Hetty Sarlene selamat bersalin anak kedua- “dengan rasminya kami sudah berempat” Penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dan suaminya selamat menimang cahaya mata kedua.
Hetty Sarlene Selamat Bersalin Anak Kedua- “Dengan Rasminya Kami Sudah Berempat”
Bayi yang dilahirkan pada Selasa 25 Jun itu diberi nama Hayden Ashton Oakes. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.
We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4 – tulis Hetty di ruangan kapsyen.
Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Ads
Hantaran Hetty dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Kembar seirasyatim piatu terima ijazah kelas pertama, gembira dapat balas jasa nenek. Pasangan kembar seiras yatim piatu, Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof, 23 tahun berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka.
Pasangan kembar ini menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini. Lebih manis lagi, kejayaan itu hadiah terindah kepada nenek mereka iaitu Wan Zaharah Ahmad, 79.
Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Pasangan kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini.
Wan Zaharah telah menjaga pasangan kembar itu sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
SITI NUR MASMERA DALINA DAN SITI NUR MASTIKA DALIANA MASING-MASING MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PERALATAN) DENGAN KEPUJIAN.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna.
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Selain itu, Siti Nur Mastika Daliana, turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.
“Kami sentiasa saling memberi semangat antara satu sama lain. Nenek juga sangat berjasa dalam hidup kami dan saya sangat hargai kasih sayang dan pengorbanan daripada nenek yang tiada galang ganti.
“Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, kami tahu bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada kesusahan,” ujarnya.
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya seorang suri rumah dan kehilangan suami, Awang Ngah Sulong ketika pasangan kembar itu berusia 15 tahun.
“SAYA SANGAT BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAAN MEREKA. WALAUPUN KAMI TIDAK MEMPUNYAI BANYAK HARTA, SAYA SELALU BERPESAN SUPAYA MEREKA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.
“Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Sementara itu, Wan Zaharah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atas sumbangan dana kebajikan kepada Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana hingga mereka berjaya menamatkan pengajian di UC TATI,” ujarnya.
PADA MAJIS ITU, SITI NUR MASMERA DALINA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH REKTOR ATAS KECEMERLANGANNYA YANG TIDAK HANYA TERHAD KEPADA BIDANG AKADEMIK TETAPI JUGA AKTIF DALAM KOKURIKULUM.
Siti Nur Masmera Dalina juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Sementara itu Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau turut memuji keberanian dan semangat kedua-dua kembar tersebut.
“Mereka adalah contoh terbaik kepada semua pelajar bahawa kejayaan bukanlah semata-mata bergantung kepada keadaan asal kita tetapi kepada usaha dan komitmen yang kita tunjukkan,” ujarnya.
Setiap pasangan ada cara tersendiri meraikan ulang tahun perkahwinan. Bagi pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, ulang tahun kedua perkahwinan menjadi lebih bermakna apabila beliau memilih untuk berkongsi rezeki dengan menghadiahkan penginapan mewah buat suami tercinta, Imran Aqil.
Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia dan Imran dilihat meluangkan masa berdua di Park Hyatt Kuala Lumpur, sebuah hotel eksklusif di ibu kota. Percutian singkat itu bukan sahaja mencipta momen romantis, malah menjadi simbol kasih sayang Dahlia yang mahu menghargai kehadiran suami di sisinya.
For my hubs🤍 hope you love it sayang! Sumpah cantik gilaaa. (Rm7k for 2 nights)
“Percutian ulang tahun di Park Hyatt. Untuk suami saya, harap awak suka. Cantik sangat. RM7,000 untuk dua malam,” tulis Dahlia.
Imran pula tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan usaha isterinya,
“Terima kasih sayang untuk penginapan ini.”
Bagi pasangan muda ini, ulang tahun perkahwinan bukan sekadar tarikh untuk diraikan, tetapi juga ruang untuk mereka menyemai kembali rasa cinta, mengukuhkan ikatan sebagai suami isteri dan ibu bapa.
Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. Setahun kemudian, rezeki mereka dilengkapkan dengan kelahiran cahaya mata sulung, Yusra, yang lahir pada 7 Mei lalu.
Sejak bergelar ibu, Dahlia dilihat semakin matang dalam perkongsian di media sosial, bukan sahaja tentang kehidupan berumah tangga tetapi juga perjalanan bergelar ibu muda. Momen cuti istimewa ini jelas menunjukkan bagaimana pasangan ini bijak menyeimbangkan antara peranan sebagai ibu bapa dan pasangan suami isteri.
Ramai warganet yang menzahirkan rasa kagum dengan cara Dahlia meraikan ulang tahun perkahwinannya. Walaupun memilih lokasi mewah, mesej yang terserlah adalah bagaimana pasangan ini menghargai satu sama lain dengan cara tersendiri.
Dalam kehidupan berumahtangga, bukan nilai wang ringgit semata-mata yang menjadi ukuran, tetapi niat untuk membahagiakan pasangan dan mencipta kenangan indah yang boleh dikenang bersama anak-anak kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular di media sosial sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang lumpuh separuh badan berjalan dengan penuh semangat dan laju, hingga meraih perhatian ramai.
Video yang dikongsikan oleh Faizal Rambli itu membuatkan ramai kagum dan sebak melihat kecekalan anaknya yang tetap ceria dan kuat walaupun diuji dengan masalah kesihatan.
Difahamkan, anak perempuannya itu tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain kerana lumpuh separuh badan dan turut menghadapi masalah buah pinggang.
Bapa kepada si kecil ini yang menetap di Sarawak turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya, yang kini murid Tahun Satu, sangat bertuah dikelilingi rakan-rakan sekolah yang prihatin dan sanggup membantunya bergerak ke sana sini menggunakan kerusi roda.
Menurut Faizal, ramai yang tersentuh hati dengan perkongsiannya hingga ada yang menawarkan sumbangan, duit raya dan mencadangkan rawatan alternatif buat anaknya. Namun dia dengan rendah hati menolak dengan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.
Katanya lagi, video tersebut sekadar perkongsian peribadi untuk dijadikan kenangan bersama anaknya, dan cukuplah sekadar doa orang ramai agar anaknya terus kuat dan dipermudahkan urusan kesembuhan.