Penangan bantal busuk ini bukan biasa-biasa. Sehari tanpa bantal busuk ibarat setahun lamanya menunggu. Gelisah dan resah.
Inilah yang berlaku kepada seorang wanita, Maxine Marsha Suil yang tertinggal bantal busuk kesayangannya di sebuah homestay ketika menginap di situ bersama suami.
Kasihan dan bimbangkan keadaan isteri, suaminya menebalkan muka untuk bersemuka dengan pekerja homestay terbabit bagi mendapatkan semula bantal busuk milik isterinya yang tertinggal.
Wanita berusia 25 tahun yang menetap di Kuching, Sarawak itu memberitahu, bantal busuk tersebut dimilikinya sejak kecil.
“Bantal busuk ni sejak saya baby lagi, hampir 25 tahun. Saya hanya perasan tertinggal bantal tu apabila unpack barang-barang sewaktu di homestay lain.
“Eh mana bantal busuk? Tiba-tiba hilang. Saya minta suami telefon pihak homestay untuk mereka periksa dan tolong simpankan sebelum kemasukan guest lain.
“Satu malam tertinggal kat hosmestay dan malam itu juga saya susah tidur. Tidur pusing sana, pusing sini… memang tak tenang,” katanya berkongsi.
Ads
Menerusi video yang tular, Marsha mewakilkan suaminya untuk turun kereta mengambil bantal busuknya daripada pekerja homestay keesokkan harinya.
Malah katanya lagi, dia pernah nyaris tertinggal bantal busuk tersebut ketika hendak menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
“Saya malu nak ambil dan pesan pada suami jangan beritahu itu bantal isteri. Mujur suami sporting sebab dia pun tidur tak tenang sebab saya susah tidur,” kongsinya lagi.
Ads
Dicuci bersih dan ganti sarung baru
Walaupun bantal tersebut berusia lebih dua dekad, Marsha yang lebih setahun mendirikan rumah tangga berkata, bantal itu dijaga dengan baik malah sentiasa dicuci dan digantikan sarungnya.
Kalau dulu majlis konvo tu biasanya dibuat untuk graduan-graduan yang bakal terima diploma, ijazah dan yang seangkatan dengannya di universiti. Tapi sekarang budaya konvo ni bukan sahaja di peringkat institusi pelajaran yang tinggi sahaja, malah dari tadika sampailah sekolah menengah semua pakat berlumba buat majlis.
Dari dewan biasa sampailah ke hotel menjadi lokasi untuk membuat majlis-majlis sebegini. Sampaikan baru-baru ini tular beberapa kisah yang meruntun hati warganet. Ada yang terpaksa bawa motorsikal bos ke majlis konvo tadika anak dan ada pula yang ayahnya menyamakan jumlah untuk membeli jambangan bunga sama dengan 20 kilo beras. Ternyata trend ini bukan sesuai untuk semua orang. Bagi sesetengah pihak ia lebih kepada membebankan.
Bagaikan terpanggil untuk membuka mata ibu bapa tentang isu ini, perkongsian daripada seorang wanita di Facebook ada benarnya. Menurut Noridawati Awang majlis konvokesyen yang dahulunya dilihat gah serta eksklusif tidak lagi dipandang sebegitu susulan budaya terbaru yang memulakan majlis graduasi di peringkat tadika dan juga sekolah rendah.
Tak salah raikan pelajar tapi biarlah ikut kemampuan
Menurutnya lagi bukanlah salah untuk meraikan pelajar-pelajar itu tapi perlulah mengikut kemampuan ibu bapa mereka kerana tidak semua berasal dari keluarga yang senang. Wanita itu juga berharap perkongsian tersebut dapat membuka mata semua.
Ramai yang bersetuju
Tenyata perkongsian yang dibuat mendapat respon yang menyatakan persetujuan. Lebih daripada 5 ribu komen diterima dengan 14 ribu perkongsian dibuat. Ramai yang berkongsi pendapat masing-masing tentang majlis konvo untuk anak-anak kecil yang menjadi trend pada masa kini.
Dah nak habis penggal persekolahan tahun ini, moga tahun-tahun hadapan tak ada lagi isu sebegini. Seperti kata Noridawati, tak salah pun nak buat majlis konvo untuk anak-anak murid. Tapi kalau boleh buatlah yang ikut kemampuan semua.
Pelakon, Nad Zainal mengagumi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa kerana tanggungjawab yang digalas mereka bukan sedikit. Malah tak pernah berhenti.
Menerusi Instagramnya, akui Nad lagi, tugas menjadi seorang suri rumah sememangnya tak mudah. Bukan sahaja menguruskan anak-anak yang masih kecil bahkan menguruskan rumahtangga sepenuhnya tanpa henti. Memang mencabar.
“Saya bersetuju. Dalam banyak-banyak pekerjaan dalam dunia ini, yang paling susah ialah suri rumah.
“Melayan anak, jadi cikgu, memasak, mengemas yang tak berkesudahan,” luah Nad berkongsi.
Tambah Nad lagi, dia juga teramat mengagumi ibu muda kerana mampu menguruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta menguruskan rumahtangga dengan baik tanpa pembantu.
Bukan satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
“Kagum dengan ibu muda yang tak ada pembantu mampu bekerja dan melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan jayanya. Mana nak kekal wangi, cantik, tapi nak uruskan rumahtangga lagi.
“Belum lagi bila mengandung tiap dua tahun, kembali bekerja, bawa breatpump ke hulu ke hilir, tinggalkan anak di taska. Fuh, anda memang wanita yang hebat,” luah Nad berkongsi.
Dalam pada itu, pandangan Nad sudah semestinya mendapat sokongan ramai pengikutnya di Instagram.
Setiap orang ada ujian masing-masing, jika terasa hidup ini sukar, percayalah ada orang yang lebih susah dari kita. Sesetengah orang mungkin tiada tempat berlindung mahupun makanan untuk dijamah.
Demi kelangsungan hidup mungkin ada orang yang terpaksa mengemis hanya untuk mendapatkan sesuatu untuk dimakan. Hakikat ini turu terjadi di negara kita dan seorang bapa melalui akaun Tiktok @hermanrawi berkongsi video yang sempat dirakam.
Di dalam video tersebut, Herman sedang berada dalam kereta bersama dua orang anaknya, Hana dan Mateen. Ketika itu kereta tidak bergerak mungkin kerana kesesakan lalu lintas.
Herman terlihat seorang galandangan sedang mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang ada di situ. Semasa gelandangan tersebut menghampiri keretanya, Herman menghulurkan sebiji epal yang mahu dia makan kemudian.
Yang meruntun hatinya adalah apabila melihat reaksi gelandangan tersebut yang sangat teruja mendapat epal tersebut.
Dalam video itu, Herman terus memerhatikan gerak geri gelandangan itu menerusi cermin sisi. Ketika itulah anaknya bertanya mengapa orang tersebut lapar.
Menahan air mata, Herman menjawab mungkin kerana sudah lama dia tidak makan. Tambahnya lagi, dia sayu melihat bagaimana gelandangan tersebut sangat menghargai sebiji epal.
“I’m glad that I gave him the apple that we have.”
Ketika makan buah itu, jelas kelihatan keterujaannya dan betapa dia menghargai pemberian itu. Sikap yang ditunjukkan oleh Herman wajar diberi pujian. Tanpa berfikir dua kali, Herman berkongsi rezekinya dengan orang lain.
Apa lagi ia dilakukan di hadapan anak-anaknya, pasti menjadi teladan yang baik. Ingatlah, sebesar mana ujian kita bersyukur dan sentiasa hargai apa yang kita ada.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.