Anak ke sekolah tambah lagi semangat bila mana bekalan ibu yang sarat dengan idea cute dan comel untuk anak ke sekolah. Bosan dengan menu biasa, idea ibu ini yang menggunakan elemen pelbagai bentuk pada roti buat anak-anak teruja.

Simple tapi comel. Lebih lengkap dengan buah-buahan yang disusun kemas sebagai pelengkap menu. Idea bekal ibu ini, Nana Zaim buat anaknya setiap hari tanpa gagal memang awesome. Jom tiru idea bekal anak ke sekolah.


Saya edit sikit ye sebab ramai yang tanya beli mana acuan dan pencucuk buah. Boleh cari nama FRUIT PICKER & BREAD CUTTER ATAU BENTO.

Yang hijau tu bukan petai tapi edamame yang saya dah siap kopek kan untuk anak. Anak sulung saya darjah 1 tahun ni. Memang dari tadika dah di bekalkan dengan makanan dari rumah walau pun di tadika memang dah sediakan makanan.

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

Nampak banyak, tapi selalunya yang biskut belum buka tu akan bawak balik kerumah. Awal-awal dulu saya silap, buka siap-siap dan bila balik dah lemau. Jadinya, lesson learn. Kita jangan buka. Dah pesan dengan anak, kalau nak makan, guna gunting je. Alhamdulillah, anak pandai guna gunting.

IKLAN

Anak saya speech delay. Alhamdulillah sekarang dah banyak improvement cuma masih belum berapa lancar nak bercakap.

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

 

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

Sebelum pergi sekolah dah siap-siap sarapan di rumah. Pernah bekalkan duit belanja, tapi duitnya hilang.

IKLAN

Nak bagitau ke mana duitnya, masih belum pandai. Jadinya saya ambil inisiatif untuk tidak bekalkan duit belanja bagi mengurangkan kontroversi sebab tak nak susahkan cikgu nak kena siasat pula nanti.

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

Makan pun agak memilih. Jadi, mama agak risau keadaan dia dekat sekolah. Makanya, mama bekalkan makanan setiap hari tanpa gagal.

Awal-awal sekolah dulu, memang bekalkan macam-macam menu dan bertukar setiap hari. Tapi bila dah masuk bulan ke 3 sekolah, anak request nak bawak roti je pergi sekolah sebab senang nak makan dan tangan tak kotor.

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

IKLAN

Hari-hari menu roti cuma buahan-buahan dan side dish je bertukar. Seronok bila balik sekolah anak akan cakap ”mama, hari ni roti mickey mouse, yad suka. Mickey cute”

Gigih lah setiap hari mama bekalkan roti dengan pelbagai bentuk.

Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk

Comelnya Macam-Macam Bentuk, Idea Bekal Anak Ke Sekolah Ibu Ni Memang Awesome!

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI