Kalau zaman dahulu, ketika makan isteri layankan suami. Ketika bersembang berdua, mata saling menatap wajah pasangan. Jauh sungguh dengan zaman sekarang, biarpun duduk dekat-dekat tetapi mata menatap skrin handphone. Walaupun bersembang berdua, tapi jari sibuk skrol media sosial di handphone. Walaupun dekat, sebenarnya kita berjauhan dengan pasangan kita.
Begitulah perkongsian seorang suami romantik, Muhammad Hassan, melalui penulisannya di Facebook. Turut berkongsi tentang cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan, lelaki ini mengatakan jika isteri stres maka anak-anak juga akan tertekan. Sebab itulah kita didedahkan dengan masalah mental dalam kalangan kanak-kanak dewasa ini.
Untungkan orang tak sihat. Balik dari oustation makan terhidang atas meja,sup sayur,ikan kerisi kegemaran saya.
Baru je nak makan tiba tiba wife cakap jangan makan dulu. Meh sini jari tu nak potong kuku.
Ya Allah. Rupanya kuku saya dah macam pontianak🤣. Malu weh bila kuku panjang kena tegur kat wife. Patutlah wife pandang semacam je sebelum makan.
Time makan tu,wife layankan apa yang saya nak makan. part ini saya mula sebak. teringat mak layan ayah dulu. mak tengok je ayah makan,ayah ajak makan pun mak tak makan,nak bagi suami dia betul betul kenyang,barulah mak makan.
Orang dulu bonding mereka kuat. Betul betul mereka layan pasangan. Bila bercakap beri tumpuan,ada interaksi antara mereka. Bersembang,senyum,sedang makan tu sempat lagi bermanja,siap bersuapan lagi.
Zaman ini waktu makan still lagi mengadap screen. Main HP,makan depan TV. Tangan sumbat nasi,tapi mata kat screen. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga. So please ubah semua itu.
Ads
Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan gadget,depan tv.
Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun dalam hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut je gaduh,tutup mulut tapi mata depan tv,layan gadget. Anak anak layan game,layan kehidupan mereka sendiri.
Tiada lagi senyuman,gelak tawa,riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif,ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga,ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak anak.
Apabila isteri stres,anak anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Maka anak anak akan kesunyian. Sebab itu tidak pelik jika ada kanak kanak juga mengalami masalah mental.
Hari ini,perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu betul betul fokus melayani keluarga. Tiada HP,tiada TV,tiada urusan kerja. Bagi attention kepada pasangan. Dengar cerita mereka,dengar rasa hati mereka,banyakkan buat sentuhan kepada mereka,selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.
Peluk erat isteri,paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari,ya 5 kali,tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia,namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri isteri baginda.
Potong kuku pasangan beri bonding yang sangat kuat,rindu sangat sangat moment ini. Disitu ada sentuhan,sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan,renung dalam mata dia,rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.
Rupanya nak isteri itu tenang,suami wajib bina bonding terhadap pasangan. I love u,i miss u, usap jari,pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang kadang kita terlepas pandang.
Bina cinta,bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.
-EncikMatt- #LelakiBurQa
Benar, inilah yang berlaku sekarang dalam masyarakat kita. Handphone satu keperluan tetapi tidak perlu diutamakan melebihi keluarga. Untuk membesarkan anak-anak, sebaiknya ibu ayah tunjuklah contoh yang baik, jangan sesekali bertegang urat di hadapan mereka. Ia bukan sahaja akan menjadi toksik dalam hubungan suami isteri tetapi juga ketika proses tumbesaran anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggosok pakaian memang meletihkan. Ikut jenis baju, ada cara menggosoknya tersendiri. Uniform sekolah anak, baju kerja suami dan pakaian kita sendiri perlu digosok rapi supaya nampak kemas dan tidak berkedut. Barulah cantik bila dipakai.
Ada cara mudah untuk menggosok baju di rumah. Hanya memerlukan papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas, kerja untuk menggosok pakaian akan menjadi lebih cepat serta menjimatkan elektrik.
Pssstttt pssstttt…. X baca rugi tau!! Uols…hr ni iols cedok ilmu dr kenalan fb yg ajar spaya mpercepatkan proses iron baju! Kaedah ni guna aluminium foil, sbb aluminium foil ni kan serap haba so kte gosok baju bhgn depan,sekali arung bhgn belakang pun trgosok skali tanpa sengaja uolsss!
