PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Apakah ovari polisistik ni?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Apakah gejala-gejala PCOS?
➢ Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung
➢ Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )
➢ Kepala botak
➢ Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan
➢ Kulit berminyak dan senang naik jerawat
➢ Sukar untuk hamil
➢ Kemurungan dan masalah psikologi
Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.
Apakah sebenarnya punca PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
Ads
❖ Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki
❖ Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
• Haid tak teratur, atau tiada langsung
• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa
• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?
Ads
Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
Umur lebih 40 tahun
Sejarah keluarga mengidap kencing manis
Menghidap kencing manis ketika hamil
BMI melebihi 30
Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
Ads
PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat ▪ Makan makanan yg seimbang ▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )
2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal
3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan
PCOS boleh sembuh?
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Disaat kenaikan harga yang melampau kini, memilih untuk berjimat cermat adalah jalan paling terbaik. Menyediakan udang kering misalnya boleh dilakukan sendiri di rumah. Lebih jimat dan berbaloi.
Bukan sahaja harganya lebih murah bahkan lebih bersih penyediaannya. Nak buat macam mana? Apa kata jom ikuti tip perkongsian Pn Faizah Husain ini.
Udang kering homemade. Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi. Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun RM20 ringgit.
Saya beli udang basah ni RM8 ringgit sahaja. Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.
Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
Sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.
Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk2 di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.
Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedap.
Kebanyakan orang kata eloknya orang perempuan ni ada duit sendiri dalam tangan. Tak banyak pun tak apa simpanan tu, asalkan boleh digunakan dalam masa terdesak.
Mungkin bagi yang bekerja makan gaji atau pun buat bisnes kecil-kecilan tak ada masalah, cuma bagi yang tiada pendapatan tetap, simpanan sikit-sikit tu tetap boleh dilakukan jika pandai menyimpannya.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin yang banyak berkongsi ilmu rumah tangga, beliau mengupas kenapa pentingnya isteri ada duit sendiri. Bukan maknanya kita harapkan sesuatu yang buruk berlaku tetapi untuk kesenangan bersama.
Ada pendapatan boleh bantu ringankan beban suami
Baik dan bagus sekiranya isteri itu ada pendapatan bulanan. Tapi nawaitu untuk ada pendapatan itu bukanlah sebagai persediaan untuk ditinggalkan suami.
Ada pendapatan, untuk meringankan bebanan suami. Ada pendapatan untuk perbelanjaan kelengkapan sendiri. Ada pendapatan, untuk buat simpanan, beli aset dan kegunaan kemudian hari..Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk di hulurkan kepada orang tua sendiri.
Maka, tidak lagi perlu meminta-minta dari suami untuk kegunaan-kegunaan berikut sebab dah ada duit sendiri.
Persediaan sekiranya ditinggalkan suami itu tak perlu dibuat oleh seorang isteri bila awk dah pun buat perkara-perkara diatas. Secara automatiknya, jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini, maka tiada apa yang awak perlu khuatirkan atau risaukan sebab awak dah lebih dari boleh untuk hidup tanpa seorang suami.
Bagi yang tiada pendapatan, janganlah terus risau
Dan bagi yang tiada pendapatan, jangan risau, jangan kelam kabut…Jangan esok terus cari kerja, jangan esok terus nak berniaga.
Allah SWT dah janji bahawa Dia akan mencukupkan sekiranya terjadi sesuatu kepada pasangan awak tu. Maka letak keyakinan anda pada Allah SWT.
Memang langit tak selalunya cerah, tapi selalukah kita berdoa untuk mintak hujan turun di tengah hari?
Perbaiki nawaitu, “Saya cari duit bukan sebagai persediaan untuk kehilangan suami…” InsyaAllah, hidup kita akan baik-baik sahaja.
Emosi ibu kadang-kadang tak terkawal bila penat seharian dengan tugas-tugas yang sentiasa menanti. Tapi bila emosi tak terkawal jangan pula kita lepaskan pada anak, kesian anak-anak jadi mangsa. Emosi anak juga akan tergangu.
