Sate sememangnya makanan tradisi orang Malaysia. Rata-rata menyukai rasanya yang berempah dan lembut, malah turut menjadi makanan kegemaran kanak-kanak. Namun di musim PKP ini agak sukar untuk mendapatkan sate kerana kebanyakan kedai sate tidak beroperasi.
Tak perlu bimbang kerana cara membuatnya sangat mudah dan kos yang dikeluarkan jauh lebih murah untuk membuat sate. Yang paling peting sedap cukup rasa. Bosan-bosan waktu PKP ini jom kita cuba resipi mudah ini. Kalau mama papa nak buat untuk anak-anak kecil tak perlu tambah garam dan gula, rasanya manis asli dari ayam pun cukup sedap.
Puas hati bila buat sendiri, lagi sedap. Makan macamtu je pun dah sedap. Walaupun makan berdua je saya lagi suka buat sendiri. 1 ekor ayam dapat 40 cucuk sate. Itu pun buat besar-besar.
Resipi sate ayam merecikkk (untuk 1 ekor ayam)
BAHAN-BAHAN
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci & toskan)
(kulit ayam jangan buang ye, potong kecik, dan perapkan sekali isi ayam)
Bahan Kisar
-2 labu bawang besar **
-5 ulas bawang merah (taknak letak pon takapa, letak lagi sedap)**
-1 labu bawang putih **
-2 Inci halia**
-4 batang serai **
(satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit air)
Bahan Perap
-2 keping gula melaka (potong kecil-kecil/hiris-hiris)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sudu kecil garam
-4 sudu kecil serbuk kunyit
-3 sudu besar jintan manis
CARA-CARA
-Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan kisar dan bahan perap. Kemudian gaul hingga sebati.
-Boleh tambah apa yang kurang, gula/garam.
-Perap semalaman kalau nak sedap.. (sy perap balik kerja semalam, petang tadi baru bakar)
-Selepas perap baru dicucuk pada lidi
-Nak lebih sedap selitkan lemak/kulit ayam ditengah
-Lebihan perapan tadi,ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil dan tambahkan sedikit minyak masak (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 batang serai ketuk hujungnya)
-5minit dah masak, sebab dah perap semalaman.
-Masa bakar tu renjiskan dengan bahan renjis ye, biar satay tu basah je.
Makan macam tu pun dah sedap, sebab dah cukup rasa.. selamat mencuba!
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN
-1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, dan kisar/tumbuk separa halus. Saya kisar sahaja, jangan halus sangat ye)
-Segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bawang besar **
-2 inci halia **
(Kisar bahan bertandan **dengan sdikit air)
-1 batang serai (ketuk)
-2 keping gula melaka
-1/2 cawan gula
-Garam
-3 cawan air
-1 kotak santan
-2 keping asam keping
CARA-CARA
-Panaskan minyak, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat.
-Tumiskan bahan kisar, masukkan serai(tumis smpai pecah minyak).
-Masukkan kacang, gaul sebati.
-Masukkan air, biar mendidih. (api perlahan)
-Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, dan asam keping.
-Masak sampai kuah jadi pekat.
-Rasa dan boleh tambah apa yang kurang.
-Siap
**
Kalau taknak letak santan pun tak apa, just guna air je.. Kalau saya, saya suka letak santan.
credit : Siti Norizan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi bubur bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mencari resepi tersebut.
Setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat teruja dan gembira melihat tumbesaran dan perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur. Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Bayi 6 bulan & makanan pejal
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal? Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.
Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan. Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Resepi-resepi bubur bayi 6 bulan
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda? Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
#1. Bubur nasi dengan susu ibu
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu? Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#2. Bubur nasi dengan ayam
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#3. Bubur nasi dengan daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Antara daging yang selalu digunakan adalah daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah dan daging lembu/kambing.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging lembu/kambing yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#4. Bubur nasi dengan kentang
Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
#5. Bubur nasi dengan brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Cuma, jangan mencampurkan brokoli ke dalam bubur dengan potongan yang terlalu besar.
Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
-Untuk brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#6. Bubur nasi dengan bayam
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
-Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya -30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#7. Bubur nasi dengan lobak merah
Ini pula merupakan resepi bubur nasi yang paling biasa kita ketahui dan temui. Bubur nasi dan lobak merah merupakan resepi bubur nasi enak dan berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Jika anda mahu, anda boleh mencampurkan sekali ayam, daging atau ikan bilis ke dalamnya
#8. Bubur nasi dengan ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Kisar ikan bilis sehingga hancur serta jangan lupa dibuang tulangnya
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#9. Bubur nasi dengan kekacang
Selain ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran lain, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan pelbagai jenis kacang seperti almond, pistachio, macademia, pekan, dan lain-lain.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Sementara menunggu bubur masak, anda boleh bakar kacang sehingga garing
-Kisar kekacang
-Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
#10. Bubur nasi dengan grilled salmon
Wah! Ini mungkin resepi bubur bayi yang paling mewah, bukan? Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Bersihkan salmon serta pastikan semua tulangnya dibuang.
