Bila anak minta hendak bela kucing, ramai ibu bapa agak keberatan. Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan, alahan dan sebagainya. Namun hakikatnya, memelihara haiwan mampu mendidik kanak-kanak menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek.
Kenapa anak-anak suka kucing? Kucing adalah haiwan yang begitu comel. Ia adalah antara haiwan peliharaan yang disukai oleh kanak-kanak selain arnab, ikan dan hamster. Telatah kucing yang nakal dan manja amat mencuit hati si kecil yang membuatkan ramai yang ingin peliharanya.
Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing
Berpeluang menemu bual Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director, Malaysia, Singapura dan Filipina berpendapat walaupun kucing tidak mampu berkomunikasi secara verbal namun ia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan peliharaan kesayangan. Malah si kecil akan tidak kekok memeluk, mencium dan ‘mendukung’ kucing tersayang.
“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri.
“Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.
“Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik,” ujarnya ketika ditemui di Program CSR ‘Jom Sayangi Haiwan Kita” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya, Selangor pada awal tahun lepas.
Pendapat ini turut disokong oleh Doktor Susan, iaitu seorang Doktor Veterinar mengenai memupuk tabiat yang baik kepada kanak-kanak. Berikut adalah antara manfaat-manfaat yang di peroleh jika ibu bapa membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
Terapi, Beri Kesan Perkembangan Otak
Ikuti ENAM info ini dikongsi sendiri oleh Doktor Susan Wan Mei Ki
1.Meningkatkan keyakinan diri
Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.
2.Prihatin kepada orang lain
Ads
Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa ‘teman kesayangannya’ sakit.
3.Mendidik
Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia berkongsi kegembiraan.
4.TERAPI EMOSI
TERAPI EMOSI YANG SANGAT BAIK UNTUK SI CILIK. INI KERANA MEMELIHARA SEEKOR KUCING UMPAMA MEMILIKI SEORANG SAHABAT YANG BAIK DAN SETIA. MALAH IA AKAN MEMBUATKAN SUASANA YANG MENYERONOKKAN BUAT SI CILIK APABILA MELAYAN KARENAHNYA.
5.Sikap tanggungjawab
Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan manusia.
Ads
6.Menyemai sikap kasih sayang
Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.
Tahukah anda karektor kucing ialah:
1.Aktif
2.Manja
3.Suka main
4.Bersendirian
Info
Ads
*Merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autisme juga didapati memberi respons yang positif dalam sesi terapi dengan kucing”.
*Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukar mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.
Memang patut biarkan anak bela kucing kerana ia terapi buat anak sekali gus memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.
Sememangnya anak-anak lebih suka bermain dan aktif sehingga aktiviti belajar membuatnya berasa bosan. Bagi anak-anak di tadika, harus dididik untuk menyukai belajar. Jika anak itu suka belajar tentu membuatkan ibu bapa berasa lega, tetapi bagaimana jika anak yang malas belajar. Berikut 8 solusi untuk mengatasi anak yang malas belajar.
1.Jadual pembelajaran
Wujudkan jadual belajar dan bermain supaya anak-anak tahu bahawa pembahagian masa belajar dan bermain. Namun pastikan konsisten untuk memastikan anak-anak biasa dengan pembahagian masa itu. Pastikan wwaktu belajar tidak lama untuk mengelak anak-anak bosan. Apa yang pasti cara ini melatih anak menjadi lebih displin dan berbertanggungjawab.
2.Mood belajar
Memang sukar untuk mendidik anak supaya tidak malas untuk belajar, lebih-lebih lagi jika anak itu itu sudah terbiasa dengan suasana bermain. Oleh itu, wujudkan suasana atau mood belajar yang membuatkan anak ceria. Jadikan waktu belajar itu lebih santai sama ada duduk atas katil, buai atau di pangkuan anda. Dengan begitu, anak akan merasa lebih selesa dan merasa belajar itu bukan paksaan buat dirinya.
3.Motivasi
Ana-anak adalah golongan yang suka diberi pujian dan sokongan. Berikan kata-kata motivasi seperti, “adik bila besar nak jadi angkasawan kena rajin belajar.” atau kata-kata pujian, “bagusnya anam ummi, rajin baca buku.” Pendekatan secara postif ini akan membuatkan anak-anak positif untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
4.Ulangkaji
Bagi ibu bapa yang bekerja, dalam kereta atau waktu malam setelah sampai di rumah, mulai tanya anak apa yang dipelajari di tadika. Cara ini membantu anak mengingatkan kembali apa yang cikgu ajar di tadika. Mungkin anda boleh buat ‘game’ seperti teka apa yang cikgu ajar di tadika seperti, “cikgu ajar adik menyanyi,” atau “cikgu ajar adik ABC” . Dengan melakukan cara ini akan membuat anak menjadi disiplin dan bertanggungjawab dan tentunya minat belajar akan semakin meningkat5.Sebelum tidur
Tentu ada ibu bapa yang melakukan cara ini seperti anak dibacakan surat-surat pendek Al-Qur’an, cerita dongeng, bernyanyi, dan belajar menghitung. Cara ini adalah bagus untuk meningkatkan kecerdasan anak, anak akan lebih mudah mengingat setelah bangun tidur esok pagi.
6.Teladan
Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Lazimnya pada peringkat ini anak-anak akan melakukan peniruan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Begitu juga dalam belajar, apakah ibu bapa harus membaca? Sudah tentu, jika ibu bapa suka membaca maka anak akan melakukan yang sama.
7.Had masa
Jangan biarkan anak-anak belajar selama berjam-jam, hal ini akan membuatnya stress dan bosan tapi susunlah had waktu anak dalam belajar misalnya dengan memberi masa untuk rehat atau belajar. Jika memaksa anak-anak akan membuatkan anak berasa belajar itu sesuatu yang bosan buat dirinya.
8.Manfaat belajar
Jelaskan kepada anak-anak manfaat belajar. Beritahu anak tujuan belajar dan hasil yang akan diperolehi apabila berjaya cemerlang dalam pelajarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ibu ayah nak bina keyakinan diri pada anak, ia sebenarnya akan menjadi pencetus anak menjadi seorang yang pandai. Sesungguhnya kejayaan anak bukan sahaja bergantung kepada kepandaian membaca dan menulis tetapi mesti ada sikap yakin diri dalam diri atau kata lain self-esteem. Sikap ini penting ada dalam diri kerana ia menjadi penanda aras dalam pergaulan anak dengan rakan sebaya. Apabila keyakinan anak rendah, ia akan menjejaskan sikap ingin tahu dalam dirinya.
Self-esteem ini terbentuk melalui pengalaman dan situasi-situasi yang telah kita lalui dan ia dapat mempengaruhi tindakan, pemikiran dan keyakinan diri seseorang. Individu yang memiliki self-esteem yang rendah selalu berasa inferior dan canggung.
Adalah penting bagi manusia untuk mempunyai harga diri yang positif. Mereka ini lebih cenderung untuk mencapai kejayaan. Jadi bagaimanakah kita sebagai ibu dan bapa dapat membantu anak-anak kita agar mereka nanti dapat membesar sebagai individu yang memiliki self-esteem yang tinggi? Tips-tips berikut mungkin dapat dijadikan panduan:
1. Berikan kasih sayang tanpa syarat
Terima anak anda seadanya dan sayangilah dia tanpa mengira apapun kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalulah memeluk dan mencium anak dan beritahu yang anda sayangkan dia. Apabila anak anda perlu dihukum, pastikan dia tahu itu adalah kerana perbuatannya bukan kerana siapa dirinya.
2. Berikan perhatian
Luangkan sedikit masa setiap hari khusus untuk anak-anak. Berinteraksilah dengan mereka tanpa sebarang gangguan lain khususnya alatan elektronik seperti tv dan handphone. Ia membuatkan mereka merasa bahawa diri mereka adalah penting dan berharga.
3. Ambil risiko
Galakkan anak-anak untuk meneroka perkara baru seperti mencuba makanan berbeza, mencari kawan baru atau belajar mengayuh basikal. Walaupun kemungkinan untuk gagal tetap ada, tanpa mengambil risiko, peluang untuk berjaya adalah sangat tipis. Jadi biarkan mereka bereksperiment tanpa campur tangan dari anda. Bina self esteem mereka dengan mengimbangkan perasaan anda untuk melindungi mereka dan kepentingan mereka untuk menguasai kemahiran baru.
4. Biarkan kesilapan terjadi
Membuat silap adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ia boleh menjadi pengajaran berharga untuk membina keyakinan anak-anak. Apabila anak-anak berbuat kesilapan, ajar mereka untuk berfikir apa yang boleh mereka perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak terjadi lagi. Dengan cara ini, self-esteem mereka tidak akan tergugat. Mereka juga dapat belajar menerima kesilapan dengan positif.
5. Raikan hal-hal positif
Semua orang suka apabila diberi galakan. Jadi pastikan anda berusaha untuk menyebut perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan pada setiap hari. Ia dapat membuatkan mereka sedar akan keupayaan dan kemampuan diri sendiri.
6. Jadi pendengar yang baik
Apabila anak-anak cuba memberitahu anda sesuatu , berhenti dan dengarlah apa yang mereka katakan walau anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya percakapan mereka. Mereka perlu tahu yang perasaan dan buah fikiran mereka adalah penting dan bermakna buat anda.
7. Jangan membanding-bandingkan
Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan adik beradik mereka atau sesiapa sekalipun. . Biarkan anak tahu bahawa anda menghargai keunikan diri mereka. Ia akan membuatkan mereka juga menghargai diri sendiri.
8. Hulurkan empati
Jika anak anda berasa kecewa kerana dia tidak dapat melakukan sesuatu seperti rakan yang lain, tunjukkan empati anda. Beritahu anak anda bahawa dia masih mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Anak-anak perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
9. Berikan galakan
Setiap anak-anak perlukan dorongan dari orang yang mereka sayangi. Sesuatu yang memberitahu mereka ‘ Saya percayakan anda, saya melihat usaha anda. Teruskan’ . Galakan bermakna anda memperakui setiap usaha mereka, bukannya hanya apabila mereka beroleh kejayaan.
Dalam pada mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu berusaha untuk meningkatkan self-esteem mereka sendiri. Anak-anak merupakan pemerhati yang baik. Setiap tindakan anda dapat mempengaruhi mereka. Jadi berilah contoh yang terbaik untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan anak mula duduk dengan ‘W’ sitting. Tak boleh nak kata sebabnya posisi itu dianggap normal dan yang biasa bayi dapat dengan mudah untuk berubah ke posisi duduk daripada posisi merangkak.
Daannn…ia adalah posisi paling stabil untuk bayi merasa selesa dan selamat. Rata-rata ibu bapa tahu keburukan ‘W’ sitting..
2 keburukan ‘W’ sitting:
tidak bagus untuk perkembangan fizikal terutamanya untuk bahagian lutut dan pinggang.
menyumbang kepada kurangnya otak kanak dan kiri anak berhubung
Ada ramai ibu bapa merungut dengan mengatakan ‘saya dah berkali-kali ajar anak saya duduk bersila, tapi anak saya masih sangat suka duduk ‘W ‘. Bila bersila, tak selesa’
Ini adalah sebabnya:
Core muscles tidak cukup kuat terutamanya di bahagian hip
Posisi W sit adalah posisi yang luas dan selamat. Jika dibandingkan dengan duduk bersila, anak perlu mempunyai kekuatan core muscle yang baik untuk mengawal postur badan dalam keadaan base yang lebih kecil.
Muscle and joint tightness
Jika semakin lama dibiarkan anak selesa dengan W sit, anak mungkin mendapat tightness di otot-otot dan sendi-sendi yang berkaitan. Later, lebih susah untuk dibantu anak tersebut untuk duduk bersila…and in fact, posture semasa berdiri juga terkesan dengan tightness ini…sehingga ada yang jalan mengaut. It is not wrong…cuma ia menyumbang kepada sakit sendi later bila banyak berdiri dan berjalan..seperti mana tak stabilnya rumah jika tiangnya senget..gitu ler anak tu bila membesar dengan tightness
Poor muscle tone
Muscle tone merujuk kepada keadaan otot semasa rest. Biasanya anak yang low muscle tone, kita boleh rasa ototnya lebih soft daripada anak lain.
Kesannya? Otot tidak kuat dan tak tahan duduk dalam posisi yang mencabar seperti bersila dalam masa yang panjang
Poor trunk rotation
Trunk rotation anak akan pelajari apabila merangkak. Namun begitu jika pergerakan merangkak tidak betul, atau tidak langsung merangkak, anak akan menghadapi kesukaran untuk get into sitting (bersila) position dan untuk bangun dari bersila..kerana ia melibatkan trunk rotation especially di bahagian hip
So what to do? Salah satunya, latih anak memanjat dan merangkak.
Jika anak masih lagi sukar merangkak, boleh mulakan dengan tangga. Latih anak naikkan kaki dan tangan berselang seli. InsyaAllah membantu.
Kuatkan core muscle anak..bila kuat, anak akan lebih stabil dan lebih selesa duduk bersila..
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.