Melayari alam rumah tangga bukan mudah. Jika tidak matang untuk berdepan pelbagai masalah, rumah tangga boleh jadi pincang. Inilah yang cuba dikongsikan oleh pelakon, Elfira Loy mengenai kisah berumah tangga.
Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Faris Khairol Anwar hampir empat tahun turut berkongsi kisah dan tip berumah tangga, lebih-lebih lagi bagi pasangan muda.
Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, aktres berusia 29 tahun itu menyifatkan perkahwinan yang dibinanya adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah digalas.
Bahkan kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, hidup dalam rumah tangga sememangnya memerlukan pengorbanan dalam apa jua keadaan. Bukan hanya berkisahkan pada dua hati bahkan orang ahli keluarga lain.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja,” ujarnya.
Bahkan kata ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla ini lagi, hanya kematangan sahaja boleh merasai kebahagiaan dalam hidup berumah tangga.
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan.
Ads
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari. Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa & pertuturan anak-anak. Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa.
Diantara umur 12 – 24 Bulan, beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa jika kanak-kanak:
Masih belum menggunakan gesture seperti menunjuk atau melambai tangan untuk bye-bye pada usia 12 bulan
Menggunakan gesture lebih daripada bercakap pada usia 18 bulan
Mempunyai masalah untuk meniru bunyi pertuturan pada usia 18 bulan
Sukar untuk memahami arahan yang mudah
Ketika kanak-kanak mencecah usia 2 tahun, ibu bapa di nasihatkan untuk membawa anak-anak berjumpa dengan pakar yang terlibat untuk penilaian jika anak-anak:
Hanya dapat meniru sebutan perkataan dan aksi tetapi masih belum menghasilkan perkataan atau ayat secara spontan
Hanya menyebut bunyi atau perkataan secara berulang-ulang dan tidak boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi untuk menyampai dan memenuhi kehendak
Tidak dapat melakukan arahan mudah yang diberikan
Mempunyai tone suara yang berbeza (cth: sengau dsbg)
Pertuturan yang sukar difahami. Ibu bapa atau penjaga biasanya boleh memahami 50% pertuturan kanak-kanak pada usia 2 tahun, dan lebih kurang 70% pada usia 3 tahun. Ketika mencecah usia 4 tahun, kebanyakan pertuturan kanak-kanak boleh difahami oleh ibu bapa dan orang lain.
Sebab kelewatan BAHASA & PERTUTURAN
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kelewatan bahasa & pertuturan di kalangan kanak-kanak. Kelewatan pertuturan, bagi kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang normal mungkin disebabkan oleh masalah pada oral motor itu sendiri seperti sumbing bibir dan lelangit, tongue tie, dsbg. Terdapat juga masalah-masalah pertuturan lain di kalangan kanak-kanak seperti kegagapan, masalah suara seperti serak dsbgnya.
Masalah bahasa juga boleh disebabkan oleh banyak sebab. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang mempunyai perkembangan fizikal yang normal, tetapi perkembangan bahasa tidak setara dengan umur mereka. Ada antaranya kelewatan bahasa ini hanyalah disebabkan oleh kurangnya stimulasi bahasa yang diberikan semasa dari kecil. Namun begitu, kebanyakan masalah bahasa adalah disebabkan masalah-masalah lain yang melibatkan perkembangan mental kanak-kanak itu sendiri. Antara masalah-masalah yang menyumbang kepada kelewatan bahasa adalah seperti :
Kecelaruan genetic seperti down syndrome, DiGeorge syndrome
Autism
Attention deficit hyperactive disorder (ADHD)
Kelewatan perkembangan
Kecacatan pendengaran
Kecederaan otak seperti semasa lahir seperti cerebral palsydan Traumatic brain injury
Specific language impairment
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?
Sekiranya anda mengesyaki anak anda mempunyai masalah bahasa & pertuturan, penilaian oleh Terapis Pertuturan-bahasa (SLT) adalah penting untuk melihat tahap semasa bahasa dan pertuturan anak anda. SLT juga akan menerangkan secara spesifik masalah yang dihadapi oleh anak anda dan bagaimana untuk membantu anak anda memperbaiki dan mengatasi masalah tersebut.
Apabila kanak-kanak menghadapi masalah kelewatan bahasa & pertuturan ini, rawatan dan intervensi awal amatlah penting untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluan sosial dan emosi mereka. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa di rumah.
