Masuk sekitar usia anak 1-3 tahun, ketika itulah kita akan ajarkan anak banyak perkara baru. Selain bercakap, ada sesetengah ibu ayah mungkin akan perkenalkan huruf ABC atau mengaji Alif Ba Ta. Seronok tengok anak-anak belajar dan ‘tangkap’ semua ilmu yang kita kongsikan.
Anak pasangan selebriti yang diminati ramai, Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sering mendapat perhatian peminat kerana keletahnya yang comel serta periang.
Bercerita tentang perkembangan anak kecil, sebuah video yang dikongsikan oleh akaun Lovelyfatima._ menunjukkan momen Fattah sedang mengajar puetrinya itu mengenal Alif Ba Ta. Dengan lancar, Fatima menyebut satu per satu huruf yang diajarkan daddynya.
Ads
Melalui video tersebut dalam dilihat keakraban dua beranak ini. Ternyata Fatima sangat rapat dengan Fattah. Di hujung video, Fattah memuji anaknya itu sambil Fatima membuat thumbs up. Comel betul!
Amboi, bukan main Nyamma ya? Seronok betul bila daddy puji. Bijak sungguh Fatima, dapat ikut apa yang disebut dengan begitu baik sekali. Semoga awak membesar dengan sihat, bijak dan berjaya seperti daddy dan mummy nanti ya!
Bila badan penat, secara tak sengaja jadi stres. Para ibu tidak perlu menafikan kenyataan ini. Tapi peranan para suami boleh membantu secara tidak langsung mengembalikan keceriaan.
Orang selalu kata kalau penat, rehat. Manakala kalau mengantuk, tidur. Bagi seorang isteri yang sibuk, mendapat rehat dan tidur yang cukup memang memadai. Tapi bagaimana pula dengan stres yang dihadapi?
Perkongsian daripada bapa ini ada benarnya. Mengambil hati isteri saat kekalutan dan kepenatan melanda boleh memberikan impak kepada pertambahan hormon oxytocin yang membuatkan si isteri ceria semula.
Tips mengurat hati isteri. Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24 jam.
Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2, 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata…
Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan, perhatian, belaian dari suami.
Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.
Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.
Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.
Tangunggjawab sebagai insan yang bergelar ayah tetap harus dilaksanakan walaupun sudah tidak bersama isteri. Emosi anak-anak tetap harus dijaga dan keperluan mereka tetap perlu dipenuhi.
Tiada siapa yang inginkan perpisahan dalam rumah tangga yang dibina. Namun jika sudah tertulis jodoh tidak panjang, cubalah berbaik demi anak-anak dan penuhilah keperluan anak-anak dengan baik. Hubungan yang baik antara bekas suami ataupun bekas isteri akan menjadikan anak-anak membesar dalam suasana yang positif dan baik.
KISAH KU INGINKAN
“Berakhir sudah pencarian dalam cinta…berlagu di ikatan suci kita..”
Kata kata adik sepupu saya bermain di minda. Betul juga budak ni cakap, business dah stabil, hidup dah makin tenang, boleh dah ni nak kahwin.
Pada masa sama masih teringat pengalaman tahun 2013, ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya pernah bertunang tahun 2013 dengan gadis pilihan hati, namun putus ditengah jalan.
Wehh bercinta dari 2005 masa form 6 lagi, dah kenal lama. Tapi biasa la lelaki sepanjang dari 2005 hingga 2013 ada je cinta cinta selingan. Nak di jadikan cerita, kami tiada jodoh untuk berumah tangga.
Dugaan Bertunang Tu Hebat
Betul lah cakap orang tua, dugaan bertunang ni hebat. Macam macam jadi, boleh dikatakan lepas bertunang dalam seminggu sehari je kami berdamai. Lagi 6 hari perang dunia. Ada je tak kena di mata cik tunang dan di mata saya.
Selepas kami berusaha sehabis baik, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan ke alam perkahwinan. Kami ambik jalan membawa haluan masing masing. Dia pon dah kahwin dan ada anak sebaya anak saya.
Bila umur masa tu dah menjangkau 29 tahun, keadaan makin stabil, tekanan soalan perkahwinan semakin memuncak. Nak dijadikan cerita, mana ada masa nak bercinta, hidup saya dengan busines saya. Maka bermulah perkahwinan yang dirancang.
Bermula Hidup Suami Isteri
Ibu saudara saya kenalkan seorang gadis kepada saya. Jumpa first time terus jumpa mak bapak dia sekali. Kami pon berkenalan, lepas sebulan berkenalan kami mengikat tali pertunangan. Selepas 4 bulan bertunang, hari yang ditunggu tiba. Berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang.
Resepsi je 3 kali, maka bermulah hidup sebagai suami isteri. Masa tu, Allahu nikmat nya berkahwin. Lagi nikmat bila baru sebulan kahwin bini dah ngandung. Tembakan pertama menghasilkan benih.
Bermula lah persiapan kami sebagai bakal umi dan ayah. Hari yang cerah makin gelap, langit yang terang makin mendung. Di usia kandungan bini 7 bulan, kami berhadapan krisis rumah tangga kali pertama.
Tak Dapat Kawal Emosi
Segala yang indah jadi buruk, segala yang wangi jadi busuk. Benda jadi betul betul lepas raya, saya tak dapat kawal emosi, saya drop je wife kat rumah mak bapak dia, saya terus gerak balik ke KL.
Masa sampai KL, baru sel sel otak berhubung, apa yang bodoh sangat tinggal bini mcm tu. Tapi masalah kami bukan biasa biasa, memang tak boleh nak difikir kan. Nampak kejam tapi itulah jalan terbaik yang kami ada.
Saya memang elak untuk jumpa bini masa tu, sampai lah mak mertua call saya cakap bini nak jumpa nak bincang. Dan disebabkan hati yang panas dan pendek akal, perbincangan yang baik jadi buruk. Maka terlafazlah talak ketika bini sarat mengandung.
Saya tahu, memang ramai yang akan kecam dan sama kan saya dengan seorang ” Pencetus Umah ” yang viral lakukan perkara sama. Tapi hal rumah tangga bukan kita boleh nilai brother. Bila tiada pertimbangan itu lah terjadi.
Sampai Masa Isteri Bersalin
Sampailah masa, bini nak bersalin masa tu, saya tak lepas tangan, tetap ikut seperti yang telah dijanjikan. Sediakan yang terbaik untuk bini dan anak yang bakal lahir. Hati berfikir, nak pergi ke tak nak.
Sampai lah ayah saya call, dia cakap cukup mudah, anak yang nak keluar tu anak kau, yang ada masalah kau dua orang, bukan anak tu. Dari KL saya pecut balik ke kuantan untuk sambut kelahiran anak saya.
Hati memang panas masa ni, tapi perasaan nak dapat anak tu lagi menebal. Saya teman gak bini dalam labour room. Brother, bukan mudah nak bersalin induce dari malam membawa ke petang esok nya baru bersalin.
Anak Lahir, Terus Rujuk Balik
Bila saya nampak je anak saya lahir, masa tu tak fikir dah ego ke, jantan ke, airmata ni memang x boleh ditahan. Berderai meraung tengok anak, masa tu nak azan kan sampai nurse cakap, sabar, relax jangan nangis azan kan anak dulu.
Saya terus datang kat bini, saya minta maaf dan rujuk semula. Bini pon minta maaf kat saya sekali lagi, masa time sakit tu dia dah berkali kali minta maaf gak. Maka berdamai lah kami dan kembali rujuk sebagai suami isteri.
Bermula lah episod saya jaga bini dan anak dalam pantang. Lepas habis pantang saya bawak bini pindah KL. Tak tengok anak sehari rasa tak complete hidup. Kami duduk lah bersama di KL dan happy ever after.
Namun Jodoh Tak Berpanjangan
Sebenarnya tidak, kami tetap ada masalah sebagai suami isteri. Masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap hari akan terfikir, drama apa yang akan jadi, kami ni jenis ada masalah mesti akan bincang sama sama.
Bila dah bincang pon tetap jadi masalah, dan ada pulak tokok tambah dari orang luar. Kami rasa selama ni kami berbaik hanya untuk anak. Bukan dari hati kami. Masa tu, pilihan yang ada kami duduk berasingan terlebih dulu. Dan bila kami rasa perpisahan jalan terbaik, itu yang kami lakukan.
