
Bagi ibu bekerjaya, memikirkan sarapan atau bekalan buat anak sememangnya merumitkan. Dengan waktu yang singkat di pagi hari ditambah pula dengan menguruskan tugasan lain, ibu jadi bertambah kelam kabut. Namun resipi yang satu ini menjadi penyelamat ibu di waktu pagi. Hanya gaul dan campakkan kemudian terus di bakar sahaja hingga masak. Mudah dan menjimatkan masa!
Resipi perkongsian Puan Dahlia Kamaruza ini simple namun berbaloi untuk ibu yang mengejar masa. Sementara menunggu Cheesy Chicken Take Pie masak, ibu bolehlah bersiap ke tempat kerja dan menyiapkan anak-anak yang lain. Pantas!
Jom ikuti resipi mudah yang dikongsikan beliau ini. Selamat mencuba!

Petang tadi mummy rajin sikit. Jadi mummy buatkan Hilman cheesy chicken tako pie dengan potato chip je. Habis 4 ketul tako pie tu Hilman makan. 2-3 hari ni Hilman makan dah banyak sikit dah dari biasa. Lepas 2 minggu juga lah yang mood makan dia on off. Alhamdulillah haritu sebab teething kot dia tak lalu makan sangat. Asik meragam je. Gigi dia dah keluar 2 atas 1 bawah.
So kalau anak-anak mama semua meragam tak nak makan tu just keep on offering je. Bagi makan kerap-kerap. Baby memang ada fasa dia tak nak makan. Lagi-lagi kalau tengah tumbuh gigi. Masa tu semua serba tak kena.

Resepi Cheesy Chicken Tako Pie
Tepung gandum unbleach (cap rose je) 1 1/2 cup
Telur 1 biji
Susu fullcream 1/2 cup
Air 1 1/2 cup
Minyak bawang putih 1 tsp
Daun bawang sedikit (hiris)
Jagung rebus 1/4 tongkol (hiris)
Serbuk ayam homemade sedikit
Ayam isi 1 bahagian (cincang)
Cream cheese 2 tbs (dadu)
Sedikit minyak masak (sapu dekat cup sebelum bakar)
Bekas untuk bakar (akak pakai bekas chicken pie je. Boleh pakai muffin tray je. Lagi senang.)

Bancuh je semua bahan dalam satu bowl sampai sebati. Kecuali ayam dan cheese. Sendukkan ke dalam cup, kemudian sudukan isi ayam dan letak cheese.


Bakar dalam oven suhu 210 selama 30-45 minit api atas bawah. 5 minit sebelum siap boleh tukar api atas je biar garing. Siap!

P/s : boleh tukar isi ayam dengan grill salmon/minch beef/prawn. Cream cheese boleh tukar dengan mozzarella or any cheese yang low sodium. Susu boleh tukar dengan santan/cooking cream.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Bubur Nasi Dengan Grilled Salmon Bagus Untuk Otak Anak & 9 Resipi Bubur Wajib Dicuba

Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi bubur bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mencari resepi tersebut.

Setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat teruja dan gembira melihat tumbesaran dan perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur. Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Bayi 6 bulan & makanan pejal
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal? Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.

Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan. Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Resepi-resepi bubur bayi 6 bulan
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda? Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
#1. Bubur nasi dengan susu ibu
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu? Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#2. Bubur nasi dengan ayam
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#3. Bubur nasi dengan daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Antara daging yang selalu digunakan adalah daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah dan daging lembu/kambing.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging lembu/kambing yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#4. Bubur nasi dengan kentang
Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
#5. Bubur nasi dengan brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Cuma, jangan mencampurkan brokoli ke dalam bubur dengan potongan yang terlalu besar.
Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
-Untuk brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.

#6. Bubur nasi dengan bayam
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
-Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya -30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#7. Bubur nasi dengan lobak merah
Ini pula merupakan resepi bubur nasi yang paling biasa kita ketahui dan temui. Bubur nasi dan lobak merah merupakan resepi bubur nasi enak dan berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Jika anda mahu, anda boleh mencampurkan sekali ayam, daging atau ikan bilis ke dalamnya
#8. Bubur nasi dengan ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Kisar ikan bilis sehingga hancur serta jangan lupa dibuang tulangnya
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#9. Bubur nasi dengan kekacang
Selain ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran lain, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan pelbagai jenis kacang seperti almond, pistachio, macademia, pekan, dan lain-lain.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Sementara menunggu bubur masak, anda boleh bakar kacang sehingga garing
-Kisar kekacang
-Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
#10. Bubur nasi dengan grilled salmon
Wah! Ini mungkin resepi bubur bayi yang paling mewah, bukan? Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Bersihkan salmon serta pastikan semua tulangnya dibuang.
-Panggangkan salmon sehingga masak
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
-Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ia ke dalam bubur
-Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bayam, kentang, dan sebagainya
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan. Berikut merupakan antara resepi-resepinya:

Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1⁄2 cawan sayur pilihan anda
-Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
-Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
-Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
-Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.
Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
-1 cawan air
Cara memasak:
-Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
-Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
-Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
-Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.
Sup stok ayam atau ikan bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
-800 g tulang ayam bahagian dada
-1 1⁄2 cawan ikan bilis
-4 cawan air
Cara memasak:
-Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
-Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ia selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asalnya.
-Tapis dan biarkan ia sejuk.
-Sup ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Demikian merupakan beberapa resepi bubur bayi 6 bulan dan beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba untuk beri si comel anda makan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Kongsi Menu Tambat Selera Makan Anak, Sesuai Untuk 1 Tahun Ke Atas

Ada pelbagai jenis menu yang sesuai untuk anak-anak berusia 1 tahun ke atas. Mama perlu lebih kreatif untuk tarik minat anak terhadap makanan.
Kalau mama buntu nak sediakan menu berkhasiat untuk anak, boleh ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Menu menambat selera anak 😂
Ianya sesuai dari umur setahun ke atas. Kalau nak cuba dari umur 10 bulan ke atas pastikan anak anda dah pass ataupun tak ada alergy dengan bahan yang digunakan.
Resepi ni olah la ikut kesesuaian sebab dalam dunia masakan tiada salah tiada benar. Janji anak makan sodap sudah. Haha
Qa’id dia pengemar makanan kering tanpa kuah. So semua menu dia kering je.
Selamat mencuba
Spagetty Aglio Olio Seafood

Resepi:
Rebus spagetty sampai lembut. Tumis bawang putih dan bawang merah ( potong dadu, halus) Masukkan udang, sotong dan chicken feet stock.
Tambahkan cendawan. Kacau sebati dan letak sesudu susu full cream / fresh milk. Masukkan spagetty dan kacau. Tabur lada hitam dan chili flake ( ibu guna cili kering ambik hujung dia sikit gunting buat rasa je )
Nasi Goreng Daging

Tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbok halus sehingga naik bau. Masukkan daging yanh dipotong halus. Masukkan cfs dan biarkan daging lembut. Pecahkan telur dan biarkan kering. Tambah nasi dan sikit lada hitam dan siap.
Udang Goreng Kunyit

Lumurkan udang dengan kunyit hidup. Goreng udang terlebih dahulu dan asingkan. Tumis bawang merah dan putih.
Masukkan kacang panjanh, lobak merah dan cfs. Biarkan kering sikit dan masukkan udang. Tambah capsicum jika perlu.
Nasi Goreng Ayam

Goreng ayam terlebih dahulu ( perap ayam dengan bawang merah dan putih yg ditumbuk halus . Kemudian celupkan ayam dengan telur. lepas tu salut ayam td dlm adunan tepung gandum + beras ).
Tumis bawang merah, putih sehingga naik bau. tambah sayuran kegemaran anak dan cfs. Biarkan seketika dan kacau. Tambahkan nasi dan gaul sebati.
Kredit:Hidayah Dida
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kek Batik Marie Indulgence. Hasilnya Cantik & Lembut Je, Memang Sedap!

Kek batik antara yang paling mudah buat kerana tak perlu nak bakar atau kukus. Hanya patah-patahkan biskut, gaul dalam adunan coklat cair dan boleh sejukkan dalam peti ais dulu.
Trend sekarang, kek batik indulgence pula. Dengan lapisan cream cheese dan coklat memang tak rugi anda cuba. Nampak macam susah nak buat, tapi kalau betul-betul nak buat, semuanya boleh.
Nak tahu step by step buat kek batik indulgence ni, perkongsian Rozmaliza Omar boleh anda cuba.
Alhamdullilah akhirnya dapat siapkan KEK BATIK MARIE INDULGENCE, time mula-mula baca resepi Ya Allah renyahnya kek ni. Stress kejap tapi bila ingatkan request dari anak-anak try buat jugak.
Bila dah siap, tengok hasilnya dan dapat rasa, tak ada la susah mana pun.

KEK BATIK MARIE INDULGENCE
Bahan-bahan:
– 2 bungkus/ 600 gm biskut marie
– 250g buttercup
– 200 gm milo
– 2 sdb serbuk koko
– 3 biji telur B
– 1 cawan susu pekat
– 1cawan susu segar

Cara-cara:
1. Patah-patahkan biskut. Ketepikan.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu segar ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api sederhana.

3. Kemudian masukkan buttercup. Masak sampai nutter cair.
4. Gaul hingga pekat dan sekata. Masukkan biskut Marie dan gaul hingga bersalut.
6. Tekan²kan adunan yang telah siap ke dalam loyang bersaiz 9″ yang telah dialas dengan kertas minyak.
7. Sejukkan sebentar kemudian masukkan dlm peti sejuk.

INDULGENCE CREAM
300 gm cream cheese
3 sdb gula halus
2 biji telur B
Cara-cara:
Pukul sampai kembang kesemua bahan diatas. Tuang indulgence cheese atas kek batik dan bakar api atas sahaja 160°c selama 10 minit. Sejukkan dulu baru tuang ganache, simpan semalaman baru potong.
COKLAT GANACHE
150 ml whipping cream anchor
300 gm milk compound coin (beryls)
2 sudu (b) butter

Cara-cara:
Panaskan whipping cream kemudian masukkan coklat masakan dan kacau sampai coklat larut. Masukkan butter kacau sampai butter cair dan nampak licin.
Tuangkan coklat ganache atas indulgence cream. Sejukkan selama selama 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
Siap…sedap makan sejuk-sejuk.
Kredit: Rozmaliza Omar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