1) Luangkan banyak masa untuk berkomunikasi
Ibu bapa boleh membanyakkan komunikasi dengan kanak-kanak melalui bermain bersama, menyanyi, bersukan dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini kanak-kanak mempunyai lebih banyak model untuk ditiru. Galakkan anak-anak untuk meniru aksi dan bunyi-bunyi perkataan. Banyak perbendaharaan kata boleh diajarkan kepada anak-anak melalui aktiviti bersama.
2) Membaca bersama anak anda
Anda boleh bermula untuk melihat buku dan gambar bersama seawal usia 6 bulan. Pastikan buku yang digunakan adalah sesuai dengan usia kanak-kanak. Anda boleh bermula dengan buku-buku yang mempunyai tekstur yang boleh disentuh dan dirasa oleh kanak-kanak.
Buku-buku yang mempunyai gambar yang banyak dan berwarna-warni juga akan membantu menarik minat anak-anak. Anda boleh menunjukkan kepada gambar dan menamakan gambar-gambar tersebut. Seterusnya anda boleh membiarkan anak anda pula untuk menunjuk dan menamakan gambar di dalam buku.
3) Gunakan situasi harian
Anda juga boleh menggunakan situasi harian untuk merangsang bahasa dan pertuturan anak-anak. Contohnya, menamakan makanan di pasar raya semasa membeli belah, terangkan apa yang anda lakukan seperti ketika memasak, membersihkan rumah, semas mandi dan sebagainya. Anda juga boleh menunjuk dan menamakan objek di sekeliling rumah, semasa memandu kereta dan sebagainya.
Dedahkan juga anak-anak kepada bunyi-bunyi yang berbeza yang ada di persekitaran. Anda boleh bertanya soalan dan menggalakkan anak anda untuk bertanya. Beri respon setiap kali ana anda berkata sesuatu (walaupun mungkin anak anda sukar memahaminya). Gunakan ayat dan perkataan yang ringkas tetapi elakkan dari menggunakan “baby talk”
Apa jua umur anak anda, kenalpasti dan merawat masalah bahasa & pertuturan seawal yang mungkin adalah pendekatan yang terbaik. Dengan terapi, masa dan pendekatan yang sesuai akan membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan anda dan orang-orang lain di sekelilingnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja bawang putih, begitu banyak kegunaannya lebih-lebih lagi pada ibu berpantang bagi memanaskan tubuh dan memanaskan semula tubuh. Begitu banyak khasiat bawang putih yang baik untuk ibu.
Tidak dinafikan, mengupas bawang putih sememangnya menuntut lebih masa kerana bentuknya yang kecil berbanding bawang besar. Namun ada cara nak mudahkan mengupas bawang ini jika anda tahu caranya.
Salah satu cara yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @sang301101 ini memang menarik. Bukan hanya tip nak kupas bawang dengan mudah bahkan siap tip untuk tanam daun bawang. Memang terbaik.
Ini tip yang dikongsikannya.
1. Rendam beberapa labu bawang putih.
2. Gunakan penyepit besi untuk membuang kulitnya dengan mudah.
3. Apabila kulit bawang sudah lembut, gunakan penyepit untuk menarik kulit.
4. Siap!
Dah ini pula cara nak tanam daun bawang daripada bawang yang dikupas tadi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @sang301101
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, pada petang 22 Jun dan mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat tiga kondomium itu.
Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kemalangan terbabit kira-kira jam 3.30 petang.
“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Panjat tab mandi, naik atas tembok
Menurut Beh, sebelum kejadian mangsa dan ibunya berada di ruang tamu sebelum mangsa berlari ke bilik air dan memanjat tab mandi lalu naik ke atas tembok dalam tandas itu.
“Mangsa dipercayai membuka tingkap tandas sebelum menyusup keluar dan terjatuh di perimeter laluan bomba di tingkat tiga,” katanya.
Difahamkan ibu mangsa yang berusia 32 tahun kemudian turun memaklumkan kepada pengurusan mengenai kejadian itu.
Beh berkata polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut berhubung kejadian itu.
Mayat mangsa dibawa keluar oleh ibu mangsa pada kira-kira jam 7.30 malam sebelum menaiki kenderaan polis untuk proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.