Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini rumah tangga pasangan itu terpalit kontroversi apabila wujud dakwaan ada pihak ketiga namun perkara itu diselesaikan dengan baik.
Ibu bapa mana yang tidak mahu si kecil mereka kelihatan sihat dan gebu? Bagi mereka, ini merupakan indikator bahawa bayi mereka sedang membesar dengan baik.
Namun begitu, apa yang perlu dilakukan jika bayi anda terlalu kurus jika dibandingkan dengan bayi lain? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 6 tip menggemukkan bayi yang terlalu kurus.
#1. Beri bayi minum susu ibu
Secara semulajadinya, susu ibu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Susu ibu mempunyai nutrisi semulajadi yang sepatutnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi. Sebagai ibu, anda seharusnya memberi susu badan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau ketika bayi itu lapar. Jika bayi mempunyai masalah untuk minum susu secara terus dari payudara ibunya akibat kondisi pra matang atau bibir sumbing, perah susu badan anda ke dalam botol susu. Jika si ibu pula yang mengalami jangkitan pada puting (mastitis), segera dapatkan rawatan doktor.
#2. Beri bayi minum susu formula
Sebagai alternatif buat bayi yang tidak mahu menyusu badan atau si ibu sibuk bekerja, anda boleh pertimbangkan untuk memberi bayi susu formula. Sebenarnya, susu formula juga berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tidak jauh beza dengan susu badan.
Selain itu, susu formula dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan bayi sekaligus meningkatkan berat badan bayi. Jika anda masih was-was mengenai pemilihan susu formula yang terbaik buat si kecil anda, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik mengenai jenis susu formula khusus yang paling sesuai buat bayi anda.
#3. Tenangkan bayi segera jika menangis
Meskipun agak tidak logik, bayi yang kerap menangis cenderung mengalami kesukaran untuk naik berat badan. Ia adalah sama kesannya seperti bayi lapar atau tidak cukup tidur. Untuk menenangkan bayi, anda boleh mendukung, memeluk dan mengusap badannya dengan lembut. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, anda boleh cuba membedung bayi menggunakan kain.
#4. Jaga waktu tidur bayi
Aktiviti bayi yang baru lahir hanya makan dan tidur. Ia merupakan kombinasi dua perkara yang dapat membantu menaikkan berat badan bayi. Bayi yang normal akan tidur selama 16 jam sehari. Oleh itu, ibu bapa perlu merancang jadual si kecil anda dengan sebaiknya agar waktu tidur dan waktu minum susu mereka adalah teratur setiap hari. Bagi memastikan bayi tidur lebih selesa, sediakan katil bayi yang selesa dan selamat daripada sebarang bahaya.
#5. Jaga kebersihan kulit bayi
Kebersihan kulit bayi amat penting bagi si kecil untuk mereka berasa lebih selesa sepanjang harinya. Ia juga penting untuk membuat mereka lebih seronok dan tidak membuat perangai apabila tiba waktu tidur atau waktu minum susu. Ini sekaligus dapat membantu menaikkan berat badan mereka secara semulajadi.
Caranya, pastikan mereka selalu memakai pakaian yang lembut, kering dan bersih bagi mengelakkan kulit gatal. Selain itu, kerap mandikan bayi dan hindari daripada menggunakan produk kulit bayi secara berlebihan bagi mengelakkan infeksi dan iritasi.
#6. Jaga pemakanan bayi
Akhir sekali, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah jaga pemakanan si kecil jika bayi sudah boleh makan makanan pejal.
Antara jenis makanan yang boleh diberikan pada bayi untuk menggemukkan bayi adalah:
Kesimpulannya, apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi perhatian sepenuhnya terhadap si kecil anda jika mereka terlalu kurus dan memerlukan lebih nutrisi dan khasiat.
Jika berat badan bayi anda masih tidak menaik meskipun sudah berbagai cara dilakukan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) memang banyak menyerang anak kecil termasuk bayi. Siapa tidak risau bila si kecil terkena jangkitan penyakit ini. Kalau anak tinggal di taska, memang terpaksa cuti seminggulah jawabnya bila ada seorang bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti HFMD.
Penyakit ini selalunya lebih teruk memberi kesan kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan keradangan pada otot jantung(Myocarditis), jangkitan pada paru-paru, jangkitan pada otak dan selaputnya(Meningoencephalitis) dan juga kematian.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan hubungan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Semua orang boleh dijangkiti sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun paling mudah dijangkiti.
Sebagai ibu bapa anda harus memainkan peranan dalam mencegah penyakit ini daripada menular dan menjangkiti anak-anak. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain daripada rawatan mengurangkan gejala-gejala penyakit tersebut. Langkah tersebut boleh mencegah jangkitan daripada berlaku.
1. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
2. Menutup mulut dan hidung bila batuk juga bersin.
3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
4. Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
5. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
6. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Ibu bapa hendaklah segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak selesema, mulalah mereka buat perangai, menangis dan merengek tidak selesa. Semuanya kerana rasa tidak selesa, hidung tersumbat ditambah dengan hingus yang keluar tanpa henti. Bila anak asyik menangis tidak selesa, terutamanya waktu malam, mak ayah pun terkesan sama.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, masalah selesema anak jangan dibiarkan terlalu lama kerana akan memberi kesan kepada organ lain. Salah satunya adalah telinga. Nak elakkan anak selesema? Doktor kongsikan tipnya.
Siang tadi semasa saya periksa seorang pesakit ini, dalam diam Tan Sri Profesor Amin datang dari belakang. Dia duk perhati saya bersihkan telinga seorang bayi ini.
Pesakit ini berumur satu tahun dua bulan. Sudah hampir sebulan telinganya berair. Bermula dengan serangan sakit tekak dan demam. Kemudian selesema dan hidung berair yang susah nak berhenti. Pada masa sama telinga pun mulai keluar cecair.
Hari ini ibu bapanya membawa beliau ke klinik kami di PPUM. Selepas saya periksa, saya keluarkan dan sedut semua nanah yang ada dalam telinganya, rupa-rupanya gegendang telinga beliau sudah bocor!
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana pesakit terutama pada usia kanak-kanak. Jangkitan ke telinga lebih mudah berlaku kepada anak-anak berbanding kita-kita yang dah ‘tua’ ini.
Saya berikan ubat titis antibiotik untuk diletak pada telinganya. InshaaAllah akan sembuh nanti.
Prof Amin sempat pesan kepada ibu pesakit ini, kalau boleh waktu pagi itu mandikanlah dengan air suam-suam. Supaya gejala selesema ini mudah terkawal. Suam bukan panas ya. Ini petua orang tua yang tak salah kalau nak amalkan.
Penghawa dingin juga perlu berpada-pada untuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya anak kita jadi selesema tak berhenti ini bukan sahaja sebab sejuknya aircond itu, tetapi juga sebab habuk dan hama yang terkumpul pada aircond tu melekat masuk pada hidung anak kita.
Semoga keluarga kita diberi kesihatan berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.