Disaat kita berbuka dengan pelbagai juadah, kuih-muih, pelbagai jenis air dan pelbagai jenis lauk-pauk, wanita ini bersama anak-anaknya hanyalah berbuka dengan telur hancur goreng untuk mengisi kekosongan perut.
Begitulah hari-hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu.
Bagi wanita berusia 35 tahun itu, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pernah Berkongsi Nasi Berlaukkan Garam
Sejak suami ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu selama dua tahun, mereka pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.
Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.
Bagi dirinya, biar seorang ibu tidak makan namun jangan sampai anak-anak kebuluran.
Hanya Bekerja Mencuci Pakaian
Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.
Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.
Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.
Ads
Anak-Anak Kecil Dijaga Anak Yang Paling Tua
Tambahnya sayu, sekiranya masih tiada lagi rezeki untuk hari itu, dia akan mencari restoran untuk meminta kerja mencuci pinggan dengan bayaran RM10.
Sepanjang dia keluar mencari kerja, anak-anak yang masih kecil akan dijaga abang mereka yang berusia 13 tahun dan kini sudah dua bulan tidak pergi ke sekolah.
“Saya bukan jenis meminta dan saya bersyukur kerana kadang-kadang ada jiran yang hulur bantuan.
“Saya akan mencari kerja dahulu dengan kudrat yang ada namun pernah sampai satu ketika memang kami terputus bekalan makanan.
Tidak Sanggup Lagi Ketuk Rumah Jiran
“Saya beri anak-anak makan nasi berlaukkan garam selama tiga hari dan pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk minta telur yang goreng hancur-hancur untuk digaul dengan nasi dan sedikit garam untuk ubah selera mereka,” katanya sambil mengalir air mata.
Marsyila yang ditemui MalaysiaGazette di PPR Tun Razak Bandar Tasik Selatan di sini hari ini, mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun.
Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.
Ads
Dua Anak OKU
Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.
Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.
Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Alhamdulillah Anak Jenis Faham Dan Tak Minta Makanan Sedap
Marsyila berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menyediakan makan dan minum yang sedap dan mewah, namun cukuplah untuk mengisi perut anak-anak.
Katanya, makanan seperti ayam sudah lama tidak dibeli kerana harganya yang mahal kecuali pemberian jiran-jiran.
Ads
“Alhamdulillah, anak-anak saya jenis faham dan tidak meminta makan yang sedap. Pernah susu anak habis, saya bancuh susu pekat untuk diberikan kepada meraka.
Anak Masih Menyusu & Memakai Lampin Pakai Buang
“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.
“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.
Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.
Ketika itu, katanya dia keluar agak lewat pukul 9 malam kerana sudah seharian mencari rumah untuk dibersihkan namun pulang hampa.
“Lepas anak-anak diberi makan, saya keluar lagi pada waktu malam. Namun dalam perjalanan saya pengsan dan hanya sedar sudah berada di hospital. Terus saya lari keluar kerana ingatkan anak-anak di rumah.
“Sampai di rumah, anak-anak menangis bila nampak saya, terutamanya yang bongsu kerana akan menyusu badan sebelum tidur malam,” katanya yang mengalami tekanan darah rendah ketika itu.
Masih Ada Yang Bersimpati
Marsyila terharu meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kepayahan, masih ada orang yang bersimpati dengan dia dan anak-anaknya.
Menurut beliau, kelengkapan di rumahnya seperti sofa dan televisyen terpakai adalah pemberian orang ramai.
Sementara itu, atas dasar simpati, Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpr dan Pertubuhan Kebajikan pembangunan Insahniah Muafakat Penduduk telah hadir melawat Marsyila dan anak-anak serta memberi bantuan pakaian.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini, boleh menghubungi talian 011-60684586 atau menghulur wang di nombor akaun Bank Islam – 14256020003529 atas nama Marsyila Zakaria. – MalaysiaGazette
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji, kelmarin.
Mangsa ditemui dalam keadaan tertonggeng dalam sebuah tong sampah di tepi katil berkenaan oleh pengasuhnya sekitar jam 6.15 petang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian mangsa ditinggalkan tidur di katil itu dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai benteng sejak jam 5 petang.
“Sekitar jam 5.30 petang, pengasuh bayi itu, seorang wanita berusia 24 tahun ada menjenguk di bilik dan dapati mangsa masih tidur dalam keadaan baik.
“Bagaimanapun kali kedua menjenguk lebih kurang jam 6.15 petang didapati bayi itu telah jatuh dengan kepala berada dalam tong sampah, kejadian itu tidak disedari kerana tiada sebarang bunyi tangisan kedengaran,” katanya.
