Ads

Tiada Sambutan Hari Guru, Elak Bebankan Ibu Bapa Dengan Hadiah

Setiap tahun, memang sudah menjadi kebiasaan sekolah mengadakan sambutan untuk meraikan Hari Guru sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik yang banyak berkorban dalam mendidik anak bangsa.

Bagi sekolah kami yang masih kecil, sambutan Hari Guru biasanya tidak diadakan secara besar-besaran atau berasingan. Selalunya ia diraikan secara sederhana tetapi penuh makna, dalam suasana kekeluargaan antara murid dan guru. Inilah momen yang paling jujur sebenarnya apabila ucapan terima kasih itu datang daripada hati kecil anak-anak.

Terkini  buat negeri Selangor, larangan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah dan daerah bagi institusi di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibuat bagi mengelakkan ibu bapa terus terbeban dengan kos penyediaan hadiah untuk guru.

Tiada Sambutan Hari Guru, Kurangkan beban ibu bapa

Tiada Sambutan Hari Guru, Elak Bebankan Ibu Bapa Dengan Hadiah

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, keputusan itu diambil susulan wujudnya kesan kepada ibu bapa atau penjaga yang menjadi tradisi menyediakan hadiah-hadiah tertentu kepada guru atas permintaan anak-anak.

Katanya, JAIS melihat perkara itu perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga dalam keadaan ekonomi semasa ketika ini.

Ads

“JAIS akan mempertimbangkan untuk Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali seperti sedia kala.

“Beberapa perkara berkaitan pelaksanaan sambutan itu juga akan dinilai semula termasuk tempoh masa sambutan agar tidak mengganggu proses pembelajaran serta tentatif yang lebih ringkas dan selaras untuk semua sekolah di bawah seliaan JAIS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, menerusi surat edaran JAIS bertarikh 7 Mei lalu yang menetapkan semua sekolah di bawah pentadbiran jabatan itu tidak dibenarkan mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah dan daerah bagi tahun ini.

Ads

Mengulas lanjut, beliau berkata, JAIS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor tetap menghargai jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik pelajar di negeri ini.

Menurutnya, Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor akan tetap diadakan pada 21 Mei depan dengan pengiktirafan kepada tokoh guru serta sekolah cemerlang.

“Majlis itu melibatkan peruntukan melebihi RM200,000 daripada MAIS dan kerajaan negeri dalam bentuk wang tunai serta geran kepada penerima yang dipilih,” jelasnya.

Ads

Tambahnya, keputusan tersebut juga selaras dengan saranan kerajaan untuk rakyat berbelanja secara berhemah, bijak dan meminimumkan penggunaan tenaga susulan situasi geopolitik semasa yang tidak menentu dan berkemungkinan menjadi lebih buruk.

“Sultan Selangor turut menitahkan agar rakyat jelata di negeri ini melakukan perbelanjaan mengikut keperluan dan keutamaan, berhemah serta bijaksana,” katanya

Sumber: Kosmo

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

anak trauma di buli

Trauma Dibuli! Anak Ako Mustapha Terkencing & Terberak Dalam Seluar Buat...

Trauma dibuli yang dialami anak Ako Mustapha mengejutkan ramai apabila Mika mengalami simptom terkencing dan terberak dalam seluar akibat gangguan emosi serius.