MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz yang kini sedang sarat hamil anak keempatnya menanti hari bersalin yang dijangka pada penghujung Julai ini.
Menanti kelahiran bayi keempatnya yang merupakan seorang anak perempuan, MUA Bellaz nyata teruja untuk menyambut kelahiran bayinya itu.
Berkongsi kisah kehamilan keempatnya, kata Bellaz, bukan dia sahaja yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata bahkan dua rakan karibnya turut sama hamil dan kini keduanya sudah pun bersalin.
Menerusi media sosialnya, Bellaz berkongsi cerita. Benarlah kata-kata orang, hamil ini berjangkit!
“Doakan dipermudahkan urusan kami, Haya (kanan) dah lepas bersalin dah, dapat baby boy Alhamdulilah, esok insyallah Zila pulak. Lepas Zila Bellaz pulak 😨 haha.
“Allah moga dipermudahkan urusan kita semua ya ibu-ibu semua,” tulisnya berkongsi.
Ads
Menurut kata Bellaz lagi, dia dan dua sahabatnya, Haya dan Zila sememangnya sudah berkawan lama namun tidak menyangka kali ini dapat hamil bersama-sama.
“Berkawan dari kecik, ni kali kedua berjangkit pregnant sekali.
“Tiga-tiga laki kami dah rancang lama, kami yang lalai kahkahakahkah. Betoi orang tua-tua kata nanti berjangkit bila kawan ni. Jangkit sungguh.
Ads
“Dan doa-doa kami buat semua para-para wanita dikurniakan zuriat secepatnyaa Amennnn Amenn,” katanya lagi.
Dalam pada itu, MUA Bellaz yang bakal melahirkan anak keempatnya itu sekitar dua minggu lagi turut memohon doa dari semua agar kelahiran bayinya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Sending love dari kami sekeluarga Alhamdulilahh. Tumpang lalu sat. Lagi 2 minggu lagi Bellaz nak due date, doakan dipermudahkan urusan saya,” katanya lagi.
Melihat didikan yang sering dikongsikan pasangan selebriti Ozlynn Wati dan Johan buat kesemua anak-anak mereka, pujian seharusnya diberikan.
Mana tidaknya, bukan hanya berpuasa bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil malah berjemaah setiap subuh menjadi kewajipan bagi keluarga ini. Hebat!
Menerusi Instagramnya, Ozlynn turut berkongsi bukan hanya kelima-lima anak mereka bahkan puasa kali ini turut sama disertai beberapa orang anak kecil lain yang mahu turut sama belajar berpuasa.
“Maka bermulalah kehidupanku dengan taska. Makin ramai la bebudak kat umah bila tau aku ada.
“Mak-mak, bapak, ibu-ibu semua yang ada anak kecik di sini, jangan lupa baju anak kamu yahhhhhh!!
“Jujur cakap semua budak-budak dalam gambar di atas dah pernah kena marah, pekik, libas… tapi tetap nak tidur sini jugak. Tetap tak serik,” tulis Ozlynn berkongsi.
Bahkan kata Ozlynn lagi, kesemua mereka juga didik sama seperti anak-anaknya yang pernah kena marah dan pekikan. Semuanya demi menjayakan solat dan puasa mereka.
“Esok ada sorang budak 5 tahun nak training puasa. So esok aku update perjalanan kejut sahur, solat subuh membawak ke berbuka ok. Semoga dipermudahkanNya.
“So esok budak-budak 7 tahun dengan 6 tahun and 3 tahun dah boleh puasa. Senang hidup aku sikit. Just pantau je, sorang je sok kita latih. Upah?
“Tengok perangai dulu, kalau masing-masing tak dengar cakap. Takde lah upah toys ke apa.. ko duk je la main sesama korang.
“Free, tapi kena ingat my house my rules. Once dah masok sini kira anak kami. Marah, rotan standby je kalau tak…,” ceritanya lagi yang turut berkongsi di ruangan komen.
“Tanda-tanda rumah penuh keberkatan”
Dalam pada itu, cara didikan Ozlynn yang melayani anak-anak lain sudah semestinya mendapat pujian ramai malah para pengikutnya turut sama berseloroh mahu menghantar anak mereka untuk berlatih berpuasa bersama Ozlynn.
Malah ramai yang turut mengucapkan tahniah atas usaha dan didikan hebat ini.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak perempuan kepada pasangan Youtuber Ryzal Ibrahim dan Maryam sentiasa mencuri perhatian warganet dengan telatahnya yang comel. Bukan itu saja, ramai yang suka bila melihat Rina ketika makan.
Tidak cerewet dan pandai makan sendiri membuatkan ramai yang sering menunggu update terbaru pasangan ini tentang si comel Rina. Maryam juga sering dipuji kerana sangat disiplin dan bersemangat menyediakan sendiri pelbagai jenis makanan berkhasiat buat anak perempuannya itu.
Bagi yang mengikuti Maryam di Instagram pasti tahu yang wanita cantik dari Korea ini selalu memuatnaik video mereka berdua bersama Rina. Terbaharu, Maryam berkongsi sebuah video ketika Rina sedang makan paha ayam.
Untuk pengetahuan, Samgaetang sebenarnya adalah sejenis masakan tradisional dari Korea yang merupakan sup ayam ginseng.
Antara komen warganet melihat kecomelan Rina makan peha ayam;
Wah, memang berselera betul tengok Rina makan! Melihat kesungguhan anak perempuan Ryzal dan Maryam ni, buat kita pula terliur. Masakan Maryam pun nampak sedap, memang patutlah anak seronok nak makan.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dilalui oleh adik Sofea apabila disahkan mempunyai kanser saraf hingga menyebabkan kedua-dua matanya rosak.
Perkongsian ini dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ yang terut memohon jika ada pakar yang boleh membantu merawat penyakit adik Sofea ini.
Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata.😢 Ziarah Anakanda Tuan Nur Afina Sofea yang telah buta kedua mata kerana kanser saraf.
L
Mama sofea cerita bahawa akhir-akhir ni Sofea kerap bagitahu nak jumpa ustazah, yang dimaksudkannya ialah saya..😢 Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi semua berkata, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi. 😣
Sebaik tiba di Besut, en.Suami ajak ziarah anak jiran sebelah rumah mertua, saya tak tahu siapa. Sebaik melihat anakanda sofia, lidah terus jadi kelu dan air mata tidak dapat dibendung.
Lalu si Ibu mula bercerita, ia bermula pada hujung tahun 2020, ketika itu umur sofia 6 tahun, dan kini umurnya sudah 9 tahun. Sudah 3 tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk tahap dan kanser jenis ini.
Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih.
Daripada tampalan penutup mata yang terselak, saya boleh lihat kedua mata putih Sofia telahpun tersembul keluar, kelopak mata tak boleh menutupi lagi. Sebab itu ditutup dengan kapas kerana pedih bila terkena udara.
Saya tarik nafas dalam dan mula berbicara, “sofia..insyaAllah sofia akan sembuh dan boleh melihat semula, kita semua mendoakan buat sofia, insyaAllah jika Allah ingin berikan kesembuhan Allah Maha Berkuasa..” Sofia angguk-angguk sambil menyebut InsyaAllah.
Saya sambung lagi, ”Sofia bakal Ahli Syurga, Sofia tak ada dosa, Sofia masih kecil baru 9 tahun, Sofia telah diuji sakit begini, setiap hari Allah bersihkan sofia, sofia insyaAllah dijamin Syurga, bahkan ketika di Alam Barzakh lagi dah dapat nikmat Taman Syurga..” Sofia mencelah dan berkata,
“Ustazah, Sofia ada dosa.. sofia dosa dengan Mama, sebab bila sofia tak nampak ni kadang-kadang sofia ada marah Mama bila lambat.. Sofia boleh ke masuk Syurga ?, kalau
Mama maafkan Sofia.. Sofia bolehlah kan masuk Syurga” Allahu Akbar… saat ni semua yang ada di ruangan ini menangis.. saya dah hilang suara menahan esakan.
Mulianya hati mu duhai anak. Terlalu mulia. Saya cuba menyusun kata, “Sofia, antara kita semua disini, sofia paling baik, paling mulia, sofia yang Allah pilih untuk ujian yang sangat berat ini, sebab Allah tahu Sofia kuat”
“Mama sofia dan kita semua faham bila sofia marah-marah sikit, sebab sofia sedang menahan sakit, sofia tak boleh berjalan dan tak boleh melihat.. jadi sofia terpaksa bergantung pada semua orang. Sofia rasa gelap dan takut..”
“Semua orang faham dan kami semua menumpang sofia sekarang ni, mama, ustazah dan kami semua harap dapat masuk Syurga sama Sofia.. Sofia nanti cari dan tarik kami sama-sama masuk Syurga ya…😭”
Mama Sofia pun mencelah teresak, “Mama selalu maafkan Sofia, sofia tak ada salah apa pun..”
Sofia angguk-angguk dan cuba untuk senyum, tapi memang Sofia tidak dapat untuk senyum lagi, kerana kedua pipi sudah menengang, sofia asyik mengulang.. InsyaAllah Ustazah..🌷
Mama Sofia sambung bercerita, “ustazah, ketika di ward ada 6 kanak-kanak yang sama dengan sofia, semua dah pergi kecuali dua orang termasuk sofia, dan Dr. sebenarnya jangkakan sofia hanya ada masa dua bulan selepas chemo terakhir, tapi sekarang dah lebih setahun, sofia ni sangat kuat dan matang, bahkan lebih matang daripada kakaknya..” Ada jiran yang menambah, “ustazah, sofia ni kanak-kanak yang cergas, bijak dan ramah”.
Bapa mertua saya pun bercerita, jika bertemu sahaja di tengah jalan atau nampak dari jauh, sofia akan memanggil-manggil “Pak Long…Pak Long”, walau masih kecil tapi berani menegur orang tua. Ketika kami berbual, anak saya fatimah pegang-pegang jari Sofia, lalu sofia bertanya,
“Mama, Sofia sedang main dengan siapa ni ?” Sofia anak bongsu, jadi bila ada jari kecil fatimah sedang main-main dengannya dia tertanya-tanya. Saya terus jelaskan, “Fatimah ni sofia, anak ustazah paling kecik, umurnya 4 tahun”
Saya minta fatimah peluk dan salam sofia, dan ketika itu Sofia berkata pada Mamanya, “Mama tolong bagi pada adik biskut tu Mama”. Lalu Mamanya buka satu bekas yang didalamnya berisi pelbagai jenis biskut dalam pack.
Ya Allah, sungguh matang dan pandai menyantuni semua, cerdik ! Saya sungguh jatuh hati jatuh sayang pada ampunya badan Anakanda Tuan Nur Afrina Sofia. Saya mohon sahabat semua, doakan anak ini 🙏😢
Saya juga mohon jika ada Dr. yang membaca nukilan ini, atau kenalan lalu sampaikan. Adakah benar barah peringkat adik Sofia ni dah tak ada peluang sembuh ?, maksudnya memang hanya menghitung hari ?.
Pada awal tahun 2020, rupanya sofia yang berdiri sebelah dan saya siap memeluknya, dalam gambar tu saya duduk atas satu kerusi, sebab tu semua anak-anak jadi nampak sama tinggi.
Ustazah masih ingat, waktu ni sofia umur 6 tahun, sofia lah yang berani menegur ustazah, ustazah Asma’, ustazah dalam telefon.. sebab tu ustazah keluar daripada kereta, ajak semua bergambar dan berikan RM 5 sorang. Rupanya Sofia selalu ingat momen tu, dan sebut-sebut, ustazah baik, ustazah bagi 5 ringgit, begitulah cerita Mama Sofia tadi. Kecil bagi kita, rupanya besar maknanya buat anak kecil. 😢, lagi bila anak orang susah.
Sedikit maklumat tentang penyakit Safiya ;
Neuroblastoma merupakan salah satu ketumbuhan kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal (tahap I-II). Pesakit tidak menunjukkan simpton-simpton awal walaupun kanser tersebut telah tumbuh dan membiak pada sesuatu bahagian badan.
Semoga kita terus boleh bersyukur dengan segala Nikmat dan UjianNya. Kita semua diuji, namun bila melihat Ujian Anakanda Sofia ni..terus rasa malu dengan Allah.. betapa diri ini tidak bersyukur. 😔