Menurutnya, bayi terbabit telah diasuh di rumah itu sejak berusia 30 hari dan dikatakan baru sahaja pandai merangkak.
“Tiada sebarang kesan penderaan atau kesan lain pada tubuh bayi itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kelemasan,” katanya.
A Asmadi berkata, lokasi kejadian iaitu sebuah rumah lot satu tingkat dengan lima bilik telahpun dilawati polis.
“Pengasuh terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Tular semalam di media sosial berkenaan kes dera yang melibatkan kanak-kanak di sebuah tadika di Melaka. Guru-guru yang terlibat dalam kes dera kanak-kanak di tadika tersebut telah di siasat oleh PDRM. Namun rata-rata netizen masih belum berpuas hati dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak di tadika tersebut kerana perbuatan guru tersebut tidak boleh diterima akal.
Susulan tular kes ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media. Menerusi kenyataan ini, KPM amat memandang serius dengan kejadian yang berlaku dan telah mengambil tindakan sewajarnya ke atas dua guru terbabit. Ikuti kenyatan media ini;
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius akan kejadian penderaan murid di tadika swasta di Melaka seperti yang tular di media sosial serta dilaporkan oleh media pada 13 Ogos 2018.
Kejadian terbabit telah berlaku di Tadika PPKK Seri Bijak Bestari 3, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka melibatkan dua orang guru yang terlibat. Ini bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid dan bertugas di tadika berkenaan.
Pihak Pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam operasi mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur 4+ dan 5+. KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.
Pada 11 Ogos 2018, kes ini telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPM menyerahkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru-guru terbabit.
Baru berusia 2 bulan, bayi ini pesakit kanser termuda. Didiagnos pada usia 25 hari, kesnya dianggap kes yang jarang berlaku (rare) di mana ketumbuhan bemula sejak dari dalam kandungan ibu.
Si comel ini terus kuat melalui rawatan demi rawatan serta pembedahan. Perjuangan hidup anak kecil ini dikongsikan ibunya, Nur Faizatun Nadirah. Lahirnya Muhammad Azzam Fahmy tidak disangka mempunyai ketumbuhan di dalam perut. Lebih menyedihkan, ia adalah ketumbuhan kanser neuroblastoma yang cukup agresif dan bahaya.
Bayi sekecil Fahmy yang dilahirkan 13 Oktober lalu telah pun melalui beberapa siri pembedahan. Antaranya ialah untuk membuang ketumbuhan dalam perut, membuat stoma pada perut untuk membolehkannya membuang air besar serta menjalani 6 cycle kimoterapi.
JALANI PEMBEDAHAN PERTAMA PADA USIA 9 HARI
Fahmy seminggu sebelum menjalani pembedahan pertama membuang ketumbuhan.Fahmy susut berat badan selepas menjalani kimoterapi.
Ibu Fahmy, Nur Faizatun Nadirah berkongsi detik-detik awal si kecil ini disahkan mengalami ketumbuhan dalam perut dan menjalani pembedahan pada usia 9 hari.
Buku rawatan Fahmy.
KETUMBUHAN SEBESAR TAPAK TANGAN DEWASA
Ketumbuhan yang dibuang dari dalam perut bayi ini ialah sebesar 7 x 8cm, saiznya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa.
DIBEDAH KALI KEDUA UNTUK STOMA
Fahmy perlu melalui pembedahan kali kedua pada 31 Oktober kerana mengalami masalah untuk pembuangan air besar. Luka pada bahagian belakang tidak menunjukkan kesembuhan dan bimbang terjadi jangkitan kuman.
Pembedahan ini melibatkan bahagian usus Fahmy dipotong dan dijahit pada kulit supaya Fahmy boleh membuang air besar menerusi bahagian perut.
TURUN BERAT DARI 3.6KG KEPADA 3.1KG DALAM MASA TAK SAMPAI SEMINGGU6 NOVEMBER 2018: DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN TAHAP 4
KES RARE BAGI BAYI BARU LAHIR, NEUROBLASTOMA IALAH KANSER AGRESIF
Pakar memberitahu kes Fahmy sebagai ‘rare case’ kerana belum ada lagi ketumbuhan sejak dari dalam kandungan. Ia selalunya dikesan apabila usia memasuki peringkat kanak-kanak. Fahmy pesakit termuda bagi kanser neuroblastoma.
Stoma pada perut Fahmy perlu dibersihkan setiap 2 jam sekali bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ia akan digunakan sehingga Fahmy selesai rawatan. Menurut Nur Faizatun, ia adalah rutin yang paling kerap dilakukannya dan memerlukan potongan daripada lampin pakai buang bagi melapik stoma ini.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.