Gini kisahnya… Guna aluminium foil,balutkan iron board kte tu… iols pnya ngam2 je sama saiz ngan iron board so iols tampal dgn double sided tape…
Then… iols balutkan kain lain, of course pink! Ni kain sisa2 buat cadar single bed msa duk hostel dulu. Pastu iols stapler kan jer…sbb iols pnya ni x de sarung. So tadaaa dr buruk jd comey sikit. Ye idok?
-Credit to respective owner 🙂
Berikut cara-caranya:
#1 Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
#2 Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium.
#3 Kemudian, ambil kain kapas dan letakkan di atas kertas aluminium tadi. Kemaskan balutan dengan stapler gun.
Inilah hasilnya! Anda tidak perlu gosokkan bahagian belakang kerana ia akan automatik hilang kedut. Kertas aluminium merupakan pemantul haba yang baik, jadi ia mempercepatkan kerja menggosok pakaian.
Pasangan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi setelah kehadiran cahaya mata sulungnya, Rina.
Walaupun Rina baru genap setahun pada Oktober lalu, namun gelagat comelnya sentiasa buat ramai yang geram. Namun, apa yang membuatkan Ryzal sedikit kecewa adalah dengan sikap segelintir individu yang langsung tidak menjaga hati dan perasaannya serta isteri yang menganggap anak sulungnya itu tak faham bahasa Inggeris.
Sedangkan Ryzal ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak serta penggunaan bahasa memandangkan mereka berkahwin berlainan bangsa. Berikut adalah perkongsiannya.
“Kesian dia tak faham English”
Rina ni baru 1 tahun. Dia cakap pun tak fasih. Awak datang tegur babysitter dengan Rina tu saya ucap terima kasih, mungkin awak salah seorang peminat Rina. Tapi cara awak guna perkataan ‘Kesian’ tu salah sama sekali.
Sebagai bapa yang berbangsa Melayu, saya lebih sayangkan Bahasa Kebangsaan kita. Saya berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu, Korea dan last sekali barulah English. Rina faham je English, malah saya gunakan British English di rumah bila berkomunikasi. Bukan English terabur “adik, wear your kasut”.
Kadang-kadang saya cakap dialek Kelantan supaya Rina tahu dari mana ayah dia datang.
Andaikata Rina tak faham English pun, saya tak malu dan tak kesian. Yang saya kesian kita bangsa Melayu terlalu agungkan bahasa asing sehingga lupa identiti bangsa sendiri.
Bangga dengan anak boleh berbahasa Inggeris tapi tidak faham Bahasa Melayu, itu yang malu dan kesian.
Saya saksikan ramai kenalan saya jumpa, anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu. That’s a shame of being Malaysian. Satu nasihat Ryzal pada semua. Learn every language you could but don’t lose your identity.
“Doakan semoga kami diberikan rezeki cahaya mata,” demikian jawapan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Nur Heliza Helmi apabila mengulas dakwaan sedang berbadan dua.
“Doakan yang baik-baik..”
Kata Heliza, 37, dia sudah terbiasa dengan perhatian dan soalan mengenai perkahwinan serta cahaya mata.
“Sebelum berkahwin orang tanya bila kahwin, jadi kami sudah biasa dengan perkara itu. Dan bila sudah berkahwin, kami pun sudah tahu apa yang akan berlaku.
“Jadi bila orang tanya, kami akan cakap doakan, tetapi kadang-kadang bila tak cakap pun, orang akan terus mendoakan.
“Dan ada juga kawan-kawan yang sudah mempunyai anak turut berkongsi, jadi saya tiada rasa tak selesa. Sebab bagi saya, Allah lebih mengetahui,” katanya.
“Jika ada rezeki, saya kongsi”
Heliza berkata, dia tidak menolak untuk berkongsi mengenai kehamilannya sekiranya dikurniakan rezeki.
“Kita tunggu sekiranya ada, sebab saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
“Tunggulah bila ada, baru saya fikir,” katanya.
Heliza mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari, tahun lalu.
Bertanya keterbukaan terhadap perhatian, Heliza berkata, dia selesa sekiranya perkongsian bersama suami memberi manfaat pada orang ramai.
“Kami tidak terlalu banyak berkongsi, saya pun kongsi sikit-sikit sahaja.
“Alhamdulillah, kalau orang suka, yang penting doakan. Sebab bila berkongsi, kita juga akan dapat doa berkenaan rumah tangga.
“Tetapi, saya rasa kehidupan selepas berkahwin biasa sahaja sebab sebelum berkahwin pun orang mengenali saya.
“Cuma lebih seronok sekarang pergi mana pun orang banyak menegur dan mendoakan. Alhamdulillah,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.