Sekali pandang persis kuih bakar pandan namun kuih yang satu ini bukanlah kuih bakar sebaliknya Seri Muka Bakar Pandan yang cukup istimewa rasanya. Gabungan pulut dengan bahagian atas adunan yang berlemak buat seri muka bakar ini cukup sedap.
Uniknya resipi yang dikongsikan oleh Chef Azmin Zain ini cukup hebat malah bukan hanya dikukus bahkan turut dibakar bagi menambah kerangupan pada bahagian atas kuih seri muka. Nak tahu macam mana rasanya sedapnya, kenalah cuba!
Kuih yang popular di belah-belah utara tanah air kita. Harum semerbak bau pandan bakar dia. Asalnya kuih ni kita buat macam kuih Serimuka Pandan Kukus, dah separuh masak kita bakar pulak dalam oven, pakai api atas oven tu tinggi.
Resipi Pulut
1 kg beras pulut
300 ml santan
1 sb garam
500ml air
3 helai daun pandan
Kukus letak minyak satu sudu makan selama 45 minit.
Ads
Resipi Bakar Pandan
Ads
10 biji telur
1 kg santan
500gm gula
300ml air pandan
300gm Tepung Ros
400gm Tepung ubi
50gm Tepung beras
50gm Tepung jagung
1 sk garam
Bancuh sekali (campurkan semuanya) dan tapis.
Pulut yang dah siap kukus, tekan padat-padat dalam loyang yang dah di letak minyak sikit. Rata dan padatkan.
Baru tuang kepala santan pandan tadi. Kukus lagi 45 minit.
Ads
Lepas itu panaskan oven dengan api 200c. Guna api atas je. Masak dalam 20 minit.
Jenguk-jenguklah juga tengok dia hangus-hangus manja kira dah ok lah tu.
Apa-apa pun jangan lupa bismislah dan selawat sebelum nak mula masak. Inshaallah menjadi lah dia nanti.
Sebut sahaja nasi goreng pasti kita sudah terbayangkan nasi goreng panas yang dihidang sebaik diangkat dari kuali. Nasi Goreng Permaisuri Agong sememangnya sudah cukup dikenali, namun nasi goreng yang diolah semula oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini tak kurang hebatnya.
Ditumis menggunakan mentega, nasi goreng Permaisuri Agong ini jadi lagi sedap. Ringkas tapi padu. Jom cuba!
Bahan-bahan: (1 orang makan)
1 mangkuk nasi sejuk
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili padi
1 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
1 biji telur
1 ulas bawang putih (optional)
1 batang daun bawang (optional)
Ini nasi semalam. Nasi goreng mentega ni dinamakan Nasi Goreng Permaisuri oleh orang ramai sebab ia dikongsi olej Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Garam, cili dan bawang putih. Ikut resepi asal, tiada bawang putih tapi sebab saya suka bawang putih maka saya letaklah. Kita yang masak, kita yang makan, maka kita boleh tambah apa kita suka.
Saya guna cobek ni untuk lumatkan bahan tadi. Kau orang boleh guna lesung atau pengisar. Kalau nak beli cobek ni, boleh cari dekat Shopee. Kalau ada cobek ni, memang best nak menyambal.
Saya guna mentega, ada orang guna Planta (marjerin). Mentega asalnya dari susu, merjerin pula dari lemak sayuran. Rasanya berlainan sikit, tapi dua-dua pun sedap untuk masak nasi goreng.
Bila mentega dah cair dan panas, masukkan cili yang kita dah lumatkan tadi. Pastikan api tak terlalu besar kerana mentega ni boleh hangus. Kita tak nak dia hangus. Tumis sampai harum!
Pecahkan sebiji telur. Tak kisah apa-apa gred. A ke B Ke C ke D.
Bila telur dah masak, masukkan apa-apa yang kau nak. Ayam ke, ikan bilis ke, udang kering ke. Boleh belaka. Akhir sekali masukkan nasi sejuk dan gaul sampai rata.
Siap! Macam tu je cara masaknya. Mudah, kan? Saya tabur sikit duit bawang sebab saya suka makanan yang meriah warna dia. Ada warna merah, kuning dan hijau.
Sebenarnya yang buat nasi goreng ni jadi sedap sebab ada mentega tu. Ia beri rasa mewah dan berlemak. Mentega tu mahal weh! Tadi saya pun diam-diam je ambil sikit isteri punya mentega. Heh!
OK close up!
Menarik:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu berpantang tidaklah sesukar mana untuk disediakan. Suami yang mahu berkejar ke tempat kerja pun boleh menyediakan menu ringkas berpantang. Selain daripada ikan bakar dan menu rebus untuk isteri, menu tumisan juga boleh diberikan ketika isteri berpantang.