-Panggangkan salmon sehingga masak
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
-Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ia ke dalam bubur
-Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bayam, kentang, dan sebagainya
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan. Berikut merupakan antara resepi-resepinya:
Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1⁄2 cawan sayur pilihan anda
-Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
-Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
-Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
-Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.
Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
-1 cawan air
Cara memasak:
-Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
-Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
-Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
-Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.
Sup stok ayam atau ikan bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
-800 g tulang ayam bahagian dada
-1 1⁄2 cawan ikan bilis
-4 cawan air
Cara memasak:
-Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
-Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ia selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asalnya.
-Tapis dan biarkan ia sejuk.
-Sup ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Demikian merupakan beberapa resepi bubur bayi 6 bulan dan beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba untuk beri si comel anda makan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa hidangan sarapan hujung minggu anda buat anak-anak? Pastinya rangkaian menu special seperti nasi lemak menghiasi meja makan di pagi hari. Pun begitu ada waktunya anak-anak mahukan kelainan. Sesekali cuba pula menyediakan sarapan sedikit kebaratan. Anak-anak pasti suka!
Wrap Pizza Ekstravaganza ini pastinya cukup istimewa untuk hidangan keluarga. Bukan anak saja suka, suami pun teruja bila mana melihat kehebatan pizza yang dihasilkan. Paling menarik, pizza yang dihasilkan oleh Afy AL Habibi ini bukan sahaja mudah bahkan hanya menggunakan kuali sahaja. Simple. Nak tahu bagaimana dihasilkan, jom cuba!
Ini resepinya kepada kawan cikgu yang berminat. Cikgu olah sendiri bahan untuk sesuaikan dengan diet cikgu. Syok bila diet pun boleh makan pizza. Haa.
Bahan grill: Panaskan sedikit butter garlic. Masukkan potongan kecil ayam bahagian dada. Perasakan dengan secubit kecil garam bukit dan 1/2 sudu besar sos blackpepper. Grill selama 3 minit / sehingga isi ayam masak. * buat cara yang sama untuk udang yang telah dibuang kulit dan dibelah belakangnya. Ketepikan setelah masak. Grill seminit 2 keping beef salami. Ketepikan. Grillkan juga hirisan lada benggala dan bawang Holland selama 1 minit. Perasakan dengan secubit kecil garam bukit. Ketepikan.
Panaskan wrap sehingga garing untuk satu bahagian belakang sahaja.
Kemudian, terbalikkan. Bahagian garing tadi disapu rata dengan 3 per 4 sudu besar sos spageti. *jangan terlebih ye.
Susunkan dengan bahan grill tadi. Beef salami tu cikgu potong 4.
Taburkan dengan hirisan cendawan dalam tin. Paip nipis sos. Kuantiti untuk semua jenis sos tak lebih dari 1 sudu kecil sahaja. Cikgu guna sos blackpepper, kewpie mayonis lite dan kewpie mayonis cheese.
Taburkan pula dengan keju mozarella yang sudah diparut. Untuk keju, cikgu guna yang rendah kalori. Beli kat tesco, plastik hijau. Lupa brand apa.
Cikgu masak guna api gas yang dipasang perlahan sahaja. Tutup dengan tudung periuk. Masak sehingga keju mencair dan bahagian bawah wrap sedikit garing. * nak guna microvawe pun terpulang.
Keju yang sudah mencair dan wrap bahagian bawah sedikit garing.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ada anak yang memang setiap hari nak makan nasi je. Ada juga sesetengah anak pula yang tak mahu nasi tetapi nak makan roti, biskut, kek atau pasta. Jadi bila anak yang tak suka nasi ni, mama akan habis idea untuk hidangkan makanan pada anak.
Ok untuk memudahkan mama, apa kata cuba buat piza yang menggunakan roti tetapi rasanya sama seperti piza yang dijual di kedai bakeri. Boleh buat di rumah bersama anak-anak.
Selain menggunakan oven, kalau di rumah ada air fryer pun boleh buat. Resepi tu ikut selera anak-anak nak letak topping apa. Asalkan anak suka.
Campurkan semua bahan nombor 1 hingga 7. Masukkan dalam papercup.
Letakkan cheese ikut pilihan masing-masing. Boleh tabur sedikit oregano.
Selesai semua tu bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit.
Selamat menjamu selera! Tq pada idea asal PUAN ZALEKHA ZABIDI
Kredit : Noriza Zainal Abidin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam era digital yang berkembang pesat hari ini, televisyen tetap menjadi salah satu sumber hiburan dan maklumat utama untuk keluarga. Namun, dengan pelbagai jenis...