Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
Ads
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Ads
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa juadah raya anda kali ni? Apa kata kita hidangkan mi kari kuah pekat pula untuk anak-anak tetamu yang bertandang. Nak buat kuah mi kari paling simple?
Jom cuba resipi superdaddy, Khairul Abdullah yang super umph ni.
Gais, kalau bini kau minta nak makan mee kari dan dia suruh kau yang buat, maka janganlah kau gundah yer. Dengan lidah yang lancar lagi fasih kau jawab “Bagi abang sejam yer yang!”
Terus kau start motor ke kedai dan beli bahan ni:
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
400 gm kerang yang dah siap kupas
1 ketul isi ayam.
8 ekor udang saiz sederhana
1 ikat kacang panjang
1 genggam taugeh
1 ikat sawi
1 pek fishball
1 pek fishcake
1 pek tofu goreng
1 ketul kiub pati ayam
2 ranting daun kari
1 pek kecil serbuk kari daging Cap O
1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O
1 kotak santan
1 sudu kecil pes asam jawa
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Pastu panaskan minyak dalam 5 sudu macam tu dalam periuk besar sikit dan tumis bahan kisar dan ulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.
2. Campurkan rempah kari ikan dan daging dalam bekas tambah air dan jadikan pes pastu masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.
4. Dah didih masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kau kacau sebati.
5. Pastu masukkan santan dan biar didih. Dah didih masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut banyak mana kuah nak. Pastu rasalah dan ejaslah masin masam dia tu. Siap.
Celurlah mee, sawi dan taugeh dan masukkan dalam mangkuk.
Pastu ceduklah kuah yang kau buat dengan penuh perasaan tadi tu. Hiaslah dengan potongan limau, telur rebus, cili merah potong atau paling best kalau ada sambal tumis.
Disaat semua orang berebut-rebut mendapatkan stok bekalan roti, ada baiknya masa terluang ini kita cuba hasilkan roti sendiri di rumah. Lagi berbaloi hasilnya bila melihat air tangan sendiri. Anak-anak pastinya lebih teruja.
Resipi roti mudah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Zaila ini cukup ringkas dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Malah panduan langkah demi langkahnya menerusi gambar yang dikongsikan buat ibu lebih senang ikut. Paling penting confirm jadi.
Memandangkn ada yang try tak jadi, sis bagi resipi bergambar okei. Bagi mudah faham. Resipi ada kat setiap gambar. Resipi ni boleh lah nak tambah inti @topping sesuka hati ye.
Sediakan bahan-bahan:
Air masak 1 cawan
Susu pekat manis (kalau nak buat roti manis letak banyak dan tambah gula, kalau tak letak dalam 2,3 sudu je.
Yis 1 sudu besar
Majerin sesudu besar
Sesudu kecil esen vanilla
Ok ready go blend.
Blend sampai berbuih macam ni.
Tuangkan ke dalam bekas. Masa ni pecahkan sebutir telur. Kacau bagi sebati.
Masukkan 4 cawan gandum. Kalau lembik tambah sampailah tak lekat kat tangan.
Tengah uli boleh tambah sikit garam.
Uli sampai jadi cam gini. Boleh terus bentukkan dalam loyang.
Susun macam ni ye. Jangan rapat-rapat sebab nak bagi ruang roti naik. Ok biarkan dia naik. Lok je masuk dalam oven jangan buka suis. Lock lebih kurang 30 minit. Sebelum bakar keluarkan dulu roti tu. Panaskn dulu oven, bakar suhu 160 selama 15 hingga 20 minit. Tengok perang dah tu masaklah.
Ni kalau nak buat roti sarang lebah. Tambahlah kuaci bijan kat atas roti.
Resipi butterscoth, susu cair + gula perang masak sampai mendidih. Lepas tu tambah sesudu butter/majerin.
Yang ni toppingnye cheddar cheese + gula. Sapu majerin dulu atas roti, parut cheddar dan tabur gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan bayi antara menu yang paling susah untuk difikirkan sebab memerlukan mama untuk kreatif bermain dengan bahan-bahan. Bagi mama yang buntu untuk menyediakan juadah buat bayi anda, anda boleh mencuba resipi donat labu versi bayi yang dikongsi oleh Puan Farisha Sofea.
Resipinya mudah kerana anda hanya memerlukan sukatan cawan sahaja. Bagi bayi yang bawah 1 tahun anda tidak digalakkan untuk menggunakan madu kerana madu hanya sesuai untuk anak atas 1 tahun.
DONAT LABU VERSI BABY
Bahan Bahan:
Bahan A:
1/2 cawan puri labu (dah dikukus & dilenyek)
1 sk madu (1 tahun ke atas)
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sb mentega tanpa garam
1 sk yis
1 sb susu penuh krim
Cara Cara:
Satukan Bahan A dan kacau sebati. ketepikan seketika. Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B kecuali susu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan Bahan A dan juga susu tadi. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan donat dan ulang proses sehingga selesai.
Rehatkan doh 10 – 15 minit kemudian leperkan doh dan lubangkan.Rehatkan lagi sehingga mengembang dua kali ganda. Sementara itu bolehlah panaskan minyak menggunakan api kecil. Apabila doh telah cukup rehat, gorengkan sehingga keperangan.
Tidak perlu diterbalikkkan banyak kali kerana doh akan menyerap minyak, cukup sekadar sekali dua sahaja. Setelah masak kedua dua bahagian , angkat dan toskan. Biarkan sejuk seketika sebelum digolek dengan susu tepung jika suka. siap, selamat mencuba!
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.