Waktu pagi mulalah mak-mak buntu nak sediakan sarapan apa untuk anak. Nak uli karipap lambat, donat pula perlu tunggu lama. Kali ini apa kata kita sediakan Puff Sardin super pantas untuk anak.
Resipi perkongsian Mastura Razali ini memang terbaik. Anggaran masa 20 minit sahaja, siap tersedia untuk dijamah.
Paling senang dan ringkas kerana menggunakan kulit pastri segera. Tak perlu uli pun. Jom cuba!
Puff sardin untuk minum petang hari ni. Resepi paling simple dan senang untuk di buat, guna kulit pastry segera.
Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin je. Bahan sampingan bawang-bawang dan cili untuk masak sardin dan sebiji kuning telur untuk di sapu atas pastry.
Cara-cara ada di setiap gambar. Mudah sangat!
Bahan utama dia, kulit pastry dengan sardin. Bahan sampingan bawang-bawang, cili untuk masak sardin.
Ads
Hancurkan sardin, tumis bawang putih, bawang holland dan cili sampai garing. Lepas tu masukkan sardin. Masak sampai agak kering dan perasakan dengan garam gula sikit. Siap.
Ni saya guna kulit pastry yang kecil je. Ada 10 keping.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan seperti Pizza memang menjadi kegemaran anak-anak di rumah. Tapi kalau nak beli boleh tahan juga harganya. Tambah pula kalau ada ahli keluarga yang ramai. Lebih baik buat sendiri kat rumah gunakan bahan-bahan yang mudah.
Kalau mama nak buat cara mudah dan sedap pizza sendiri di rumah boleh ikut resepi yang dikongsi oleh Puan Murni Rahmat dari laman Facebook Masak Apa Hari Ni. Mudah dan cepat paling penting bakar guna kuali sahaja. Mesti anak-anak suka!
Selamat mencuba!
Pizza kuali lagi,kali ni utk bekal anak gi sekolah.. 100% masak atas api,tak perlu oven..
Bahan-bahan untuk resepi 5x pizza
Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye
Berpeluh2 la jgk
Bahan topping
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.
Cara-cara:
1.gaul tepung dgn minyak..
2.tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali
6.klu suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..
7.klu suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..
8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
*nak cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..
Kredit Resepi : murni rahmat via mahn
Kredit: Murni Rahmat
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu Jam 9 Malam di Astro Ria Saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Nak buat somtam mangga tak susah mana pun. Bahan yang diperlukan pula hanya lima sahaja. Kalau ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat somtam mangga.
Boleh cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Ameera ini. Somtam mangga antara menu pelengkap yang menjadi pembuka selera di samping lauk pauk yang lain.
RESIPI SOMTAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil)
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
Sos Thail (secukupnya)
CARA MEMBUAT:
1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.
2. Masukkan udang kecil.
3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.
4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.
6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.