Mama dan papa ketika memilih nama anak janganlah terikut-ikut dengan trend. Pilihlah nama yang mempunyai maksud yang baik selain tidak susah hendak disebut. Nama anak akan kekal selamanya!
Bukan senang hendak ubah sesuka hati apabila nama yang dipilih tidak sesuai atau tidak berkenan dihati. Mengubah nama anak yang sudah tertera dalam sijil kelahiran anak, tidak semudah menukar nama dalam geran kenderaan.
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada 1,000 ibu dan bapa, 25 peratus kalangan responden mengaku menyesal dengan nama yang mereka berikan kepada anak. Kenapa menyesal? Sebabnya, mereka merasakan nama anak itu tidak sesuai, susah dieja, terlalu ‘mainstream’ dan macam-macam sebab lain.
NAMA BERI KESAN PSIKOLOGI
Berdasarkan hasil kajian dijalankan Pengarah Institut Kajian Dasar dari Northwestern University, David N.Figlio, anak lelaki dengan nama feminin kemungkinan besar berperilaku buruk berbanding anak lelaki dengan nama maskulin. Pelikkan?
Hal ini terjadi kerana nama feminin itu membuat si anak lelaki itu kurang rasa yakin diri dan malu apabila diejek rakan sebaya.
JANGAN SALAH PILIH
Jadi, ada baiknya kita bersedia dengan pilihan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir nanti. Berikut beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama anak:
KAJI MAKSUD
Sekiranya berminat dengan satu nama, kaji betul-betul apakah maksud nama tersebut. Pastikan nama yang dipilih mempunyai maksud positif kerana nama itu ialah satu doa kepada anak.
EJAAN DAN SEBUTAN MUDAH
PENTING! Amboi sekarang masing-masing ibu bapa suka benar mengeja nama anak ikut slang mat saleh! Pastikan nama anak mudah disebut dan dieja. Senang nanti kita atau anak hendak menulis. Mudah pula untuk kawan, cikgu dan orang lain memanggil dia nanti. Tidak perlulah ejaan ‘Haris’ dieja ‘Hareez’, atau ‘Din’ dieja ‘Dean’.
ELAK NAMA DIEJEK
Pastikan nama yang diberikan tidak mengundang ejekan rakan sebaya nanti. Seperti apa selalu terjadi, ada sesetengah ibu bapa memberikan nama berunsur feminine kepada anak lelaki, dan begitu sebaliknya. Lebih baik berikan nama yang sesuai mengikut jantina.
JANGAN PANJANG SANGAT
Elakkan nama terlalu panjang. Sebabnya, memudahkan kita mengisi apa-apa borang, dan anak juga senang menulis namanya pada kertas soalan peperiksaan nanti. Tidaklah terkial-kial beberapa minit semata-mata mahu menulis nama. Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pun panjang juga.
JANGAN HANYA IKUT TREND
Jangan ikut trend semata-mata. Pastikan nama sesuai dengan rupa anak, tarikh lahir dan jantina. Pastikan nama anak bermaksud baik dan mencerminkan personaliti anak.
Suami isteri mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri. Soalnya bukan tidak mahu, cuma masih belum dikurniakan rezeki dari Allah. Masanya mungkin belum tiba. Satu hal yang mama papa kena tahu, dikurniakan rezeki anak bukan pelengkap kehidupan. Dugaan tetap ada, sama seperti pasangan yang belum dikurniakan anak.
Perkongsian hebat daripada ayah penyayang, Dr Syahr Musafir ini memang deep. Mama dan papa kena buka mata. Bersyukur bila Allah kurniakan kita rezeki untuk punya anak. Jaga amanah Allah yang satu ini. Bagi yang masih belum dikurniakan anak, sabar kerana pasti akan tiba masanya. Enjoy your life..
“Tolong doakan aku, aku jealous tengok kau ada anak-anak, padahal kita kahwin sama bulan sama tahun, tapi aku masih berdua, kau dah berenam. Jealous wey, in a positive way la. Bukan jealous yang sihir tu.. Hahah,” ungkap rakan baik saya.
Memang benar kami kahwin beza haribulan saja. Dia kahwin 6 hari lebih awal daripada saya, kini berdua dengan isteri tercinta belum dikurniai cahaya mata manakala saya mempunyai 4 orang anak.
Saya sensitif bab ni, dan biasanya saya tak jawab apa-apa pun bab ni selain ayat cliche “InsyaAllah, aku doakan.” Tetapi entah kenapa, dengan dia ini saya mahu sembang panjang.
Sembang panjang ye, bukan sembang kencang dan bukan sembang kencing ?
“Tak ada sebab kau nak jealous aku. Kau tahu aku jealous dengan kau kan…” jawab saya, selamba.
