Siapa kata Me Time tak perlu? Bukan mengada-ngada tapi sangat perlu untuk menyembuhkan dan mencari kekuatan diri yang terlampau penat.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, me time disarankan kerana perlu untuk recharge semula tubuh yang kepenatan. Barulah kesannya lebih baik pada keluarga.
Bukan saja saja suruh Me Time. Ada sebabnya yang tersendiri.
Ads
Me time ni bukan bermaksud kita cuaikan & tak pedulikan anak kita. Me time ni bermaksud kita ambil masa untuk recharge kembali diri kita supaya kita boleh sayang, jaga, belai dan fokus anak anak kita dengan lebih berkesan dan mendalam
Terima kasih Puan Syahirah Omar atas nasihat ini.
Tolong la me time. Dulu saya tak tahu istilah me time. Dulu tak ramai pun orang kongsi pentingnya me time ni. Akhirnya saya didiagnos mdd dan anxiety.
Ads
Tolong belajar sayangi diri sendiri. Saya tak me time bukan sebab risau apa orang kata. Saya memang tak ada ruang bernafas untuk diri sendiri. Sebab support system kita semua tak sama.
Akhirnya memakan diri.
Ads
Anak dah 3 barulah saya berkesempatan cari ruang untuk diri sendiri. Waktu anak anak no 1 dan no 2 masih kecil, tak merasa.
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy Anam yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Akim sebentar tadi menerusi Instagramnya. Menurut hantaran Akim, Stacy selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 10.19 pagi tadi.
Menerusi hantaran itu juga, Akim meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah malah amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.
“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah.
“Jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah, isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, alhamdulillah,” tulis Akim penuh rasa syukur.
Dalam entrinya juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga turut berterima kasih atas pengorbanan isterinya dalam melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.
Kenapa saya kena czer? Tak boleh ke saya nak bersalin normal? Mesti ramai yang ada persoalan macam ni kan?
Kelahiran czer ni ada 2 jenis iaitu elective czer dan emergency czer.
Elective czer ni, pembedahan yang dah memang dirancang dari awal. Untuk ibu macam ni, tidak ada harapan lagi nak bersalin secara normal. Antara sebabnya adalah:
Emergency Czer ni pulak, dari awal memang Dr plan nak bagi bersalin macam biasa. Tapi pada masa nak bersalin atau sebelum bersalin, tiba-tiba berlaku masalah yang tidak mengizinkan ibu untuk bersalin normal. Contohnya :
Ini antara kenapa czer dilakukan.
Tapi antara sebab lain kenapa czer dilakukan yang tidak termasuk dalam medical factor adalah patient request.
Ada juga ibu yang mati-mati suruh doktor bagi bersalin czer. Ini akan memeningkan kepala doktor. Biasanya kes macam ni, sebab mak nya nak tarikh lahir anak tarikh yang cantik. Pernah berlaku kes macam ni. Tapi tak banyak la.
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.