Telur antara makanan yang mejadi kegemaran ramai orang. Selain rasanya yang sedap berlemak, resipinya juga boleh divariasikan. Buatlah masakan jenis macam mana pun, sedap semuanya! Khasiat pun banyak dan sangat bagus jika beri pada anak kerana ia baik untuk fungsi memori.
Telur mudah dimasak. Boleh digoreng, direbus atau dicampurkan dalam makanan lain untuk menambah rasa. Kalau tiba-tiba rasa lapar dan nak makan sesuatu yang simple tapi sedap, bolehlah buat telur separuh masak.
Biasanya kita akan didihkan air kemudian masukkan telur. Biarkan lebih kurang 7-8 minit untuk dapatkan telur separuh masak yang sesuai dinikmati begitu saja atau brsama roti bakar. Memang sedap!
Perkongsian dari Arina Rashid via grup FB Resipi Air Fryer [Malaysia], dia berkongsi cara menyediakan telur separuh masak dengan cara yang lebih mudah;
Ads
Ada peminat telur separuh masak kat sini?
Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah. Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa.. Ok cara rina buat telur separuh masak ni senang sangat. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
Telur straight amek dari counter (room temperature) bukan dari peti ais. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
Ads
Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu. Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah. Korang try and error dulu eh.
Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.
Ads
Memasak dengan cara ni mudah sangat, tak adalah berkecah dapur. Kalau ajarkan pada anak pun pasti mereka boleh buat sendiri lepas tu. Nak buat bersarapan pun sedap telur separuh masak ni, memang layan!
Sagu gula Melaka antara makanan tradisi kegemaran ramai. Lebih sedap jika dimakan sejuk-sejuk. Memang nikmat! Jom cuba resipi sagu gula Melaka dua versi dengan hanya menggunakan satu adunan.
Sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi. Nak makan dengan sos kastard atau pun dengan kelapa.
Cikza bagi resepi sekali.
Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
3 cawan sagu (direbus separuh masak dan di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan)
3 keping gula Melaka
Gula pasir secukup rasa
1 liter Air
Daun pandan
Cara penyediaan:
Dalam periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir, air dan daun pandan disimpul. Air dalam 1 litter. Dah menggelegak masukkan sagu tadi kacau sampai masak dah tak ada yang biji putih-putih. Angkat dan boleh lah masukkan kedalam loyang. Betul-betul sejuk baru potong.
Sagu Gula Melaka Sos Kastard
Sos Kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
Sedikit garam dan daun pandan
Cara penyediaan:
Masak kesemua bahan diatas api sampai menggelegak. Siap boleh tuang di atas sagu yang telah disejukkan tadi.
Sagu Gula Melaka Dengan Kelapa
Bahan-bahan:
Kelapa parut (agak-agak)
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Kelapa ambil yang putih sahaja dan dikukus sekejap. Setelah dikukus boleh gaul dengan garam. Potong kuih sagu yang disejukkan terlebih dahulu tadi. Golek-golek kan dengan kelapa. Siap untuk dihidang!
Kredit: Noriza awang hamat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ayam goreng pandan bila dihidang kekuningan pasti menambat selera untuk menikmatinya. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan ayam goreng pandan yang cantik.
Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng ayam goreng pandan yang betul supaya apabila sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali ini.
Resipi Ayam Goreng Pandan
Langkah demi langkah:
1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).
2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.
3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).
4. Sentiasa balik-balikkan ayam.
Ini Teknik Nak Nampak ‘Cantik’ Bila Dihidang
5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:
*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit.
*Ayam timbul di permukaan minyak.
6. Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.
Dah penat makan nasi impit dengan rendang raya ni tapi taknak membazir? Takpe, boleh cuba resipi nasi impit goreng. Mudah dan sedap. Cepat je nak sediakan. Tak makan masa yang lama pon.
Boleh buat untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Untuk anak bawa bekal ke sekolah pun boleh. Pasti anak- anak suka. Cepat habis makan dengan rakan- rekal. Jom lihat resipi yang dikongsika di Facebook.
Resepi ini dikongsikan oleh Siti Zubaidah Sarkawi di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESIPI NASI IMPIT GORENG
Sumber foto: Facebook Siti Zubaidah Sarkawi
Semalam anak sulung bawa balik nasi impit lebihan jamuan raya… kawan- kawan suruh buat la apa- apa dengan nasi impit tu… sayang kan dari tak termakan… pagi ni sempatkan juga buat nasi impit goreng… boleh lah makan dengan kawan- kawan dan ustazah nanti.
Ramai juga peminat Nasi Impit Goreng ni ya… saya sertakan resipi di bawah tapi sukatan ikut citarasa sendiri ya sebab saya pun main letak- letak je.
Bahan- bahan: – Bawang besar* – Bawang putih* – Cili kering* – Sedikit belacan* – Ikan bilis* – Gula – Garam – Kicap pekat – Kicap masin – Sos tiram – Fishcake – Isi ayam – Daun sup – Bawang goreng – Nasi impit
Cara- cara: 1. Kisar halus bahan yang bertanda (*). 2. Tumiskan bahan kisar halussampai pecah minyak. 3. Masukkan gula, garam, kicap pekat, kicap masin dan sos tiram. 4. Setelah sebati, masukkan fishcake dan nasi ayam. 5. Kacau sehingga sebati dan masukkan pula nasi impit yang telah dipotong dan juga daun sup. 6. Gaul rata, biarkan seketika. 7. Buat lubang di tengah kuali dan pecah telur. 8. Gaul mesra bersama nasi impit. 9. Setelah siap, boleh angkat dan hidangkan bersama bawang goreng.
Jika suka sayur atau bahan lain seperti udang boleh lah buat penambahan ya. Selamat mencuba!
Mudah sahaja resepi nasi impit goreng ni. Bahan yang digunakan juga tidak terlalu rumit dan senang untuk dicari. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.