Setiap kali buat stok bahan kisar mesti tak tahan lama. Mula lah berkulat dan permukaan bahan kisar putih dan tak cantik. Kadang-kadang baunya pun tak enak. Entah mana silapnya? Sebenarnya ada petua yang mama boleh ikut untuk pastikan bahan kisar tahan lebih lama. Lebih cepat kerja anda di dapur bila semua bahan kisar sudah tersedia kan? Jom ikuti artikel ini!

Bahan Kisar Asyik Berkulat? Ini Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama

PETUA SIMPAN CILI & BAWANG KISAR SUPAYA TAHAN LAMA

Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun dan goreng kue tiaw tinggal cedok jer.. Stok untuk seminggu..😀

CILI KISAR

BAHAN-BAHAN:
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
1 sudu makan garam
Asam keping
Air tapis secukupnya

IKLAN

CARA-CARA:
1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
5. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
6. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender.
7. Kisar 100 gm cili kering bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
8. Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.
9. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.

BAWANG MERAH KISAR

BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak masak
1 sudu garam

CARA-CARA:
1. Kupas bawang, cuci , keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
2. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

IKLAN

BAWANG PUTIH KISAR

BAHAN-BAHAN:
5 labu bawang putih
Minyak masak
1 sudu garam

CARA-CARA:
1. Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak.
2. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
3. Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

IKLAN

Kredit: Lia Kamalia

Bahan Kisar Asyik Berkulat? Ini Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI