Murtabak adalah pancake yang disumbat dengan inti atau roti goreng yang biasa dijumpai di Semenanjung Arab dan Asia Tenggara, terutama di Arab Saudi, Kuwait, Yaman, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, dan Thailand.
Rasanya kulitnya yang lembut dan inti daging atau ayam berempah di dalam memang membangkitkan selera. Kebiasaanya murtabak ini akan dihidang bersama cuka bawang atau kari ayam.
Kalau anda takut nak pergi bazar ramadan musim pandemik ni, anda boleh buat sendiri murtabak di rumah.
Resepi Murtabak Mini
Ads
Bahan-bahan;
Kulit popia
isi ayam / daging di cincang
3 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar di potong dadu
Daun sup
Garam
Gula
Cara memasak inti;
1. Tumis bawang yg dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
Ads
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.
Ads
Untuk balut murtabak;
Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti yang dimasak tadi.
Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
Balut dgn kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan” 🤣🤣
kredit: yanie mansor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap tentang pencuci mulut, pastinya ramai suri-suri yang tidak berminat kerana cara penyediaanya memerlukan masa yang lama. Dari mengadun hinggalah membakar. Kadang-kadang tak cukup masa kalau nak buat pencuci mulut.
Sebenarnya banyak resipi pencuci mulut yang simple tanpa menggunakan oven. Antaranya Puding Tiramisu ini, step by stepnya pun mudah. Selamat mencuba!
1 tin susu pekat 1 tin susu sejat@cair 5 tin air(guna bekas tin susu tadi untuk sukat air) 11 sudu Makan tepung kastad (bumbun tau)maksud bumbun tu macam penuh membukit. Biskut marie (nak sedap cari yang perisa kopi) dan Milo secukupnya
Caranya-caranya:
Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastad ke dalam periuk kacau bagi sebati then baru bukak api sederhana. Kacau sampai pekat dan bekilat tutup api. Masukkan ke dalam loyang secara berlapis. Mula dengan kastad ,biskut pastu tabur milo. Pastu ulang lagi kastad..biskut..Milo sampai last biar tinggal kastad ja. Pastu blend kasar sedikit biskut dengan milo kendian tabur untuk yang paling atas. siap! Masukkan dalam peti ais ..dah sejuk boleh ngap
Kredit Resepi : Norliza Bahari via mahn
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Anak-anak dan ayam sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja sajian ayam, anak-anak menjerit keriangan malah tidak sabar-sabar menikmatinya.
Apa kata sempena hujung minggu dan majlis yang istimewa, mama sediakan Roast Chicken hebat ini untuk anak-anak. Resipi sedap dan superb yang dikongsikan oleh Ainon Abdullah.
Saya pernah cuba beberapa resipi roast chicken termasuk resipi kenny rogers yang pernah viral tu. Tapi tak berapa jadi sebab bawang yang diblend dan lumur pada ayam kemudian dibakar dalam oven macam tak berapa sesuai. Dapat rasa pahit bawang yang kurang masak. Mungkin juga teknik saya salah.
Bolehla makan sekadar untuk kenyang. Roast chicken basic ni jugak yang family suka. Satu-satunya western menu saya yang arwah suami suka dan makan bertambah-tambah. Dia tekak Melayu susah sikit nak terima menu omputeh. Kecuali kalau makan di restoran.
Roast chicken ni makanan traditional orang sini. Kita makan rendang masa raya, depa makan nilah untuk christmas dinner. Kalau big family, roast turkey. Saya prefer ayam sebab isinya lebih manis & juicy. Macam beli ikan kembung, kalau ikan besar isi kurang sedap kan.
Saya share resipi kat gambar kalau ada ibu-ibu muda yang nak mencuba resipi sihat dan mudah ini. Resipi ni saya belajar dari youtube Laura Vitale lebih 5 tahun lalu. Sekarang dah jadi salah satu menu favorite keluarga.
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang
Lemon
1 labu bawang putih
Daun Thyme
Daun rosemary
Butter
Garam dan lada sulah
Basic ingredients. Ayam, Onion , lemon, garlic 1 labu, thyme (nampak hitam sebab lama sangat berbulan-bulan dalam freezer), rosemary kalau tak ada fresh, dried pun ok, butter 1 full tbsp, salt & pepper.
Potong carot, celery & kentang. Campak dalam mangkuk baking, pour olive oil, sprinkle black pepper & secubit garam . Gaul dan ketepikan sayur-sayuran dan susun onion macam dalam gambar. Susun begini supaya nanti juice dari ayam jatuh dan bercampur dengan air dari sayur-sayuran menjadi kuah yang enak.
Cincang halus rosemary, ambil 1 ulas yang paling besar garlic dan sagat. Campurkan keduanya dengan butter, tambah sedikit garam (dalam 1/2 tsp) dan black pepper dan gaulkan. Kemudian sumbat di bawahh kulit ayam (rujuk gambar seterusnya) & tekan dari luar untuk ratakan.
Kalau ada lebih sapu je keliling ayam tu. Lemon & garlic di belah dua & sumbat ke dalam perut ayam. Sumbat juga thyme. Kalau ada garlic yang tertanggal campak aja ke dalam mangkuk bake.
Kemaskan dan letak atas susunan onion & sayur-sayur. Bakar pada 170-180 celcius (fan oven) jangan dibuka selama 1 jam setengah – 1 jam 45 minit bergantung kepada size ayam. Kalau kecil, sejam setengah dah boleh check dengan mencucuk pada pangkal. Kalau tak ada darah maknanya dah masak. Kalau besar sejam 45 minit.
Sebab ramai yang tanya, saya tambah resipi untuk gravy & mash potato.
Mash – rebus potato (letak garam siap-siap dalam air nanti tak perlu letak dah) hingga empuk, toskan, lenyek sambil dicampur butter (1 -2 tbsp), lada hitam & lada sulah. Tambah sedikit fresh milk (agak-agak jangan sampai lembik).
Gravy- tumis garlic atau onion atau both with butter (dalam 2 tbsp) sampai onion bertukar warna. Masukkan black pepper, tambah air sejuk sikit & blend untuk hancurkan onion (boleh skip kalau anak-anak tak kisah tergigit onion).
Masukkan air lagi, 1 kiub ayam dan tepung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah. Sukatan air & tepung agak-agaklah ya. Dalam 2 cawan air & 1 full tbsp tepung kot. Itu resipi asal, tapi saya tambah 1 tbsp black pepper sauce, sedikit susu segar dan kicap manis sikit untuk warna. Tak perlu garam sebab kiub ayam dah masin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!