Penyanyi Shila Amzah yang kini menghitung hari untuk melahirkan bayi keduanya berharap dapat bersalin secara normal.
Menerusi Insta Storynya, Shila berkongsi rasa dan keinginannya itu bersama peminat.
Demi impian dan perancangannya untuk bersalin secara normal itu, Shila masih sentiasa menambahkan ilmu dan melakukan pelbagai teknik senaman agar impiannya terlaksana.
Tambah Shila lagi, keadaan serviksnya masih sama seperti kehamilan pertamanya sebelum ini.
“Saya tengah kumpul ini. Benda dia sebab kali terakhir saya check up serviks sama macam kehamilan saya sebelum ini. But the futher i go, hopefully as it progressess boleh jadi anterior.
Ads
“Ini merupakan yang paling lama saya mengandung setakat ini sebab nak cuba bersalin secara normal selepas pembedahan. Doakan tau,” kongsi Shila.
Sebagai persediaan kelahiran anak kedua ini, Shila juga memilih untuk bersalin di hospital sama kelahiran anak pertamanya dulu iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).
Terdahulu, Shila dan suaminya Ubai mendirikan rumahtangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung unuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental emosi. Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segera hamil.
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih. Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan. Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dengan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari). Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dnegan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.
Ketika seseorang wanita sedang hamil, dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan. Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan.
Selain menggangu tahap kesihatan si ibu, emosi semasa hamil boleh mempengaruhi anak dalam kandungan.
Ibu hamil perlu ada dalam persekitaran yang membahagiakan serta sentiasa disayangi untuk memastikan emosinya stabil dan sentiasa ceria. Kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria:
1. Hormon Kortisol Tinggi
Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindak balas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
2. Ibu Rasa Stres
Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi yang baru dilahirkan.
4. Kena Gembira, Duduk Dalam Persekitaran Positif
Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Ia boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Bagi menyokong isteri yang sedang hamil, para suami boleh menunjukkan rasa sayang kepadanya. Tunjukkan yang anda peka dengan perasaan dan keperluannya. Emosi yang terkawal akan menggalakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan lebih sihat.
Jadi buntu dibuatnya bila asyik berfikir hendak tambah anak. Tambah pula jarak anak pertama begitu jauh jaraknya. Lama-lama jadi stres bila memikirkannya kenapa masih tak hamil lagi.
Jangan terlalu stress dan memikirkan hendak hamil setiap masa. Inilah yang dikongsikan oleh Dr. Erna Nadia sebagai panduan untuk cepat hamil. Paling penting jangan stres!
Tips untuk mengandung yang saya bagi pada kawan saya tu memang selalu saya bagi pada pesakit pesakit yang datang klinik.
Kawan saya dah 6 tahun kahwin dan masih ttc. Dia pernah cuba iui, ivf tapi masih belum ada rezeki waktu tu. Dia tak ada sebarang masalah kesihatan, suaminya pun sama.
Nasihat yang saya bagi sangat simple:
1. Jangan stress Ini yang paling penyumbang faktor kenapa sukar hamil untuk sesetengah orang. Stress dari pelbagai sudut. Stress sebab mulut orang yang asyik tanya bila nak ada anak, stress sebab kerja, stress sebab hal hal lain.
Bila asyik tertekan, dan asyik pula ikut kalender ok waktu ni subur, kita mesti on. Pasangan pun akan jadi malas atau hubungan jadi kurang intim. Bukan tidak sayang tapi sebab stress buatkan hubungan tersebut jadi kurang ‘natural’.
Sebab itu benda pertama yang anda perlu lakukan adalah duduk diam diam dan fikir apa penyebab stress dan cuba elakkan/selesaikan.
Jangan asyik fikir mengandung. Bila asyik harap begini, memang akan bertambah stress bila setiap kali period, datang period.
Kawan saya ni, dia sebenarnya dah jadi kurang berfikir dan dia terfikir untuk ambil anak angkat tapi tak sangka Alhamdulillah ada rezeki dia dan suami.
2. Dapatkan berat badan ideal. Kawan saya berjaya dapat bmi ideal tahun lepas bulan 11. Dari bmi 29, jadi bmi 24.
Jika anda/pasangan masalah berat badan berlebihan, cuba dua dua berusaha dapatkan berat badan yang ideal dan sihat. InshaAllah mudah lekat.
3. Tukar habit jadi sihat. Saya cuma nasihat untuk dia ubah gaya hidup. Tak sangka dia betul betul buat. Jarang makan fast food dan dah banyak beriadah. Kalau tak sebelum ni, asyik nak lepak berjalan sahaja, lepas dia tanam azam untuk sihat dan kurus, dia betul betul ubah gaya hidup dia.
4. Pergi bercuti. Ini sangat jarang orang buat dengan betul. Bercuti dengan sebenar benar cuti tanpa gangguan. Kadang tu kita bercuti tapi kita sibuk dengan gajet kita, sibuk dengan dunia dunia luar selain kita dan pasangan.
Jika anda pergi bercuti bersama pasangan, make it the most romantic ever. Sebab bukan selalu kita dapat bercuti.
Masa cuti tu janganlah asyik fikir ok kali ni mesti buat betul betul supaya preggy. Hilangkan pemikiran ini. Tenangkan diri anda.
5. Buat solat taubat dan hajat Kita ni memang banyak dosa dosa yang kita sedar dan tak sedar. Mohon ampun dan maafkan sahaja sesiapa yang dah buat salah pada kita.
Ini pun salah satu sumber ketenangan dalam kita sedar tak sedar. Itu sahaja yang saya pesan pada dia.
Nasihat tambahan lagi satu ni saya pun taktahu berkesan atau tidak,‘Bersamalah’ suami waktu pagi pagi masa awal awal bangun tidur.
Waktu itu anda dan pasangan lebih rileks dan kurang tekanan di samping suasana sekeliling yang tenang. Jadi setiap kali sebelum tidur, pastikan tidur dengan hati yang tenang dan rileks juga. Tentang posisi atau apa, itu semua bergantunglah pada anda.
Saya dulu, masa nak dapat anak nombor dua (6 tahun juga tunggu), saya selalu bagi kucing jalanan makan. Setiap kali bagi makan, saya akan cakap dengan kucing tu untuk doakan saya dapat baby.
Saya rasa apa apa sahaja kebaikan yang kita buat, akan ada hati hati yang mendoakan kita, hatta haiwan sekalipun. Maka, jomlah jadi baik dan comel.
Yang penting setiap kali lepas solat, mohon sahaja doa pada Allah untuk berikan yang terbaik untuk kita. Percayalah rezeki kita belum sampai lagi sebab Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Sama ada untuk jadikan lebih baik dan lebih sabar.
Jodoh, anak, rezeki, ajal semua ini hanya Allah sahaja yang tahu. Jangan pertikaikan. Ada, bersyukur, tak ada pun perlu bersyukur.
Jika anda ada masalah yang sama, buat pemeriksaan kesihatan. Jika ada masalah, ikuti rawatan sehingga selesai. Jika tiada masalah kesihatan, cubalah tips di atas.
Yang penting, tak perlu bazir di atas sesuatu yang tidak perlu. Saya doakan semoga yang masih ttc akan rezeki mendapat cahaya mata nanti dan semoga kita semua sihat sihat dan comel comel saja🤍.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.