Jangan ambil mudah soal keselamatan. Biarpun anda sedang hamil dan perut sudah besar jangan jadikan ia alasan untuk tidak memakai tali keledar keselamatan. “Perut dah besar, pakai belt jadi senak. Tak naklah pakai.” Tidak kiralah sebesar mana pun perut anda, sebenarnya masih ada cara yang betul untuk mengenakan tali keledar ini.

Artikel Menarik: [Makan Mi Segera, Nanti Anak Terbelit. Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil!]

Jika berlaku kemalangan, tali keledar keselamatan dapat menyelamatkan ibu hamil dari tercampak ke depan yang akan mengakibatkan kecederaan kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Perut Besar, Senak! Tak Pakai Belt Dalam Kereta, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Ada juga yang malas untuk memakai tali keledar keselamatan, dengan alasan tidak selesa dan takut mencederakan anak dalam kandungan. Tapi jika ibu tidak memakai tali keledar, ia akan lebih memburukan keadaan jika berlaku sesuatu yang tak diduga. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, menjelaskan tentang cara pemakaian tali keledar untuk ibu mengandung.

Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?

Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :

Perut Besar, Senak! Tak Pakai Belt Dalam Kereta, Bahaya Untuk Ibu & KandunganBahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu
hamil, lurus dan tidak terbelit.

IKLAN

Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.

Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg
duduk di belakang. 
Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali

pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.

Artikel Menarik: [Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat]

 

Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah
cukup ketat.

IKLAN

Perut Besar, Senak! Tak Pakai Belt Dalam Kereta, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

 

Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah
dada ibu.

 

IKLAN

Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.

Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan
meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi
pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).

Artikel Menarik: [Air Selusuh ‘Paksa’ Sakit Kontraksi Sebelum Waktunya. Bahaya Untuk Ibu & Bayi!]

Perut Besar, Senak! Tak Pakai Belt Dalam Kereta, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

TAK PAYAH beli pelbagai produk atau span untuk COVER perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.

Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai jugak. Jangan la terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak Polis atau JPJ.

Soal keselamatan tiada kompromi. Jangan ambil mudah. Dengan pemakaian tali keledar yang betul, ibu akan berasa selesa. Paling penting, ia mungkin menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi dalam kandungan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI