Ibu sebenarnya boleh mengelakkan bayi dalam kandungan terkena alergi selepas lahir. Lakukan empat perkara ini masa mengandung sebagai usaha awal.
Ramai yang berpendapat pemakanan yang sarat dengan makanan pencetus alergi pada trimester terakhir menjadi penyebab utama si kecil yang di kandung mendapat reaksi alergi sejurus selepas lahir. Betul ke?
Menurut Dr Dharmini Veerakumaran, pakar perbidanan dan sakit puan Kelana Jaya Medical Centre, belum ada penyelidikan dan kajian yang 100% membuktikan kenyataan ini. Ibu yang hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam piramid makanan. Tidak perlu mengubah terlalu banyak dan mengambil setiap makanan yang baik dalam kuantiti yang sederhana sahaja walau pun ia baik untuk anda dan bayi.
Alahan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alahan yang disebabkan oleh seperti pemakanan, pernafasan, kulit, logam atau ubat-ubatan. Ia disebabkan oleh faktor yang dipanggil allergen. Apabila terdedah kepada allergen, reaksi alergi akan berlaku.
SEJARAH KELUARGA
Bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah keluarga yang alergi terhadap sesuatu allergen perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Alergi sememangnya boleh diwarisi dalam keluarga. Apabila tahu, maka anda akan lebih bersedia menghadapinya dan akan berhati-hati untuk memperkenalkan makanan tersebut apabila dia mencecah usia enam bulan. Bagi golongan yang berisiko, persiapkan diri untuk penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu adalah usaha terbaik untuk menghindari masalah alahan pada si kecil.
Ads
MAKAN KUANTITI SEDERHANA
Sesetengah ibu mengambil makanan yang berkhasiat sehingga memudaratkan sehingga menyebabkan keracunan toksin. Sebagai contoh ikan salmon yang kaya dengan omega 3 dan vitamin A. Mustahak untuk memastikan sajian yang diambil tidak terlalu banyak.
Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri.
Begitu juga vitamin A, D, E dan K perlu diambil dalam kuantiti minimum. Hal ini kerana vitamin-vitamin tersebut adalah jenis yang berasaskan minyak dan akan disimpan oleh hati apabila terlalu banyak dan tidak diguna oleh tubuh seterusnya menyebabkan keracunan toksik. Hal ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti kesihatan bayi yang di kandung apabila lahir kelak.
JAUHI ASAP ROKOK DAN ELAK JADI PEROKOK SEKUNDER
Bagi ibu yang pernah merokok, suami atau ahli keluarga perokok atau pun selalu terdedah kepada asap rokok, hal ini akan menyebabkan bayi lahir kurang berat badan dengan paru-paru tidak matang.
Ads
Walau pun hal ini tidak berkaitan dengan alergi si manja, kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alergi dan terdedah kepada asap rokok akan mempunyai risiko besar untuk mendapat allergic rhinitis apabila dia mencecah usia setahun.
Para perokok yang merancang untuk hamil harus berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Nikotin yang ada dalam darah ibu boleh masuk ke dalam darah bayi menerusi plasenta dan ini boleh mengancam paru-paru dan meningkatkan risiko asma dan kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).
MAKANAN KAYA PROTEIN
Pengambilan diet yang kaya protein amat disarankan. Protein yang tinggi akan membina imuniti badan. Hal ini kerana sel-sel antibodi terdiri daripada protein. Kemungkinan besar ini adalah cara yang boleh digunakan oleh para ibu untuk mengurangkan risiko alergi pada si kecil apabila lahir. Daging tanpa lemak dan ikan adalah contoh makanan yang boleh diambil oleh mama hamil untuk menguatkan antibodi bayi.
Ads
SUMBER VITAMIN
Bakal ibu juga perlu mendapat sumber vitamin secukupnya daripada sumber semula jadi. Ia lebih baik berbanding pil atau kapsul lebih segar dan lebih mudah diproses tubuh terutama sekali vitamin C yang menguatkan pertahanan tubuh daripada penyakit dan alahan.
Pengambilan vitamin pranatal oleh secara berterusan seperti yang diarahkan oleh doktor memberikan manfaat membina tubuh bayi yang sihat. Vitamin pranatal mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk perkembangan tubuh sendiri dan janin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu hamil sememangnya perlu berjaga-jaga dalam pemilihan makanan setiap hari. Tersalah ambil makanan, bukan hanya memudaratkan diri bahkan juga pada janin yang berada di dalam kandungan ibu.
Salah satu makanan yang patut dielakkan oleh ibu ketika hamil adalah makanan separuh masa seperti telur separuh masak, daging seperti sushi dan sebagainya. Mengapa? Ibu hamil terdedah kepada jangkitan Listeria atau Salmonella yang terdapat di dalam telur dan makanan mentah ini.
Menurut Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, terdapat beberapa makanan yang dilarang wanita hamil. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Bagaimana nak kurangkan jangkitan Listeria & Salmonella masa mengandung?
1) Minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh dari ladang dan tidak melalui proses pempasteuran, tolong avoid!
2) Tak digalakkan ibu makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. Chesse seperti cheddar, cottage ataupun cheese yang dah di proses, boleh makan.
3) Tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yg ada sayur ) yang mentah. Kalau nak makan gak, pilih yang Well done ( yang dimasak sepenuhnya )
4) Tak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yg lama. Telur separuh masak TAKBOLEH dimakan. Makan telur yang hanya dimasak sepenuhnya.
5) Elakkan daging mentah, atau daging separa masak. Sushi yang ada ikan/sotong/udang mentah atau separa masak TAKBOLEH. Sushi dengan makanan yang dah dimasak sepenuhnya ok untuk dimakan.
Takda istilah mengidam makanan-makanan yg saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak.
Jangan cuba cuba nak join Fear Factor masa mengandung.
Masalah Hb rendah di kalangan ibu hamil bagaikan suatu perkara biasa. Ramai ibu hamil mengalaminya. Lazimnya, di trimester pertama, bacaan Hb ibu hamil berada di tahap normal. Namun, memasuki trimester kedua dan ketiga, bacaan Hb mula menunjukkan penurunan.
Walaupun keadaan ini sudah menjadi kebiasaan buat ibu hamil, namun anda jangan sesekali memandang perkara ini sebagai sesuatu yang remeh. Anda perlu sedar bahawa hal ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda sendiri dan bayi yang dikandungi.
1. Kekurangan zat besi
Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan.
Apabila badan anda kekurangan zat besi, ia tiada sumber nutrien untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Dikatakan wanita hamil kerap mengalami anemia jenis ini.
2. Kekurangan asid folik
Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukannya untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Semasa hamil, anda perlukan lebih asid folik. Sudah pasti anda sedia maklum mengenainya, bukan?
Kekurangan asid folik akan menyebabkan tubuh anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangannya juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan berat badan bayi kurang semasa dia dilahirkan.
3. Kekurangan Vitamin B12
Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk anda mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Sekiranya tidak makan daging, produk tenusu dan telur, anda berisiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pramatang.
7 punca masalah anemia
Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.
Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
Pembawaan faktor genetik contohnya talesemia.
Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan.
Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkembangan otak bayi bermula sejak dari dalam kandungan ibunya. Oleh sebab itulah, ibu hamil sangat digalakkan untuk menjaga rutin pemakanannya dengan baik
Semasa dalam kandungan, bayi memerlukan nutrisi penting seperti AA, DHA, EPA, omega 3 dan lain-lain untuk membentuk jaringan sistem saraf, meningkatkan fungsi kognitif, perkembangan neuropsikologi dan kemampuan visualnya setelah dilahirkan kelak.
Kajian ada menyatakan bahawa ibu hamil yang makan ikan tiga hingga empat kali seminggu akan melahirkan anak yang memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding ibu yang kurang makan ikan.
Malah, ada juga yang menyatakan bahawa dengan makan banyak ikan semasa hamil, ia mampu mengelakkan si kecil itu daripada gejala autisme.
Untuk makluman anda, omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh tetapi sangat diperlukan untuk menghasilkan DHA dan EPA yang sangat bagus untuk perkembangan otak.
Antara ikan yang mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi ialah:
Salmon
Di dalam 75 gram salmon mengandungi 1.9 gram omega-3
Sardin
Kaya dengan omega-3 dan vitamin D.
Tenggiri
Sumber AA dan DHA dalam ikan ini sangat baik untuk kandungan anda.
Tuna
Omega-3 yang ada pada ikan tuna turut memberikan perlindungan pada saluran pencernaan dan mencegah kanser ovari
Oleh yang demikian, jadikan ikan-ikan ini sebagai salah satu anda tiga atau empat kali seminggu.
Walaupun begitu, ambil makanan laut secara sederhana dan tidak berlebihan kerana ia mungkin mengandung logam berat merkuri yang boleh membahayakan kandungan pula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi...