Hebatlah jika seorang suami boleh menjaga isterinya dengan baik ketika hamil dan selepas bersalin (pantang). Lebih-lebih lagi jika dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan, sentuhan daripada papa sendiri tentu lebih bermakna.

Lazimnya dalam masyarakat selepas isteri bersalin, ibu atau ibu mertua yang ambil alih menjaga dengan alasan suami tidak pandai dan tidak tahu penjagaan yang betul. Begitu juga ketika hamil, suami tidak tahu apa yang dititikberatkan seperti perihal pemakanan dan komplikasi yang boleh dihadapi si isteri.

Oleh kerana itu pentingnya untuk para suami mengambil tahu dan mendapatkan info mengenai kehamilan, kelahiran dan penyusuan. Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan peringatan dan panduan buat kaum bapa. Menurutnya lelaki perlu memperlengkapkan diri sebelum berumahtangga lagi supaya faham dan bijak menguruskan selepas berkahwin nanti.

Saya buat kajian sendiri. 10 para suami yang saya interview ketika datang berjumpa dengan saya. 9 dari mereka ZERO dalam pengetahuan ilmu kesihatan ibu hamil penyusuan dan kelahiran. Kebanyakkannya sebelum mendirikan rumahtangga dan anak pertama.

ILMU KELAHIRAN BUKAN HANYA PENTING UNTUK ISTERI & DOKTOR SAHAJA

Mereka mengatakan kami para suami tidak perlu ambil tahu tentang ini kerana ilmu kelahiran hanya teletak kepada isteri dan doktor yang menyambut sahaja.

Dan yang peliknya. 10 dari mereka CUKUP ambil tahu sebelum kahwin lagi bagaimana untuk bersama isteri(hubungan seks) dimalam pertama. Dan ada juga diantara mereka bercerita sanggup ke Indonesia semata mata untuk belajar ilmu ‘tahan lama’ dan power untuk bersama pasangan. Itu je?

Sedangkan ilmu kelahiran,penyusuan,pemakanan untuk bayi dan penjagaan ibu berpantang sangatlah penting.

JAGA PEMAKANAN IBU HAMIL & URUS EMOSI MEREKA

SEBAB itulah perkara asas yang saya kongsikan kepada sahabat yang lagi beberapa bulan ingin mendirikan rumahtangga adalah pentingnya ilmu penjagaan pemakanan ibu hamil,risiko risiko ibu hamil dan bagaimana pengurusan emosi ibu hamil mempengaruhi janin itu sendiri.

Dan tidak lupa juga paling penting bagaimana pengurusan emosi untuk mengelak ibu dari kemurungan kronik dan penyusuan kepada bayi sehingga 2 tahun berjaya.

DIDIK ANAK LELAKI HADAPI REALITI RUMAH TANGGA

Jadi kepada anak anak muda,para suami didiklah anak anak kita tentang kebenaran alam perkahwinan yang sebenar.

Mendirikan rumahtangga bermakna kita sedang meneruskan kehidupan yang lebih mencabar dan kehidupan dialam perkahwinan bukanlah seperti mana kita angan-angan ketika dialam ‘cinta monyet’ .

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Sumber: Muhammad Hassan

Tinggalkan Komen