Sebut sahaja bulan puasa, mulalah kita terbayangkan air tebu yang sememangnya jarang dijumpai berbanding bulan lain. Ia cukup istimewa ketika bulan Ramadan.
Pun begitu, ibu hamil yang mengidam air tebu boleh ke ambil? Dr.Zubaidi Hj Ahmad tampil menjelaskan kekeliruan ini buat ibu hamil.
Wanita yang hamil tidak digalakkan minum air tebu atas faktor kebersihan dan tahap gula yang tinggi. Selalunya batang tebu dihimpunkan dan disimpan di satu tempat. Kita bimbang ada haiwan seperti tikus yang makan dan kencing di situ.
Jika tebu tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum diperah menggunakan mesin, bimbang ia menjadi punca jangkitan kuman terutama penyakit yang berkaitan kencing tikus.
Jadi pastikan air tebu yang diminum, datang dari sumber yang bersih (dibersihkan dulu dengan sempurna oleh penjual). Jika ia bersih, tiada masalah untuk meminumnya. Bagi wanita yang ada masalah diabetes atau diabetes setelah hamil (GDM), perlu berhati-hati kerana nilai kalorinya yang agak tinggi.
Ads
Kandungan karbohidrat air tebu dalam 100ml adalah 73g dan nilai kalorinya 269 kcal. Ia pasti meningkatkan gula dalam darah. Jika teringin minum, boleh ambil segelas kecil air tebu yang diperah lemon atau limau. Tapi, tidak boleh selalu mengamalkannya.
Wanita hamil mempunyai sistem daya tahan yang lebih rendah berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Mereka lebih mudah mendapat penyakit berjangkit, jadi berhati-hati mengambil makanan atau minuman yang yang tidak dimasak. Namun, untuk anda yang tidak hamil, ada beberapa khasiat minum air tebu seperti:
Melambatkan proses penuaan Kaum wanita sangatlah takut bila rupa atau muka nampak tua daripada umur kan? Sebab itu, digalakkan minum air tebu tetapi jangan kerap ye kerana komponen-komponen yang terdapat dalam air tebu membantu melembapkan kuit, mencerahkan kulit, memperbaiki penampilan kulit dan mengurangkan tanda penuaan.
Menguatkan tulang Sedia maklum kalsium, zat besi, magnesium boleh menguatkan tulang kita. Dalam air tebu pun ada tau semua sumber mineral tu. Manisnya yang semulajadi tu membantu menguatkan tulang walaupun usia semakin meningkat.
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.
Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Pre-eclampsia boleh menyebabkan banyak komplikasi kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan seperti kerosakan buah pinggang, gangguan fungsi hati, strok dan sawan.
Selain daripada itu, salah satu contoh penyakit yang boleh menyebabkan kedua-dua belah kaki bengkak semasa mengandung ada Sindrom Nephrotic. Penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada ginjal atau buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita.
Masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Bengkak yang melibatkan hanya sebelah kaki juga perlu dipantau dengan teliti. Sekiranya bengkak sebelah kaki ini diiringi dengas rasa sakit pada betis, lenguh dan sukar untuk berjalan seperti biasa, sila berjumpa doktor dengan segera.
Deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki ini sangat berbahaya. Penyakit ini sangat biasa berlaku pada waktu mengandung kerana darah akan menjadi lebih pekat daripada biasa.
Ditambah pula sekiranya wanita itu kurang berjalan dan mengalami dehidrasi, pembentukan darah beku ini lebih senang berlaku. Kadangkala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan menyusur ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Oleh itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.
Jangkitan kuman atau kesan alergi boleh menyebabkan sebelah kaki membengkak. Kebiasaannya, situasi ini disertai oleh demam, sakit, kegatalan dan kulit yang kemerahan pada kaki yang terlibat.
Hal ini berpunca daripadagigitan serangga atau kaki yang luka. Kuman akan menjangkiti luka itu menyebabkan cellulitis atau infeksi pada kulit kaki. Penyakit ini boleh sembuh dengan bantuan antibiotik.
Bengkak pada kaki adalah proses biasa semasa mengandung. Bengkak pada kaki ini akan pulih selepas bersalin. Amalkan minum air yang banyak dan aktiviti harian yang aktif untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa mengandung.
Seandainya anda mengalami bengkak kaki yang sangat teruk selain daripada apa yang telah diterangkan di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan lebih lanjut.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa isterinya, Datin Seri Natasha Rosa kini hamil lima bulan.
Dalam satu laporan oleh Portal Hiburan, Gempak, Eizlan menyatakan isterinya itu dijangka melahirkan bayi pertama mereka pada April tahun depan.
“Alhamdullilah, memang gembira untuk sambut bayi tidak lama lagi. Lagipun saya memang suka anak-anak.
“Anak-anak yang lain pun mereka suka bila dapat tahu akan dapat adik baru,” katanya.
Jelas Eizlan lagi, dia juga sudah mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan nanti, namun memilih untuk tidak berkongsi kepada umum terlebih dulu.
“Secara kasar dah tahu (lelaki atau perempuan). Cuma saya nak tunggu dalam sebulan dua untuk pengesahan betul-betul jantina bayi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, biarpun teruja untuk menimang cahaya mata keempat buat Eizlan dan yang pertama buat Natasha, persiapan masih belum dilakukan lagi.
“Tunggu dapat pengesahan jantina bayi nanti barulah saya dan isteri akan beli barang.” Katanya.
Turut melalui fasa alahan, Eizlan juga menyatakan keadaan isterinya sudah semakin baik Cuma cepat letih.
“Sekarang dah okay, Cuma dia agak cepat letih, biasalah orang mengandung,” katanya lagi.
Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Eizlan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 12, Zareef Yusof, 10 dan Vie Zaalia, 7.
Sumber: Gempak & IG eizlanyusuf, sashaboudville
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini, isteri kepada penyanyi rap iaitu Yonnyboi mengidam kuih akok dari kelantan sahaja. Episod mengidam Nik Nazira belum lagi berakhir dan kini masih lagi teringin beberapa makanan manis dan makanan ‘authentic’ yang lain. Malah kata Yonny lagi, isterinya hanya inginkan makan makanan yang dari khusus dari tempat asal seperti mee kolo di sarawak, akok dari kelantan dan pan mee dari penang.
Nik Nazira berkata kandungan yang kini sudah pun berusia 7 bulan namun sukar buatnya kerana mabuk selalu muntah walaupun sudah memasuki trimester 3 kehamilan.
“Sekarang saya banyak teringin benda manis macam kek”
Menjawab persoalan adakah sudah berjaya menunaikan mengidam isteri sebelum ini, Yonnyboii menjawab sudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.