Sediakan bubur anak hasil air tangan sendiri berikan kepuasan yang berbeza. Penat sikit pun tak mengapa asalkan dapat sediakan sendiri. Tapi dengan tip yang dikongsikan ibu ini, anda tentu boleh jimatkan masa.

Bubur adalah sajian yang selalu dihidangkan kepada bayi. Ia bertekstur lembut dan kerapkali menggunakan bahan yang berasaskan bijirin seperti beras yang dicampurkan dengan sayur-sayuran dan sumber protein haiwan seperti ikan, ayam atau daging. Ia makanan pelengkap yang baik bagi bayi yang berusia enam bulan ke atas.

TIP MASAK BUBUR BAYI 10 MINIT, INI RAHSIANYA!

Puan Kamsiah Mat Osman menerusi grup FB Masak Apa Hari Ini telah berkongsi tip membekukan beras supaya masa memasak lebih singkat daripada kaedah biasa. Posting beliau yang menerima dikongsi sebanyak 8 ribu ini menunjukkan bagaimana dia menggunakan beras yang dibekukan untuk menyediakan bubur kepada bayinya yang berusia 10 bulan.

Bubur yang disediakan oleh Puan Kamsiah ini menggunakan bahan iaitu beras yang dibekukan, brokoli dan ayam. Berikut ialah langkah penyediaa yang dikongsikan ibu ini;

Buat Bubur Anak 10 Minit Dah Siap, Ibu Ini Kongsi Tipsnya. Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk Yang Nak Jimat Masa

Basuh beras bersih-bersih. Masujkan dalam bekas dan isikan air.

IKLAN

Buat Bubur Anak 10 Minit Dah Siap, Ibu Ini Kongsi Tipsnya. Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk Yang Nak Jimat Masa

Simpan beras tadi dlm peti sejuk beku semalaman. Sebelah tu ayam untuk masak bubur anak. Pack siap-siap senang nak masak nnti.

Buat Bubur Anak 10 Minit Dah Siap, Ibu Ini Kongsi Tipsnya. Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk Yang Nak Jimat Masa

 

IKLAN

Time ni uolls boleh letak sayur atau apa2 bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yg beku td.

 

Buat Bubur Anak 10 Minit Dah Siap, Ibu Ini Kongsi Tipsnya. Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk Yang Nak Jimat Masa

IKLAN

Semua dah bersatu mcm ni tuggu 10minit pastikan api sederhana kecil tau.

Buat Bubur Anak 10 Minit Dah Siap, Ibu Ini Kongsi Tipsnya. Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk Yang Nak Jimat Masa

Kejadian bubur selepas 10 minit.

Buat Bubur Anak 10 Minit Dah Siap, Ibu Ini Kongsi Tipsnya. Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk Yang Nak Jimat Masa

Dh siap masak, blend dan masukan dalam bekas mcmni. Simpan dalam peti sejuk ,time anak nak makan keluarkan satu bekas rendam guna air panas. Sehari 3 kali anak  makan. Daripada sebekas beras tadi boleh dapat 5 bekas.

Sumber: Puan Kamsiah Mat Osman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI