Bukan mudah nak sediakan sambal nasi lemak yang cantik. Lagi-lagi jika ada bahan yang kurang.

Baca: Sayang Anak Jagalah Kesihatan Kulitnya. Ini Yang Ibu Bapa Patut Buat

Teknik masakkan pun haruslah betul supaya bahan kisar betul-betul masak. Yang ini perlukan kesabaran.. kalau tak sabar sambal memang tak masak dan jadi tak sedap.

Jom ikuti resipi di bawah yang dikongsi oleh peniaga nasi lemak ini. Selamat mencuba!

IKLAN

Peniaga Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Power, Jangan Kurangkan Bawang. Bawang Buat Sambal Sedap!

Walau bawang mahal 😂,sambal sis tetap tak kurang bawangnya,sebab manis bawang la,buat sambal sedap.

Saya edit pos ya,yang nak resepi⬇

IKLAN

Bahan-bahan

𝐊𝐈𝐒𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐔𝐒
👇🏻
Cili kering 2kg
Bawang besar
(ni kena lebih dari cili)
Bawang putih
(ni saya guna sikit je,dalam 5 biji/labu)
Belacan
Buah keras
(saya letak 20 biji)
Biji gajus
(sy letak 20 biji)
******************************
Gula
(saya letak setengah kilo)
Asam jawa
(3 sudu makan)
Garam
(saya letak 2 sudu mkn)
Ajinamoto
(Saya letak 1 sudu mkn)
Sos tiram
(Saya letak 3 sudu mkn)
Madu
(Saya letak 3 sudu mkn)
Serbuk ikan bilis yang dah di goreng
Minyak masak guna yang kita dah goreng ikan bilis

IKLAN

Cara penyediaan;

Minyak kena betul-betul panas, tumis bahan kisar sampai pecah minyak, kecikkan api, masak 4 jam, kena selalu kacau, biar tak bekerak kat bawah, Sampai dia bertukar warna. Tambahkan bahan perasan. Kacau sampai sebati kemudian siap untuk dihidang bersama nasi lemak.

Sumber resepi : Puan Shafa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI