Sebagai ibu, tentunya mahu memberikan yang terbaik untuk Diana Amir berkongsi 5 tips pemilihan rocker untuk bayi. Tapi para peminat pula tertumpu kepada kecomelan anak ketiganya itu
Ibu kepada Khadija Azzehra, 2 tahun, Khawlah Al-Azwar, 4 tahun ini baru melahirkan bayi ketiganya hampir 2 bulan lalu.
HANYA 5 MINIT DI LABOUR ROOM
Diana telah melahirkan bayi ketiganya pada 10 November 2018 yang dinamakan Muhammad Khalid secara normal. Menurut Diana, kelahiran anak ketiga ini hanya memerlukan masa 5 minit sahaja di dewan bersalin.
dianaamir SubhanAllah alhamdulillah , diana terharu dengan doa2 drp semua, drp awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pg td.. Terima kasih banyak2, semoga Allah pulangkan kebaikan kpd awak2 semua ✨
Ikutkan due date ari isnin tapi Allah nak bg anugerah awal and actually, mmg diana doa utk sakit contraction yg amat sgt, then akan cepat je dpt lahirkan baby.. After 5 mins masuk labour room baby dah keluar ❤️ thanks syg bekerjasama dgn mummy td .
thanks juga kat doktor2 and nurses yg comel2 and baik2 kat @hospitalumra . my 3rd baby kat hosp umra dan sentiasa boleh bergantung pd professionalism and friendliness mereka ❤️❤️
Diana doakan yg belum dikurnia zuriat , akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin! .
kpd yg bakal melahirkan, u can do it!!!!! Pasti Allah tidak sia2kan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa2 dgn cara yg indah, Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija? diorg belum jumpa lagi adik diorg ni hahahaaa! #mummynervous .
IKLAN
Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on!
dianaamir Ada org lain bawa rocker pi swimming pool? ?.
Hari tu pegi pantai pun I bawa, sebab dia “easy fold” (mudah dilipat), boleh muat dalam bonet and senang nak carry. Then base die plastik camtu, boleh bilas dengan air je.
Gaya rocking die and tempat baring baby pun best. Khalid sekarang nak tido guna rocking chair ni je.
IKLAN
Diana beli brand fisher price, murah je.. try google rocks and play fisher price kalau nak.. .
I beli yang ni sebab nak cepat hari tu. But kalau nak order from US, u guys beli yang “auto rocks and play” , fisher price so die akan “hayunkan” (yeke hayun) ? baby untuk anda.
Para peminat bersetuju dengan cadangan & tips yang diberikan Diana. Malah tak kurang juga memuji kecomelan Khalid & mengatakan anak lelakinya ini seiras dengan Diana.
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji. Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah.
Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan isteri, urusannya dipermudahkan dengan izin Allah, mudah-mudahan. Asalkan ia dilakukan dengan ikhlas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan inspirasi. Memberikan kejutan sajian makanan yang disukai cukup menggembirakan si kecil. Melihat anak isteri menikmatinya pun hati suami sudah cukup membuatkan diri terharu.
“Ayang, bgtau anak2 yg abg dah beli pizza ni…ptg ni kita makan pizza…”
Hari ni hari gaji…
Check tadi, tgok2 gaji dah masuk…Allah, seronoknya hati…trus wassup wife, bgtau kat wife…sblum blk keje, order pizza siap2 then terus p ambik…xsabar ni nak bwk blk pizza bg kat isteri, bg kat anak2…
Apa la reaksi diorang nanti…
Sampai je kat umah, isteri buka pintu, anak2 terus serbu…”Yeay yeaay, makan pizza, makan pizza…” Allah, seronok plak abah tgok anak2 abah gembira mcm ni…
Saya tengok je diorang mkn, gembira anak2 dan isteri dpt mkn pizza…bukan hari2 dpt mkn pizza…setiap bulan, hari gaji ja beli…klu bukan pizza, kfc…klu bukan kfc, bwk mkn luar…
Tapi semua tu tak selalu…
Hari gaji ja buat mcm tu…hari2 biasa, back to normal life, makan apa yg ada…nasi putih, ikan goreng…nasi putih, ayam kicap…nasi putih, telur masak merah…nasi putih, sup sayur…
Hari biasa, makan xbleh mewah2 sbb duit x lebih byk pun, bajet ngam2 ja…maka kita bersederhana masa hari biasa, dan kita mkn sedap2 masa hari gaji…ini yg selalu saya buat utk keluarga setiap bulan…
SUAMI JANGAN BERKIRA
Kita yang jadi suami ni, jangan berkira untuk membelanjakan apa-apa saja untuk isteri dan ank2 bila kita ada duit…sebab mereka, urusan kita dipermudahkan…sebab mereka, rezeki kita dimurahkan…sebab mereka, kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki…gembirakanlah mereka dengan kemampuan yang ada, selebihnya Allah jua lah yg akan mencukupkan kita..
