Anak perempuan pasangan pelakon sama cantik sama padan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau panggilan manjanya Hayla sering menarik perhatian netizen yang mengikut Instagram bapanya.
Baru-baru ini Aeril ada memuat naik gambar Hayla memakai baju salah satu watak animasi terkenal Disney Production iaitu Snow White.
Sebagai ayah yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya, Aeril seboleh mungkin ingin menggembirakan anak-anaknya.
Bila si comel Hayla yang sangat meminati karektor Snow White turut meminta apa yang dimiliki oleh puteri tersebut termasuk pakaian dan arnab maka Aeril menulis kapsyen lucu yang berharap anaknya hanya minta arnab sahaja.
Sama tak?? Oleh kerana cerita snow white.snow white hidup dengan rabbit.Dia pun nak jgak ada rabbit…
Mintak rabbit je ya nak…
Netizen rasa terhibur melihat gambar comel Hayla dan kapsyen ditulis Aeril. Disamping itu ramai juga menulis komen yang Aeril bernasib baik kerana Hayla tak minta watak rusa, tupai, orang kerdil, tempat tinggal Snow White dan putera raja.
Kalau tak habislah pelakon drama Cinta Fatamorgana ni nak cari untuk anak perempuan kesayangannya.
Ads
Ads
Video ‘Snow White’ Nak Naik Kuda Pun Lucu
Memang sayang betul Aeril pada anak perempuannya, sampai sanggup lah naik kuda sekali dengan Hayla kerana si kecil mungkin berangan juga nak naik kuda macam kartun Snow White tu.
Selain ramai netizen puji kecomelan Hayla ada juga yang perasan betapa sayangnya Aeril pada Hayla.
Nampaknya Aeril memang percaya bila bonding antara ayah dan anak perempuan rapat dan kuat ia akan memberi kesan positif pada perkembangan dan tumbesaran Hayla.
Sebab itulah walau sibuk macam mana pun pelakon kacak ini tetap meluangkan masa bersama si kecil termasuk sesekali keluar ber dating berdua sahaja tanpa membawa anak lelaki dan isterinya.
Malaysia negara beriklim lembap menjadikan kulat mudah menghinggap di rumah kita.
Kawasan tumpuan mereka adalah tandas, dapur, bilik tidur dan kulit serta bahagian tubuh yang tersembunyi.
#Tips murah matikan kuman singki dan tandas
Potong 2 biji lemon perah sekitar tandas dan singki. Biar kejap, then bilas. Kulitnya diletak dalam bekas dan dibiar dalam tandas. Tukar 2 hari sekali. Selepas 24 jam, ini hasilnya.
Ramai tidak percaya kuman, bakteria, parasites itu wujud. Sebab ia tidak terlihat dengan mata kasar.
Singki dan tandas adalah tempat permulaan pembawa virus dalam rumah. Adakah anda suka basuh ikan, ayam dan sayur dengan biar mereka terbaring bebas dalam singki tanpa lapik apa-apa.
Anda mesti terkejut kalau boleh tengok dah berapa juta kuman melekat di sayur dan ikan anda. Belum pasti kaedah memasak anda berjaya hapuskan mereka.
Kerana parasites adalah makhluk bijak yang boleh berubah bentuk ikut suhu di mana-mana sahaja mereka berada. Once mereka berjaya masuk tubuh kita, mereka akan ganggu semua sistem imun, hormon dan paling merisaukan, akan serap nutrien dari makanan yang kita makan.
Mereka juga mampu hantar signal kepada otak kita untuk makan makanan toxic kegemaran mereka untuk mereka aktif dan besar koloni dalam tubuh kita.
Kita bagi mereka antibiotik.. Ohhhh lagilah mereka suka. Antibiotiklah yang membesarkan lagi wilayah jajahan mereka.
Selalunya apabila anak itu sudah tahu soal makan dan minum, boleh menjaga diri, kita akan menganggap bahawa mereka sudah tahu dan boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Tetapi adakah tepat jangkaan sebegitu?
