Kita mungkin sudah sering melihat pes tom yam yang di jual di kedai namun hati-hati kerana bukan semua pes tom yam Thai yang dijual sama rasa dan enaknya. Anda harus kenal pasti pes tom yam yang mana satu paling sedap dan kuahnya pekat tanpa bantuan bahan lain. Ini anda perlu tahu sebelum membeli. Jangan salah pilih.
Kalau nak senangkan kerja sebab tak perlu ditambah dengan sebarang tumisan atau bahan lain, tip yang dikongsikan Zatty Roslan ini anda kena tahu. Wajib!
Ini review ikhlas. Saya bukan penjual.
Tadi whattappss dengan jiran. Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat Padang Besar masa duk Jitra dulu.
Sekali imbas korang tengok botol-botol tu semua sama kan dan ramai bila sis cerita tiga-tiga botol ni lain-lain jenama baru orang perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok orang review-review masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.
1. Tulisan Thailand tu paling sedap.
Yang ni tahun lepas sis try cari kat Pdg Besar memang payah jumpa. Dorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari satu kedai ke satu kedai & ada 2 botol je. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu. Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu. Tapi sis masak tak letak pun. Letak paste je banyak-banyak. Baru tomyam pekat memikat!
2. Paste tomyam jenama Nang Fah.
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan Thai tadi. Cara masak pun sama. Letak semua tak yah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.
3. Paste tomyam jenama PUM.
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap dan banyak orang review masak-masak buat guna paste ni. Maybe kat tempat dorang ada jenama ni je kot. Yang pum ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum-sebelum ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lagi laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat Pdg Besar dan harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.
Ok done. Lepas ni korang nak beli paste tomyam perati bende yang sis bulatkan tu ok. Selamat mencuba.
SEKIAN wasalam..
*Sis selalu beli jenama 1 & 2. Masak ni paling senang selain singgang pokman.
Resipi wajib cuba:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang pernah merasa keenakkan kek oren pasti terasa ingin mencuba membuatnya lagi dan lagi. Rasa manis dan masamnya cukup berlemak setiap kali suapan ke mulut. Apa lagi kala dimakan ketika panas-panas.
Anak-anak pastinya cukup teruja menikmati kek oren sedap ini. Resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ini cukup ringkas malah terasa yakin hendak mencubanya. Jom cuba!
Suka tak kek oren? Sangat enak di makan bila terasa kayanya parutan kulit oren di dalam kek. Jom ngeteh.
Kek Oren
Bahan-bahan:
3 bj telur A
2 cawan tepung kek
1/2 sdk baking powder ( ayak 2@3 kali dengan tepung kek)
3/4 cawan gula pasir
1 biji buah sunkist (buang kulit blend kalau malas perah je ambil air)
3 sdb sunquick (campurkan dengan perahan sunkist tadi, jadikan setengah cawan)
1 cawan minyak (boleh juga guna butter -cairkan 1 cawan)
2 bj parutan kulit oren (ambik yang kuning je)
Sedikit garam
1 penutup esen vanila
Pewarna kuning kalau nak boh boleh
Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. Letak esen vanila, campuran oren sunquick tadi, garam dan pukul sebati.
Masukkan minyak dan pukul lagi sebati.
Masukkan tepung pukul speed rendah. Letakkan hirisan kulit lemon dan pukul lagi sampai sebati.
Tuangkan dalam loyang dan bakar, suhu ikut oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi penggemar roti, resipi yang satu ini mungkin menambahkan lagi hidangan resipi roti anda. Roti dengan gabungan ringkas iaitu telur dan susu pekat manis buat rasa roti lebih lembut dan manis berlemak.
Malah gabungan dua bahan ini memang sedap rasanya. Tak percaya jom cuba resipi ini. Memang meletop. Ringkas tetapi cukup sedap. Anak-anak pasti makan berebut-rebut.
RESEPI ROTI GORENG LEMAK MANIS ALA FRENCH TOAST
Bahan-bahan:
Telur 3 biji
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
1. Mula-mula, pecahkan telur. Masukkan susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian, potong roti ikut suka dan celupkan dalam adunan tadi.
3. Bila kuali dah panas, letak sedikit minyak dan bolehlah goreng seperti biasa.
Kalau goreng dengan butter pun boleh, lebih wangi. Tapi tak perlu letak garam ya kalau nak guna butter yang dah sedia masin @ salted butter.
Bila dah nampak garing atau keperangan, bolehlah balikkan. Lepas tu angkat dan toskan. Siap!
Ha, semudah ABC dah siap dah roti goreng lemak manis kita. Mungkin ada yang biasa buat sebelum ini, tapi tak pernah pula terfikir nak tambahkan susu pekat kan?
Jadi apa lagi, kena cubalah sebab memang rasa lemak manis-manis tu akan menaikkan lagi rasa. Boleh dimakan begitu saja. Anda mesti akan rasa perbezaannya.
Kredit : Ratna Sari Zain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.