Jangan risau bab cukup tak cukup tu…
Akhir kalam, manusia tidak akan mengetahui akan sesuatu nikmat kecuali bilamana nikmat itu hilang drpdnya…melihat isteri dan ank2 gembira adalah satu nikmat utk seorang suami yg sentiasa berusaha memikirkan yg terbaik utk keluarganya…
Nota kaki : Sebaik2 sedekah disisi Allah itu adalah pd ahli keluargamu…dah bersedekah kpd ahli keluarga ke belum tu?
Penulis yakin, semasa kita masih kecil, setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi.
Ada penulisan berbentuk surat rasmi, surat tidak rasmi, perbualan dan pelbagai lagi format penulisan yang lain. Kesemuanya diajar seawal kita masih di bangku sekolah rendah, dan kemahiran penulisan tersebut diasah dengan lebih tajam setibanya di sekolah menengah. Adakah gaya penulisan menggunakan pen atau pensil tersebut merupakan satu-satunya cara berkomunikasi yang diajar semasa berada di sekolah? Atau terdapat kaedah komunikasi lain selain penulisan tersebut?
Lukisan dan contengan juga adalah bentuk komunikasi
Sekumpulan penyelidik daripada Michigan State University, Amerika Syarikat berpendapat, pengajaran penulisan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak perlu lebih daripada sekadar penulisan berasaskan format tertentu atau dengan menggunakan alatan tertentu seperti pensel. Ia perlu lebih daripada ruang lingkup tersebut.
Mereka mendapati, guru-guru di tadika kurang menggalakkan ‘penulisan’ untuk tujuan berkomunikasi, sebaliknya hanya sekadar penulisan semata-mata. Menurut Hope Gerde, pensyarah di Jabatan Pembangunan Manusia dan Kajian Keluarga, setiap kanak-kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri. Menurut beliau, setiap guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan idea mereka dengan menggunakan apa sahaja jenis ‘penulisan’ yang mereka boleh hasilkan atau gemari. Ini termasuklah cara ‘penulisan’ atau komunikasi melalui lukisan atau contengan.
Terdapat hanya sedikit kajian berkenaan bagaimana guru-guru tadika melihat penulisan pada pendidikan awal kanak-kanak, termasuklah minat dan keseronokan kanak-kanak tersebut. Amat penting untuk memahami pendapat guru memandangkan pendapat mereka akan mempengaruhi segala arahan pengajaran. Tambahan lagi, menggunakan penulisan sebagai salah satu alat komunikasi adalah cara yang berkesan untuk menguatkan kemahiran menulis pada umur yang masih muda. Ia sememangnya akan meningkatkan kejayaan akademik kanak-kanak tersebut.
Kurang bimbingan kepada kanak-kanak
Kajian mendapati, sokongan persekitaran seperti ruangan menulis yang telah ditetapkan diwujudkan dalam 94% daripada keseluruhan bilik darjah. Walau bagaimanapun, terdapat perbincangan yang terhad berkenaan bagaimana kanak-kanak diajar untuk menggunakan bahan yang disediakan.
Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mendapati, secara umumnya guru-guru tadika bersetuju bahawa kanak-kanak menyukai aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun, guru-guru turut menyatakan bahawa terdapat kekurangan daripada segi bimbingan mengenai bagaimana untuk mengajar kanak-kanak tersebut menulis, walaupun mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan.
Mungkin selepas ini, terdapat sedikit kebebasan untuk kanak-kanak mengekspresikan cara komunikasi mereka dengan menggunakan cara yang lain tanpa meninggalkan konsep penulisan sedia ada. Ia bertindak sebagai langkah penambahbaikan kepada konsep sedia ada yang terlalu terhad. Selain itu, guru-guru juga perlu membimbing kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan alatan dalam bilik darjah agar mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik.
Bila suami request nak makan apa-apa, laju sahaja isteri ke dapur. Kalau bahan-bahan tak ada, si isteri sanggup beratur panjang dalam pasaraya semata-mata nak masak masakan yang sedap-sedap buat suami. Tahniah buat isteri yang tak putus semangat mencuba pelbagai resipi walaupun kadang-kadang tak menjadi.
Puan Amalina yang merupakan peguam dalam bidang Syarie berkongsi satu penulisan yang boleh dijadikan panduan buat yang bergelar suami isteri.
Wahai Suami, Tolong Cintai Masakan Isteri Anda. Berpeluh Di Dapur Demi Perut Suami
Sebenarnya isu masakan pun boleh menjadi pertengkaran dan pergaduhan yang berpanjangan antara suami dan isteri. Rata-rata para isteri masih belajar , belajar dan belajar setiap hari dalam memperbaiki masakannya untuk yang tersayang. Tetapi yang mengecewakan adalah apabila menerima hinaan demi hinaan , cacian demi cacian dan maki hamun oleh si suami pada citarasa dalam masakkan isteri. Lebih kecewa apabila suami membandingkan masakan isteri dengan masakkan orang lain. Kecil Hati bukan?
Para suami, tahukah anda bahawa isteri sedang berusaha hari demi hari untuk mendapatkan masakkan yang setimpal dengan perut kamu ? ada nasi dan lauk yang dihidangkan. Setiap pagi sebelum memasak mesti memikirkan “nak masak apa harini?”, “bahan apa hendak digunakan?”, “ masih dalam keadaan segar, elok atau tidak?”. Kalau join group memasak pun kalau tiada bahan, tiada gunanya juga kan.
Jadi apabila tidak cukup bahan atau tiada bahan untuk memasak, pastinya si isteri akan keluar membeli belah ataupun yang bekerja, sebaik sahaja tamat waktu kerja, isteri akan keluar terus membeli bahan masakkan. Yang mana suami sudah beli stok untuk sebulan pun mesti ada bahan yang tidak cukup kan. Jadi anda rasa untuk apa semua ini isteri kena berusaha gigih fikir?
Mestilah untuk kesedapan dan keenakkan dalam masakkannya untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak tercinta. Kenapa masih perlu nak menghina atau menyindir masakkan tidak sedap? Memberi pandangan tidaklah salah, tetapi janganlah sampai menghina, menyindir atau membandingkan masakkan isteri tersebut ya.
“Nak membasuh, memotong, mencuci bahan-bahan kesemuanya mengambil masa yang lama dan tidak mudah. Bukan sekelip mata sahaja untuk siapkan bahan masakkan. Kadangkala lambat masak pun menjadi punca pergaduhan disebabkan “lapar!”. Lebih malang, tolong pun tidak, hanya banyak bunyi dibelakang sahaja.
Mana-mana wanita, isteri atau ibu sekalipun tiada yang berkata dalam hati “hari ini aku nak masak tak sedap!”. Sangat pasti dan yakin semua dalam kepala masing-masing berfikir nak masak sedap-sedap untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak supaya perut berasa selesa dan kekenyangan. Makanan yang dimasak semestilah wujud perasaan cinta dalam masakkan tersebut.
Apabila dihina, dicaci atau dimaki humun, lebih malang ada yang kena pukul sehingga cedera disebabkan masak kurang sedap, adakah anda tahu bahawa perasaan dan hati si isteri tersebut terluka atau tidak? Ada isteri yang mempunyai perasaan yang sedikit sensetif akan merasa “down” dengan perkataan yang tidak boleh diterima contohnya seperti “ tak sedap baik tak payah masak, beli di kedai saja, tak membazir makanan”. Nampak simple ayat, tetapi boleh menguris hati yang memasak.
Fikirlah sejenak sebelum berkata-kata, pernah anda terfikir bahawa isteri pernah tangannya terluka ketika menghiris bawang, tepercik minyak masak di muka, tangan terkena periuk panas, menumbuk sambal tepercik kena mata, berdiri dua hingga tiga jam untuk memasak mengikut citarasa yang tercinta dan sebagainya lagi. Sebenarnya suami tugas anda mudah sahaja pada waktu itu iaitu duduk dan makan.
Elakkan menjadi “juri professional” jika tidak diminta. Maka, berdoa dan makanlah apa yang dihidangkan, cuba elakkan bertanya pada makanan yang tiada, makan sahaja apa yang tersedia pada ketika itu. Seusai memakan, sudah pun kekenyangan maka tersenyumlah dan beri pujian yang sewajarnya kepada isteri. Itu yang dinamakan “menghargai dirinya”.
Sudah cukup buat isterimu gembira sepanjang hari. Percayalah, esok isteri akan memasak lagi, bertambah lagi lauk disebabkan semangat memasak menggunung tinggi setelah dipuji oleh suami yang tercinta.
Ubahlah sikap yang mana membawa ke arah kebaikkan bersama. Akhir kata, “jangan lokek memberi pujian” di atas apa tindakan pasangan anda lakukan sekalipun. Tidaklah rugi seseorang itu dalam berpujian. Waallahu’alam. Sekian.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