Mak ini lebih beremosi berbanding ayah. Sebab tu perempuan ni kalau bercakap selalu ikut emosi. Cuaca pun main peranan dalam tentukan emosi seseorang tau. Ikuti perkongsian Dr.Izaza tentang emosi ibu dan emosi anak.
Bila best time emosi dalam keadaan tenang?
Bangun tidur adalah best time, masa ni emosi dalam keadaan tenang dan relax
So, nak bagi anak relax, tak meragam dan tenangkan anak, ibu kena PELUK setiap pagi anak-anak selepas bagun tidur
MASA BANGUN TIDUR ANAK DALAM KEADAAN SEPARA SEDAR DAN GELOMBANG OTAK DALAM KEADAAN TENANG DAN RELAX
Masa ni juga, emosi ibu dalam keadaan tenang dan relax, jadi anak boleh rasa dengupan jantung ibu dalam keadaan tenang dan anak pun akan rasa tenang dan relax
Berapa kerap nak kena peluk anak?
Sekerap yang mungkin, dengan syarat ibu dalam keadaan tenang dan relax.
Dalam sehari untuk beri motivasi supaya anak survive, ibu perlu beri pelukan dan ciuman kepada anak sekurang-kurangnya 8 kali
Untuk merangsang perkembangan otak dan pertumbuhan yang lebih cepat, ibu perlu berikan pelukan dan ciuman sekurang-kurangnya 12 kali sehari
Sebab itu, perkembangan minda bayi lebih cepat berbanding kanak-kanak. Sebab bayi sentiasa dibelai, dipeluk dan dicium oleh ibu setiap hari
Begitu juga kanak-kanak, mereka perlukan belaian, pelukan dan ciuman seperti bayi untuk terus berkembang dan terus membesar dengan tenang dan relax
Tau tak, kalau anak lebih relax dan tenang, ibu lebih mudah ajar dan didik anak-anak untuk berus gigi dan bawa ke klinik gigi?
Pelukan Ibu
Tau kan, peluk anak-anak adalah suatu nikmat yang tak ternilai dan tak semua orang ada peluang peluk anak-anak setiap hari. Sebab tak semua orang ada rezeki untuk peluk anak setiap hari
Kenapa nikmat?
Sebab dengan pelukan, getaran atau gelombang dari badan ibu akan dirasai oleh anak dan akan wujud bertukaran cas-cas dari ibu kepada anak dan sebaliknya
Proses ini boleh beri kesan “tactile sensation” kepada ibu dan anak. Ini akan memberi anak dan ibu berasa tenang dan relax
Akan wujud perasaan “kasih dan sayang” antara ibu dan anak disebabkan terdapat hormon happy (dopamine) dan hormon cinta (oxytocin) dikeluarkan dari badan bila ibu dan anak dalam keadaan tenang dan relax
Bila dah relax dan tenang, maka “bonding” antara ibu dan anak semakin kuat. Anak akan lebih sayang pada ibu, jika setiap hari adanya pelukan dan ciuman dari ibu
Anak lebih PERCAYA dan lebih YAKIN dengan ibu dan diri sendiri sebab sudah terbentuk motivasi secara separa sedar
Bila anak dah percaya dan yakin dengan ibu, ibu boleh secara perlahan-lahan nasihatkan anak untuk buat perkara yang positif
Mula peluk anak dari kecil, supaya bila anak dewasa nanti ibu ayah masih ada peluang untuk dipeluk dan dicium oleh anak tanpa rasa janggal atau segan
Masyarakat kita kurang kasih sayang sebab kurang didikan untuk saling sayang dan kasih sejak dari kecil.
Boleh cuba dan share kan ilmu ni supaya lebih ramai ibu dan ayah saling peluk dan cium anak-anak, supaya dapat tingkatkan lagi kasih dan sayang sekeluarga
Bila kali terakhir ibu peluk anak-anak? Ayah peluk ibu?
Sumber: Facebook Dr.Izaza Mohd Zan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.