Duduk bersimpuh melipatkan kaki ke belakang yang dipanggil ‘simpuh katak’ atau simpuh W sering kali menjadi kegemaran anak-anak yang masih kecil. Pastinya kita Biasa dengar teguran ketika kecil supaya duduk dengan betul kerana risau duduk begitu akan mengakibatkan jalan mengengkang.

Anak-anak terutamanya memang suka duduk dengan kedudukan seperti yang dikatakan simpuh katak itu. Kedudukan seperti ini sememangnya sangat selesa untuk mereka bermain, menulis, membaca mahupun ketika makan.

Namun, ibu mahupun orang lebih dewasa menganggap duduk dalam keadaan tersebut agak tidak sopan dan manis dipandang. Apa lagi pada anak kecil terutamanya anak perempuan.

Didik Anak Duduk Cara Betul, Elak Tabiat ‘Simpuh Katak’. Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang!

Struktur Tulang Paha ‘Terubah’ bentuk

Melihat kepada tabiat ‘unik’ ini, pasti ada ibu bapa yang ingin tahu sejauh mana tabiat berkenaan akan memberikan kesan kepada kesihatan anak-anak jika ia berlarutan sehingga usia dewasa mereka.

Memetik laporan portal Harian Metro yang menemubual seorang Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Hospital Columbia Asia Setapak Dr Shamsul Iskandar Hussein untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Didik Anak Duduk Cara Betul, Elak Tabiat ‘Simpuh Katak’. Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang!

Menurut pakar itu tidak dinafikan tabiat duduk berkenaan lebih selesa sejak di peringkat awal usia lagi dan lebih ketara pada kalangan anak-anak menginjak prasekolah.

“Kebiasaan kanak-kanak yang mempunyai tabiat ini adalah dalam kalangan usia umur 18 bulan hingga enam tahun. Pada peringkat awal inilah biasanya struktur tulang paha kanak-kanak ‘terubah’ bentuk (femoral anteversion) menyebabkan posisi duduk simpuh katak lebih selesa untuk kanak-kanak berbanding duduk bersila.

“Kita faham kedudukan simpuh itu berlaku ketika duduk di lantai dalam posisi W. Bahagian yang mana lutut dalam keadaan bengkok, punggung terletak di lantai sementara kaki berlipat setiap sisi. Kaki ini juga sama ada akan terkuak atau rapat pada sisi.”

IKLAN

Didik Anak Duduk Cara Betul, Elak Tabiat ‘Simpuh Katak’. Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang!

Boleh Beri Kesan Kepada Kesihatan Tulang

Menurut Dr. Shamsul meskipun tabiat itu normal sahaja akibat dipengaruhi fisiologi atau pertumbuhan kanak-kanak, untuk jangka masa yang panjang, ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang.

“Seiring dengan peningkatan usia kanak-kanak, mereka juga akan berubah kerana di peringkat kanak -kanak antara lapan hingga 10 tahun ke atas, akan lebih selesa untuk duduk secara bersila.

“Dalam kanak-kanak terlalu asyik bermain sehinggakan mereka duduk dalam postur itu terlalu lama, dikhuatiri ia boleh memberi komplikasi terhadap perkembangan otot teras badan.

“Organ seperti otot abdomen, tulang belakang dan pelvis memainkan peranan penting dalam pengimbangan badan. Kalau ia berterusan, tabiat ini boleh memberi implikasi terhadap masalah pergerakan,” katanya.

Didik Anak Duduk Cara Betul, Elak Tabiat ‘Simpuh Katak’. Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang!

IKLAN

Kanak-kanak Alami Masalah Kesihatan, Impak Lebih Buruk

Tambah Dr Shamsul Iskandar lagi untuk kanak-kanak mengalami masalah kesihatan tertentu, impak dialami mereka lebih buruk.

Ini merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit seperti Sindrom Down, Ehler Danlos dan kondisi seperti Cerebral Palsy dan Spina Bifida.

Andai kanak-kanak menghidapi penyakit terbabit mempunyai tabiat duduk simpuh W, tona otot kanak-kanak ini akan berubah, sama ada menjadi terlalu keras atau lemah.

Terutama untuk kanak -kanak yang mempunyai Cerebral Palsy atau Spina Bifida, mereka boleh mengalami masalah gangguan pertumbuhan tulang.

Dalam merawat komplikasi akibat tabiat duduk berkenaan, kata Dr Shamsul Iskandar, doktor boleh membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak termasuk saringan dalam memastikan kanak-kanak berkenaan tiada mempunyai penyakit yang berkait seperti Spina Bifida.

IKLAN

Didik Anak Duduk Cara Betul, Elak Tabiat ‘Simpuh Katak’. Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang!

Ibu Bapa Perlu Didik Anak Supaya Duduk Cara Betul

Namun ditekankan Dr Shamsul Iskandar ialah peranan ibu bapa dalam memastikan mereka lebih peka dalam mencegah memiliki tabiat duduk sedemikian.

“Ibu bapa perlu memastikan anak supaya duduk secara bersila atau menggunakan kerusi untuk duduk ketika membaca buku atau membuat kerja rumah untuk menggantikan posisi duduk simpuh katak,” katanya.

Antara penyelesaian berkaitan komplikasi tabiat simpuh W:

1) Rawatan lebih menjurus kepada pemantauan kerana biasanya masalah ini akan pulih dengan sendiri.

2) Bagi segelintir kanak-kanak, mungkin memerlukan pembedahan pembetulan tulang paha (Derotational Osteotomy) untuk pulih seperti sedia kala.

3) Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit seperti Sindrom Down dan Cerebral Palsy, ahli fisioterapi dan jurupulih tata kerja boleh membantu kanak-kanak berkenaan dengan menyediakan posisi lain, sokongan fisio dan tempat duduk supaya mereka dapat duduk dalam keadaan yang sesuai.

Sumber: Harian Metro

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI