Menjelang cuti panjang sempena Cuti Hari Raya Aidil Raya minggu depan, apa kata kita sediakan hidangan puding untuk keluarga. Tak perlu puding yang berat, cukup hanya puding karamel mudah dan senang.

Puding yang satu ini menggunakan 100 peratus telur tapi tetap sedap dan tak berbau. Wajib cuba perkongsian resipi Cik Markonah.


Salam semua. Ada peminat puding caramel telur kat sini? Memang tak bau telur langsung, tak perlu buang tali pusat telur tu. Asalkan guna telur yang fresh.

Boleh buat berniaga yang mana terkesan dengan ekonomi sekarang ni. Saya halalkan. Saya share resepi kat sini ye.

Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap!

PUDING CARAMEL 100% telur (42 bekas)

Adunan puding
18 biji telur gred B@C
Susu pekat 1 tin
Susu cair 3 tin
Sunquick 2 sudu kecil
Esen vanila 3 penutup
Air biasa 700ml (letak air dalam tin-tin susu kocak baki susu baru sukat air tu jadi 700ml)

IKLAN

Bahan Caramel:
1kg gula
Air panas 600ml

Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap!

Cairkan gula sampai jadi golden brown, campurkan air panas 600ml. Hati hati panas ya. Caramel ni jangan guna semua.

Letak 1-2 sudu makan je setiap bekas, nanti manis sangat. Baki simpan dalam peti ais.

Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap!

IKLAN

Semua bahan puding masuk dalam 1 bekas besar. Telur saya blend sahaja sekejap agak-agak hancur semua, dan tapis (guna tapis besi tu dia jarang sikit) ke dalam adunan.

Lepas dah kacau sebati semua, guna penapis paling halus untuk tapis lagi sekali masuk dalam jug untuk senang nak tuang dalam bekas.

Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap!

Tuang adunan puding dalam bekas yang dah di isi gula caramel tadi. Tutup bekas dengan penutup. Letak sahaja jangan tutup rapat.

IKLAN

Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap! Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap!

Kukus api sederhana kecil dalam masa 15 minit. Kalau belum masak tambah lagi 3-5 minit. Kalau guna kukus elektrik noxxa kukus selama 18-20 minit.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Cara Buat Puding Caramel Mudah & Tak Berongga, 100 Peratus Telur Tapi Sedap!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI