak merah/cauliflower/sayur pilihan
Kismis
Pasta/makeroni
Air secukupnya
Garam pink
Minyak zaitun untuk menumis
Daun sup
Cara-cara:
Tumis bahan² yang dikisar dengan sedikit minyak zaitun.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup. Masukkan air secukupnya untuk pastikan pasta masak sekata.
Lepas masak, taburkan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
* lebihkan sayur jika suka. Saya parut carrot supaya dak Fydh ni tak boleh pilih-pilih & buang masa makan tu pun cauliflower & daun sup tak boleh masuk mangkuk dia, kang kompem langsung tak nak makan.
Ayam Masak Halia
Resipi ayam masak halia biasanya ada sos tiram. Tapi since masak untuk anak tak sihat, saya tak letak sos tiram & tepung jagung (makanan proses lemahkan imun). Sesetengah resipi, kena goreng ayam dulu. Untuk versi yang lebih sihat ni ayam dibiarkan masak dari stim/wap air je. Boleh lebihkan halia (upkan imun) & lada hitam (tambah selera) jika anak dah pandai makan pedas sikit. Sebabkan tak tambah tepung, bawang perlu dikisar untuk pekatkan sikit kuahnya. Untuk sayur, saya gunakan cendawan & carrot (kurangkan mukus). Resipi ni sesuai gak tuk anak setahun++ makan dengan nasi lembik.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar & dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Ayam 3-4 ketul/isi ayam
Cendawan/carrot/sayur pilihan
Buah tomato
Air secukupnya
Garam pink, madu asli
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Bawang merah & bawang putih dikisar bersama sedikit halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tumiskan pula cendawan sehingga keluar airnya. Biarkan merenih seketika.
Masukkan ayam, lada hitam dan halia yang dihiris & air secukupnya. Tutup tudung periuk supaya ayam masak sekata.
Setelah ayam empuk masukkan carrot/tomato/sayur pilihan dan gaul sebati.
Perasakan garamnya. Biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Tambah madu untuk imbangi rasa menggantikan gula.
*tip apabila memasak cendawan dari chef – cendawan perlu dimasak lama untuk naikkan flavournya dalam masakan.
Agar-agar Sedut Nabeez Kismis
Siapa cakap orang sakit tak boleh makan dessert? Masa sakit dah tentu selera makan anak dah kurang. Tak salah pun bagi anak makan sikit dessert asalkan yang berkhasiat. Kali ni nak share agar² sedut nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang elok untuk anak demam & melegakan tekak. Agar² boleh sejukkan badan & nabeez kismis lak bertindak sebagai antibakteria & antioksidan yang membantu menentang jangkitan, redakan demam juga boleh tingkatkan selera makan.
Tempoh hari masa Fydh demam & selesema, hari ke-3 tu demam dah kebah pun. Tapi start batuk jenis chesty cough (kahak masih sikit tapi pekat sampai susah nak keluar) lak. Doc check tekak dah bengkak & luka. Sebabkan batuk dia teruk sangat, hari ke 4 tu Fydh demam balik. Selain penjagaan demam yang betul, pengambilan ubat ikut dos & masa yang ditetapkan, boleh juga berikhtiar dengan jaga pemakanan. Kali ni mak² bolehlah buat dessert lak tuk anak yang demam & tak selera makan tu.
Nabeez kismis:
1-2 sudu makan kismis
½ cawan air masak
Rendam semalaman atau paling kurang 8-12 jam pada suhu bilik (supaya khasiat dapat larut ke dalam air dengan baik).
* kalau rendam pagi, petang dah boleh guna.
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
3 biji kurma merah (kering) – optional
½ cawan nabeez kismis
Sedikit madu
Buah²an pilihan (pastikan buah yang anak makan)
Cara-cara:
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masukkan ke dalam periuk bersama kurma merah & secawan air.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan air nabeez kismis. Tambahkan sedikit madu. Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
Tambah buah²an potong sebelum hidang.
* untuk anak yang dah besar boleh sedut agar² macam tu je. Tapi untuk anak kecik, makan dengan sudu supaya tak tercekik pulak kismis tu.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
Hari ni saya buat agar² sedut perisa oren & nanas lak. Agar² oren & nanas ni tinggi vitamin C, elok untuk anak demam. Tapi kalau anak sakit tekak/tekak dah luka jangan buat perisa oren & nanas ye. Asid boleh menyebabkan keradangan pada tekak yang dah luka.
Jus oren
2 biji oren
Gunakan lemon squeezer, ambil jus dari 2 biji oren. (Jgn blend sebab nak dapatkan pulp/sari oren). Tambah sikit air untuk cukupkan setengah cawan (jika saiz oren kecil)
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
Sedikit nanas dipotong
½ cawan jus oren
Sedikit madu
Cara-cara
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masak bersama secawan air.