Resipi Ayam Masak Halia yang disediakan oleh Puan Norashikin Ali ini wajib dicuba. Dalam masa lima minit sahaja sajian untuk ibu berpantang siap disedia. Hidangkan sahaja bersama nasi panas. Memang wow!
Sekarang ni, menu mak berpantang pun dah jadi kegemaran orang yang tak pantang. Lagi-lagi yang tengah on diet tu kan. Bagus makan makanan yang sihat macam ni. Bila masak letak halia ni bau masakan pon wangi je kan. Resepi ni simple sangat. Suami pun boleh masakkan untuk isteri dalam pantang.
Ayam Masak Halia 5 Minit
Ayam bahagian dada dipotong nipis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato cherry
Brokoli
Sedikit lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Gula
Garam
Brokoli ni celur dulu dengan air panas. Agak-agak dah separuh masak toskan dan celur pula dalam air sejuk. Cara ni jadikan sayur segar sampai ke petang.
In shaa Allah.
Okey, jom kita mulakan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
Nampak dah layu, masukkan air.
Kemudian masukkan sos tiram dan lada hitam.
Dah mendidih, masukkan ayam pula. Perasakan dengan gula dan garam.
Kacau-kacau sikit. Last sekali boleh masukkan brokoli dan tomato cherry.
Siap dah! Senang je nak masakkan untuk mak berpantang kan. Sebelum pergi kerja, suami boleh lah masakkan untuk isteri. Terharu tau isteri dalam pantang bila suami sediakan makanan hasil air tangan dia sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama sekali, asingkan tulang menggunakan sudu untuk keruk isi ikan dari tulangnya.
Boleh simpan bahagian ekor dan kepala buat masak asam pedas. Tulang ikan boleh direbus. Air rebusan tersebut boleh buat rebus fishball nanti.
2. Hancurkan Isi Ikan
Guna food processor untuk hancurkan isi ikan. Buka kejap dan kaupkan sisa ikan yang tak hancur dekat tepi food processor. Buat full speed untuk pastikan semua isinya hancur lebur. Kalau tak ada food processor, boleh juga gunakan blender kering (yang kecil).
Beginilah hasilnya bila dah siap dihancurkan isi ikan tadi. Isi ikan akan melekit pada spatula. Jangan jadikan bebola dulu sebab ia perlu dikenyalkan. Kalau tak, fishball yang terhasil tidak kenyal dan seakan berderai.
3. Kenyalkan Isi Ikan
Proses ini penting sebab ia akan menjadikan protein ikan berubah menjadi kenyal dan melekat sesama sendiri. Isi ikan akan jadi berkilat dan membentuk seperti doh. Ada 3 cara untuk kenyalkan isi ikan ni:
Cara manual – Guna tangan dan kepalkan isi ikan. Baling ke dalam mangkuk sampai jadi kenyal, berkilat dan menjadi doh.
Guna mixer – Guna mixer dan putar sampai isi ikan jadi seperti dalam gambar. Ambil masa dalam 10 minit bergantung pada kelajuan mixer anda
Guna Disc Doh Roti – Kalau guna food precessor SFP yang saya guna, ia diberi sekali. Beberapa kali saya kaup balikkan isi ikan yang melekat di bahagian atasnya. Ulang langkah dalam masa 10 minit.
4. Masukkan Bahan Lain
Bila dah siap doh ikan tersebut, barulah letak tepung jagung, garam dan lada sulah. Kalau nak letak carrot cincang pun boleh masa ni. Suka hati kalian la nak letak apa ya.
5. Bentukkan Bulat-bulat & Rebus
Panaskan air rebusan ikan dan tunggu mendidih. Basahkan tangan dengan air supaya fishball tak melekat di tangan kalian.
Cubit sikit doh tadi dan bulatkan jadi fishball. Masuk dalam air mendidih. Bila dah terapung baru angkat dan toskan.
Jangan rebus terlebih lama nanti fishball kalian jadi super kenyal. Patah gigi nanti, saya tak tanggungjawab tau.
6. Siap!
Ok dah siap bolehlah gunakan dalam apa-apa hidangan kegemaran anda dan anak-anak.
Air rebusannya pula boleh simpan jadi stok ikan. Atau terus buat sup fishball makan dengan mee kuning, bee hoon atau dimakan begitu saja. Gandingkan pula dengan sambal kicap pedas. Oh, indahnya makan sup di masa hujan macam ni!
BOLEH JUGA DIFROZENKAN
Fishball ni boleh juga difrozenkan. Nanti bila nak pakai baru keluarkan.
Mudah kalau dah ada stok di rumah. Tak payah lagi beli di kedai. Ramuan dan kebersihannya pun lebih terjamin.
Selamat mencuba.
Kredit: Fatimah Naamat.
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.