“Jealous amende kau kat aku. Aku bukan ada apa pun,” jawabnya, lebih selamba.
“Dengar ni, aku bagi 3 sebab aku jealous dengan kau;
Pertama, orang yang suka travelling macam kau ni memang Allah beri peluang travel dengan isteri lama-lama dan banyak-banyak sikit. Sesuailah perancangan Allah, Dia bagi kau pergi situ sini ikut kemahuan kau terlebih dulu.
Kau tengok aku, mana ada pergi travel banyak. Sikit-sikit je, tu pun atas faktor kerjaya, keluarga dan seumpamanya. Kalau nak pergi saja-saja atau holiday, kena fikir 10 kali baru boleh pergi. Susah tau nak travel dengan 4 orang anak yang masih kecil ni.
Dengan bekalan lampinnya termasuklah wet tissues, baju spare, set nak buat susu guna air panas dan sebagainya, kena consider masa dan tempat untuk anak-anak main, berlari dan sebagainya sepanjang perjalanan, you cannot expect perjalanan 5 jam akan jadi betul-betul 5 jam kalau travel dengan anak-anak kecil, tu belum cerita pasal kos lagi, tiket penerbangan tu kena fikir, bilik nak kena ada katil tambahan, bla bla bla. Elok dan molek kau yang kaki travel ni Allah susun sebegini. Heheh…
Kedua, walaupun belum ada anak kau tak adalah stress sangat, dikelilingi keluarga dan orang positif yang baik-baik pun satu nikmat besar. Disebabkan inilah kau boleh fokus kerjaya dan seumpamanya.
Kau boleh develop kerjaya, fokus betul-betul, banyak beza nak compare dengan aku ni. Nak kerja overtime pun fikir nak luang masa dengan anak-anak. Kalau cuti memang aku tak fikir pasal kerja dah sebab nak urus keluarga. Nak aktif di media sosial pun kena fikir banyak kali sebab kekangan nak luang masa berkualiti dengan anak-anak. Kau boleh buat semua ini tanpa fikir hal lain sangat.
Boleh kerja kuat-kuat, simpan duit, bina jawatan dan reputasi hebat. Nanti tiba masa dapat anak, semuanya sudah tersedia. Kau relax je. Duit pun dah ada.
Macam aku sekarang ni, ada jemputan ceramah di luar pun aku tak pergi walaupun ada bayaran yang tinggi kerana fikirkan urusan di rumah, nak kena urus anak sekolah, nak spend masa dengan anak-anak, bla bla bla. Kau pun tahu kan…
Jadi masa yang ada memang sesuai untuk kau develop kemampuan diri. Lagi pula orang sekeliling pun baik-baik walaupun tidaklah baik gilerrr. Sekurang-kurangnya positif.
Ketiga, aku nak sebut pasal hubungan suami isteri. Aku tak couple sebelum nikah, jadi cinta kami berputik selepas ijab kabul. Lepas nikah barulah nak berkenalan sesama suami isteri. Kemudian dapat anak, proses perkenalan masih berjalan. Cumanya bercinta dalam keadaan sudah punya anak tidaklah semudah yang disangka.
Kalau bercinta berdua, lain situasinya. Kau pun sama macam aku tetapi prosesnya tak sama. Kau jaga dia, dia jaga kau. Pasangan yang ada anak ni nak kena jaga anak lagi. Usia ibu bapa muda ni memang banyak tak tahu daripada tahu. Proses nak berkenalan dengan pasangan dan nak bercinta bagai tidaklah terencat atau terhenti tetapi cabarannya berbeza. Kau ingat senang ke nak pujuk isteri merajuk dalam keadaan ada anak kecil yang merengek nak susu atau nak kena basuh berak? Hehehe…. Lebih kurang macam ni la, sebagai contoh, supaya kau boleh bayangkan.
Fuhhhh, panjang aku cerita…. Macam ceramah dah ni,” ulas saya panjang, selamba saja.
“Tiga je?” usik rakan baik saya ini.
Mengerutkan dahi, saya balas dengan jawapan, “Amboiiii. 3 ni pun mujur ada. Kau ingat mudah nak susun ayat nak cerita 3 poin ni? Susah tau. Dah la free tak berbayar… Heheh.”
“Ok, Ok,” jawabnya, ketawa.
“Bukan apa, kau dah berusaha tetapi Allah belum beri zuriat. Jadi tak apa. Aku tahu mudah untuk aku cakap tetapi lebih susah bagi kau yang merasai dan menghadapi. Tapi apa aku cakap ni ikhlas untuk kau terus semangat teruskan kehidupan. Kau dah usahakan dan doa, tetapi Allah belum bagi, bukan salah kau, bukan salah isteri kau. Dan bukan salah aku juga tau. Heheh,” jawab saya.
Masih menyambung, “Kau pun tahu aku dulu belum kerja belum berduit dah dapat anak. Kau ingat mudah nak urus? Masa tu kau seronok travel bawa isteri makan angin keliling Australia, aku dok kerah keringat jual burger di surau universiti untuk cari nafkah.
Tak punya anak adalah ujian, sudah punya anak pun ujian juga. Ujian berbeza bagi orang yang berbeza saja. Kalau semua orang hadapi ujian sama, bosanlah weyyyy….” panjang pula celoteh saya.
Dia mengangguk-angguk. Entah setuju atau tak dengan apa saya kata. Mungkin tak setuju tetapi angguk saja. Heheh…
Bab anak ni bab sensitif. Sangatlah sedikit pasangan yang bernikah yang tak mahukan anak. Hampir semua pasangan mahukan anak tetapi tak semua dikurniakan anak. Jadi perlu berhati-hati apabila berbicara topik ini.
Saya lebih memilih untuk tutup mulut saja. Kecuali dengan orang yang bertanyakan pendapat atau memang super-rapat barulah sembang. Selainnya, I just keep my mouth shut.
Kena ingat, tak ada anak itu ujian, ada anak pun ujian juga. Jangan banding-membanding, tak untung apa pun, bahkan bersengketa dan bersangka-sangka yang tak berbaloi untuk dirasa. Sama-samalah kita saling mendoakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perbelanjaan berganda buat semua isi rumah selepas sesi persekolahan anak-anak dan kini pula perbelanjaan puasa dan raya membuatkan kita terduduk.
Habis semua duit tabungan digunakan untuk tujuan itu. Pun begitu, pastinya menjadi satu kelegaan buat suri rumah ini, Pn Julie Dan Daim yang berjaya mempersiapkan kelengkapan raya diri dan keluarga menggunkan duit tabungan yang dikumpulnya sekian lama.
Walau tidak bekerja namun ia bukan mustahil dan pastinya satu kejayaan bagi wanita bergelar suri rumah ini. Bukan sedikit bahkan hasil tabungannya berjaya memperolehi sebanyak RM6485. Memang hebat!
Alhamdulillah hasil dari tabungan saya. Boleh buat untuk keperluan raya. Start menabung dari awal tahun lepas. Setel dah beli baju raya anak-anak, mak dan mak mertua.
Beli biskut raya, beli barang dapur dan duit raya untuk anak-anak buah belah saya dan suami.
Dapat jugak saya membantu suami untuk perbelanjaan raya tahun ini. Duit ini pun datangnya dari suami juga. Hasil tarik-tarik dari beg dia setiap hari.
Saya tak boleh tengok duit berwarna. Dia pun tahu sapa yang ambil tapi dia tak tahu saya masukkan dalam tabung.
Mula tu memang sayang kalau boleh nak pecahkan hujung tahun tapi bila fikir kan blik tahun ni bertembung dengan anak-anak nak sekolah. Kesian pulak. Tak apa ada rezeki lebih nanti kita start menabung.
Saya jawab soalan puan-puan tentang posting saya semalam. Ramai yang bertanya tentang tabung dan jumlah keseluruhan duit tabungan saya.
Jumlah sebenar duit tersebut RM6485 itu tidak termasuk duit RM1 sebab malas nak kira. Saya ambil 6k sahaja untuk perbelanjaan raya dan keperluan lain.
Yang selebihnya masuk kembali dalam tabung. Ye saya tarik duit suami setiap hari tengok pada jumlah yang berada dalam dompet suami jugak.
Kalau RM20 lebih dari 5, saya tarik 3, RM10 lebih 4 saya tarik 2. Begitu jugak duit yang lain. RM50 dan RM100 saya jarang tarik tengok pada keperluan.
Suami bekerja sendiri dan duit tu memang hari-hari ada. Kerja apa? Suami penarik kereta dan buat kerja-kerja kampung. Kami hidup sederhana.
Alhamdulillah rezeki ada je. Pasal tabung pelak mana saya beli? Tabung tu saya beli dah 3 tahun dengan kawan baik saya. Harganya RM70, sekarang kawan saya tak jual dah sebab dia dah pergi menghadap Ilahi pada tahun lepas di bulan yang mulia. Puasa ke-4 dan 5hb 4 baru ni genab setahun dia pergi. Inilah kenangan saya dan arwah.
Ok semua saya dah jawab soalan yang berligar di kepala suri-suri semua. Ikutkan duit tabungan ini untuk percutian keluarga tapi tak apalah, kita bantu suami di tahun yang mencabar. Jangan ingat suri rumah tidur je.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...