Usia 12 tahun
“Eh, mana anak kau? Tak bawak sekali ke?” dan antara jawapan yang sering diterima adalah seperti “Anak aku dah besar, boleh tinggal sendiri dah.” Tetapi menurut pekerja sosial, kanak-kanak harus sekurang-kurangnya berusia 12 tahun untuk berada sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh dua jam atau lebih.
Penyelidikan yang dibentangkan di Persidangan dan Pameran Kebangsaan Akademi Pediatrik Amerika 2019 di New Orleans, para penyelidik menyeru untuk diwujudkan undang-undang supaya ada batasan had umur untuk kanak-kanak dibiarkan tinggal sendiri di rumah.
Penyelidik daripada University of Iowa berkata kaedah ini dapat membantu pekerja sosial mengesan kes-kes melibatkan pengabaian dan melindungi kanak-kanak daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
Kaji selidik
Dalam kaji selidik yang dijalankan menerusikan emel ini melibatkan seramai 485 anggota Persatuan Pekerja Sosial Kebangsaan (NASW). Individu yang terlibat diminta memberikan pandangan tentang senario seorang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian selama empat jam.
Senario yang diberikan adalah berbeza dari aspek usia kanak-kanak, sama ada mengalami kecederaan atau tidak dan jika undang-udang ‘tinggal sendirian’ di rumah relevan untuk diwujudkan atau tidak.
Tinjauan pendapat ke atas hampir 500 individu pekerja di Amerika Syarikat ini mendapati separuh daripada mereka merasakan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang tinggal sendiri untuk tempoh lama harus menjadi perkara yang menyalahi undang-undang.
Hasil tinjauan mendapati hampir semua pekerja sosial berkata, meninggalkan seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun atau lebih muda di rumah sendirian selama empat jam dikira sebagai satu pengabaian.
Separuh daripada responden menyatakan undang-undang harus melarang kanak-kanak dibawah usia 12 tahun dan ke bawah untuk ditinggalkan sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh empat jam sahaja.
Ditinggal sendirian
Menurut US Department of Health and Human Services, pengabaian adalah termasuk kegagalan untuk memberikan pengawasan pada tahap yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Di United Kingdom walaupun tiada undang-undang khas, namun ibu bapa boleh didenda atau dihantar ke penjara. Ini boleh berlaku jika mereka didapati bersalah, jika meletakkan kanak-kanak dalam keadaan berisiko berdepan bahaya dengan meninggalkan mereka sendiri di rumah.
Walau bagaimana pun, ibu bapa di negara itu mempunyai pilihan dalam membuat penilaian mengenai apa yang terbaik untuk anak mereka. Mereka juga boleh menggunakan penilaian tersebut untuk menentukan usia yang bersesuai untuk meninggalkan anak secara sendirian di rumah.
Belum cukup matang
Hakikatnya ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk tinggal sendiri di rumah untuk tempoh yang lama. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak di bawah usia tersebut belum cukup matang untuk berdepan kecemasan dan tidak sepatutnya tinggal sendiri di rumah.
Jadi sebagai ibu bapa, sebaiknya elakkan daripada meninggalkan anak anda sendiri di rumah. Ini boleh mengelak dan menghindari sebarang perkara atau insiden yang tidak diingini daripada berlaku. Sayangi anak anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi isteri dan anak, apa pun yang perlu dilakukan sanggup ditempuhi. Enggan membiarkan tabiat merokok memudaratkan keluarga, bapa ini sanggup berhenti merokok serta-merta.
Rokok menyebabkan ketagihan. Memang sukar berhenti merokok kerana penangan dan tarikan nikotin menimbulkan rasa ketagihan. Apa yang dilakukan bapa ini wajar dicontohi. Tidak ada yang mustahil apabila beliau benar-benar tekad berhenti merokok. Dugaan melalui seksa selama sebulan pertama amat menguji. Khairul Abdullah berkongsi 6 tips yang diakukannya yang boleh dijadikan panduan.
6 Perkara Yang Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.