Masih Berbaik Demi Anak
Mana ada orang kahwin untuk bercerai brother, sama la macam kami. Namun jodoh itu bukan milik kami. Kisah yang kami ingin kan bukan terjadi seperti yang kami impi kan. Kami berpisah secara baik, tidak bergaduh. Dan hingga kini masih berhubung baik untuk anak tunggal kami.
Nasihat saya pada semua, dalam rumah tangga kenalah tolak ansur, saling bantu membantu. Jangan biar orang luar masuk campur urusan family kecil kita. Buat persiapan emosi dan fizikal. Jangan terlalu ego walaupon kesalahan dari pasagan kita. Inshaallah aman rumah tangga.
Membesarkan anak-anak kecil bukan sesuatu yang mudah jika tidak dapat kerjasama pasangan. Lagi-lagi bila melahirkan anak dengan jarak dekat-dekat. Cabarannya tu lagi besar kerana setiap anak ada kerenah masing-masing.
Mula-mula terkial nak urus 5 anak
Melalui perkongsian Sari Yanti, yang juga isteri kepada penyampai radio, Jep, selepas melahirkan anak kelima yang juga bayi lelaki 16 Mei lalu, Sari Yanti akui bukan mudah jika mental dan fizikal tak kuat. Lagi-lagi semua urusan anak dan rumah tangga dilakukan sendiri tanpa pembantu rumah atau pengasuh.
Menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh peminatnya di instastory, Sari Yanti akui berpantang anak kelima dengan dua anak yang masih kecil iaitu Dariya 2 tahun dan Khidir baru genap setahun bukan mudah.
Mula-mula tu agak terkial-kial jugalah nak menguruskan masa ketika berpantang apatah lagi masing-masing belum faham lagi. Tapi syukur semuanya dipermudahkan dan sekarang masih lagi dalam fasa nak menyesuaikan diri.
Masa tahu hamil anak kelima, menangis terkejut
Lagipun masa tahu diri hamil anak kelima dan ketika itu Khidir baru usia 2 bulan memang agak terkejut jugalah. Tapi mungkin Allah nak bagi rezeki dan kami terima dengan rasa syukur.
“Tak dinafikan mula-mula tahu tu menangis jugalah sebab macam tak percaya tapi bila fikir balik rasa bersyukur sebabnya walaupun hanya tinggal satu tiub fallopian, Allah masih beri lagi rezeki anak.
“Masa buang tiub fallopian tu ketika ectopic pregnancy sebelum ini, ingatkan untuk hamil lagi susah, tapi itulah Allah sebaik-baik perancang,” katanya menjawab persoalan peminatnya.
Rumah kemas sendiri
Tambah Sari Yanti lagi, walaupun orang nampak anak ramai macam tak cukup masa, alhamdulillah setakat ni masih mampu uruskan keluarga dengan baik.
“Dalam pantang sekarang ni pun saya tetap masak macam biasa untuk keluarga. Begitu juga bab mengemas rumah memang buat sendiri ketika tengah sarat mengandung hari tu. Walaupun buat ikut kemampuan itu lagi puas hati.
“Sari tak berani nak panggil cleaner walaupun masa tu rasa tak larat sangat tapi cuba gagahkan juga buat apa yang boleh sambil dibantu oleh Jep,” kongsinya.
Dapat tidur dalam 3 hingga 4 jam sehari
Bila orang nampak Sari cergas dan sentiasa bertenaga, sebenarnya dalam pantang ni dapat tidur yang berkualiti hanya 3 atau 4 jam sahaja.
Apabila ditanya sekiranya ada perancangan untuk mengupah pengasuh, Sari Yanti jelaskan dia masih berfikir mengenai perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Sari Yanti turut memberi nasihat kepada wanita yang masih belum dikurniakan zuriat supaya jangan mudah putus asa untuk berusaha selain yakin dengan perancangan Allah SWT.
“Serahlah semuanya pada Allah SWT. Jangan stress, jangan tension fikir, bila orang tanya tenang-tenang je. Minta doakan kita,” ujarnya.
Sari yang berkahwin dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, Muhammad Khidir yang baru genap setahun selain bayi lelaki yang masih dalam pantang.
Malah hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Kredit: Instagram Sari Yanti
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.