Campurkan agar² ke dalam air & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan nanas yang telah dipotong & jus oren tadi. Tambah madu jika suka. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
* yang saya buat ni, saya tambah sesudu sunquick sebab anak memang tak makan buah oren/minus jus oren kecuali tambah sunquick jer.
Kadang-kadang tekak tak terasa nak makan nasi dengan lauk berat. Dapat makan mi berkuah pun sedap. Salah satu jenis mi yang digemari ramai adalah mi celup. Rasa masam dan kuah yang ‘ringan’ membuatkan bila dimakan tak ada rasa muak.
Jika ada yang mahu cuba buat mi celup di rumah, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Tidak susah tapi hasilnya tetap padu!
Ni bahan buat sup: Pakai tulang/daging pon sedap.. Sy pakai yg ada je
Ayam
Tomato sebiji
Akar ketumbar
Serai 1
Sup bunjut 1
Kulit kayu manis 1
Gula 1 sudu
Perasa/kiub ayam
Garam
Sos ikan thai / nampla sos
Kicap manis
Bahan2 hiasan: Limau nipis
Kangkung kg celur
Taugeh celur
Lobak masin
ni yg tkde dlm gambar
Minyak bwng putih(racik2 goreng dlm minyak smpi kuning)
Cili serbuk
Letak fishcake ke fishball pon boleh…
Sambal cili (blend lada besar merah, cili api, sos nampla = dh siap buh garam sikit.. Perah sebijik limau nipis)
Cara Memasak: 1. Rebus je semua bahan buat sup sampai ayam masak.
2. Sup dah siap. Asingkan ayam tu. Racik2 la.
3. Boleh la letak dlm mangkok. Mee ke, bihun, megi atau kuew teow… Sy pakai kuew teow je… Hias la dgn semua bahan2 hiasan td.
Kalau anak-anak tak mahu makan nasi atau suami minta masakkan makanan lain, bolehlah para ibu cuba resipi ini. Rata-rata bahannya akan ada dalam dapur kita. Nak dibuat pun tidaklah renyah mana, rebus semua bahan dan perasakan sahaja. Masak senang, rasa sedap. Memang bonus!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah hujung berpuasa tak dinafikan mama dah buntu untuk masak menu berbuka. Bukan tu saja menu untuk anak pun dah tak ada idea. Jangan buntu bila si kecil kita cukup suka makan. Kena kreatifkan diri supaya mereka tak jemu.
Perkongsian variasi resipi daripada Puan Shazney Rahman di facebooknya ini boleh kita cuba bila. Menarik semuanya dan nampak simple je. Jom cuba.
Hai semua selamat berpuasa. Last week papa Faleq beli stok ikan tiga jenis untuk Faleq alasan sebab nak Faleq makan sedap hari-hari, jadi mama buat la segala jenis menu untuk budak bertuah nie. Bulan puasa ni rasa macam busy sikit dengan time kerja dan send Faleq ke bs berubah. Tapi tu semua lansung tak kacau pun rutin harian mama masak bekal Faleq.
Letih? Yes tipulah tak letih pergi kerja memang bercinta la dekat jalan pejam celik pejam celik. Takpe la pengorbanan untuk anak. Semua lauk-lauk ikan ni mama masak time sahur sambil-sambil prepare makan untuk sahur sambil tu masak bekal dia. Alhamdulillah masih utuh sehingga ke hari ini. Sambil share resepi ikan kakak share sekali resepi lama Faleq untuk snack dan breakfast. Mana tahu berguna untuk ibu-ibu buat rujukan. Selamat mencuba semua.
SUP IKAN MERAH
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sekawan
broccoli
carrot
1 sudu kecil lada sulah
CARA-CARA
1. Tumis bebawang, halia bersama 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air dan carrot.
3. Masukkan ikan dan broccoli dan perasakan dengan sedikit lada sulah.siap!
KARI KEPALA IKAN
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
3 sudu rempah kari (dibancuh bersama bawang merah+putih yang ditumbuk)
bendi
labu
CARA-CARA
1. Tumis bebawang bersama daun kari dan halba campur sehingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan labu. Masak sekejap.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan bendi.tunggu sehingga masak.siap.
*kari nie namanya kari tanpa santan. boleh cuba if tak ada stok santan di rumah ☺
TUNA OAT PATTIES
?tuna
?oat
?telur sebiji
?lada hitam
?carrot
?pak choy
?mix kesemua bahan dan gaul sebati
?bentukkan ikut citarasa
*kakak grill sekejap separuh masak dan simpan dalam freezer then buat stok frozen
*boleh masak guna kaedah deep fry,baked atau grill
*patties nie boleh olah dalam macam2 masakan.contohnya bugger,roti goreng inti patties,goreng bersama pasta dll.Ikut citarasa dan kreatif ibu2 ?
Bukan tiga ni sahaja tapi ada lagi 8 resipi hebat di facebook kakak kita ni. Memang sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!