Buah nanas terutamanya bahagian empulur kaya dengan nutrisi. Sangat bagus jika anak-anak tak sihat makan empulur buah nanas.
Kandungan nutrisi yang tinggi menarik perhatian para pengkaji untuk mengkaji khasiat yang terkandung dalam buah nanas. Buah nanas diklasifikasikan sebagai ‘functional food’ iaitu makanan yang berpotensi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
Empulur Nanas Jangan Buang, Kaya Nutrisi
Dr Mazliana Mazlan berkongsi beberapa khasiat yang tersembunyi dalam buah nanas. Yang menariknya ia sangat bagus untuk kesihatan anak-anak!
Empulur nanas keras yang kita selalu buang itu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.
Bromelain ini sejenis enzim yang ada pada buah nanas. Dan paling banyak di bahagian tengah nanas yang keras itu.
Ads
Kadang bila kita makan nanas, rasa lidas dan gatal di bahagian lidah bukan? Ini kerana kandungan bromelain tersebut.
Bromelain boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nanas. Inilah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan buah nanas.
Pun begitu, bromelain ini tinggi jugak khasiatnya. Takkanlah sebab rasa gatal lidah kita terus tak nak makan buah nanas.
Nanas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita wajib kita ajar anak-anak untuk cuba makan.
Ads
Nanas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016 mengatakan yang buah nanas mampu mengurangkan simptom radang pada sinus. Resdunglah maksudnya.
Elok Beri Anak Tak Sihat Makan
Kalau anak-anak tak sihat, suami saya suka beli nanas bagi anak makan setiap hari.
Nanas kaya dengan sifat anti radang yang insyaAllah boleh cepatkan penyembuhan anak.
Nanas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nanas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.
Ads
Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.
Setiap hari 3 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.
Normal bagi bayi yang baru dilahirkan akan mengalami masalah kuning. Tapi disebabkan kesilapan ibu bapa yang terlalu percaya segala macam petua, anak kecil yang jadi mangsa.
Sebelum ni pun admin dah kongsikan penjelasan dari seorang jururawat yang melarang ibu percaya kepada petua yang tak tentu kesahihannya untuk menurunkan bacaan kuning anak.
Kali ini perkongsian dari seorang ibu, Rda Aurora yang mengalami nasib sama apabila terlalu percaya petua hingga anak mengalami luka di usus dan berak berdarah hingga perlu dimasukkan ke hospital.
Tak tahu nak share macam mana kisah yg berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.
Post ini hampir sama dengan kisah Furqan tapi alhamdulillah tak sempat buat pembedahan.
Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yg dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.
Hari ke 2 dirumah.. nurse dtg cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby tak berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby tak berak. Yg kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap2 malam. Tapi tetap tak berak.
Keesokan harinya terus ke klinik lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lg. Jadi ayah furqan ditemani tokmi furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dr bagi ubat berak yg masuk kot punggung tu. Terus dlm kereta baby berak penuh satu pampers.
Alhamdulillah. Lega ibu.
But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yg baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau tak silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai.
Tambah2 bila baca keburukan jaundice pada baby blh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.
Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar utk jaundice Furqan. Tiap 2 3 hari mesti pergi ke klinik utk cek bacaan jaundice.
Ramai yg suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari org2 tua yg katanya penuh ilmu kebidanan. Ade yg suruh campur dgn susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk org. Org kata A kite pun A. Org kata B kite pun B. Last yg jadi mangsa anak kecil yg baru buka mata melihat dunia.
As a mom.. for sure sampai skrg aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yg jd lepas aku bagi semua tu?
Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yg baru lahir hanya blh hadam susu ibu sahaja. Tak blh benda lain. Even formula milk pun kene yg betul2 utk new born. Kau tak blh bg yg bayi 6m++.
Usus furqan luka disebabkan semua benda yg aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa p klinik & klinik buat surat utk masukkan ke hospital. HRPZ.
Suami whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital & mintak aku siap2 smua baju2. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang x blh duduk. Just blh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.
And as expected, semua yg aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dlm wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yg tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, furqan x nangis pun. Diam jer dy. Ibu tatap anak ibu dgn sebak. Tiba2 ternangis pulak. Semua penyesalan ade.
Diantara ibu2 dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Mmg taklah. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tdur. Tapi furqan ni sejenis xblh dgr bunyi walaupun sikit. Mesti tak blh tdur.
Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak blh masuk time2 tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Mcm2 berlaku kat furqan. Pengalaman pahit yg takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii.. Ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan ank ibu mangsa keadaan.
Tangan furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin tak beroperasi dgn baik. Aku pulak yg kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sgt. Menganggu baby2 lain nk tdur.
2 kali tukar mesin tapi tak menjadi. Last2 nurse tu tolak syringe yg besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis x bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tgn furqan. Aku hanya tdur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ade dr dtg ambil furqan tanpa bgtau aku sepatah.
Dtg bagi balik dengan baju hijau hospital yg penuh darah. Sebelum tu aku dgr jer suara furqan menangis kuat. Mungkin dr tgh ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam2. Aku ambil baju baby dlm almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad utk bawa baby keluar.
Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah tak berak berdarah. Dr pakar dtg follow up hari2 dah tak de ape2 masalah. Cuma diorg still nk ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. P ronda2 tgk baby yg jauh lagi sakit dari Furqan. Ade makcik yg sebilik dgn aku dah 3 bulan dlm hospital. Well.. dy lg tabah kot. Huhu.
To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ade. Jgn panik & cepat risau. Ikut cakap dr. Btw furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning tak hilang.
Same goes dgn resdung ade ulat. No! Resdung xde ulat. Jgn mudah tertipu g sedut asap merata2.
And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.
Jika bermanfaat. Tekan share supaya ibubapa tidak terikut2 dgn cara yg blh membahayakan baby kite.
Seminggu dilahirkan, anak kedua pelawak Shuk Sahar terpaksa ditahan di hospital kerana pneumonia dan demam denggi. Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak pertamanya turut dijangkiti demam denggi pada masa sama.
Menurut Syuk, pada mulanya saya dan isteri ke hospital untuk memeriksa demam kuning anak tetapi doktor terpaksa tahan di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan paru-paru.
“Kebetulan pula anak sulung saya menghidap jangkitan sama dan tambah pula dengan demam denggi. Jadi, saya berkampung di hospital selama 10 hari,” katanya.
Jelas Shuk, jangkitan itu bermula dengan kahak yang melarat hingga ke paru-paru.
“Sakit pneumonia ni serius juga, ia bermula dengan kahak kemudian ke paru-paru. Jadi, anak saya sukar untuk bernafas dengan normal dan perlu bantuan oksigen.
“Doktor cakap penyakit itu serius tetapi kami bernasib baik kerana dapat kesan dengan awal. Jadi, ingin saya berpesan kepada semua ibu bapa, sekiranya perasan anak anda tidak selesa segeralah ke hospital sebab mereka tak tahu nak memberitahu bahawa mereka sakit,” tambahnya.Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 20 Disember 2015 di Sabah dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sumber: Gempak & ig shuk sahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun sudah bergelar ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad amat menitik beratkan soal penjagaan dan penampilan diri.
Kata Elvina, walaupun sering sibuk menguruskan anak lelakiya, Karl Mateen pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu enggan kelihatan selekeh.
“Kalau di rumah memang saya macam orang gaji, tak terurus, saya bukan Elvina pelakon itu.
“Sebagai seorang ibu saya mahu menguruskan semua keperluan anak saya sebab kurang percaya jika tugas itu diserahkan kepada penjaga.
“Namun apabila keluar rumah saya perlu kemaskan diri, tak mahulah orang cakap saya selekeh. Kadang-kadang perlu ada ‘me time’ untuk diri sendiri.
“Sebagai mak-mak saya perlu bersiap juga, baru tak timbul isu lain,” katanya kepada Gempak.
Jelasnya, prinsip itu bukan disebabkan kontroversi lampau tetapi kemahuannya sendiri untuk kelihatan menawan sentiasa.
“Setiap lelaki nak benda cantik, sudah tentulah suami kita pun nak kita nampak cantik sentiasa. Jadi, jangan pandang rendah soal penjagaan diri.
“Saya bersiap bukan kerana kisah itu. Bagi saya setiap orang berbuat kesilapan dan saya sudah memaafkan serta melupakan isu tersebut,” tambahnya.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini rumah tangga pasangan itu terpalit kontroversi apabila wujud dakwaan ada pihak ketiga namun perkara itu diselesaikan dengan baik.
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi, memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea-Malaysia yang penuh dengan aura positif, humble dan cukup unik.