Ibu nak anak dengar kata, ada masa kena tegas supaya tak ‘naik lemak.’ Dalam soal mendidik anak, ibu memainkan peranan penting yang banyak mempengaruhi cara didikan anak-anak membesar. Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Ibu Nak Anak Dengar Kata, Ada Masa Kena Tegas Supaya Tak ‘Naik Lemak’
Bukan bermaksud ayah tiada peranan dalam mendidik anak tetapi sikap semula jadi ibu yang lebih prihatin, penyayang dan lemah lembut membuatkan anak lebih cepat mendengar kata jika ibu yang menasihatkan.
Jadi ibu-ibu perlu ada sisi garang yang mempengaruhi cara didikan anak supaya menjadi orang. Selain suka memanjakan anak, ibu kena bersikap tegas supaya anak tak naik lemak dan pijak kepala ibu.
Sentiasa ingatkan anak untuk solat
Biarlah berbuih mulut ibu hari-hari bebelkan anak suruh solat kerana ingatan tersebut akhirnya akan menjadikan anak orang yang tidak meninggalkan solat. Mungkin pada awalnya dia bersolat kerana takut ibu marahkannya tapi bila sudah semakin matang, dia tahu itu tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Jaga adab
Kalau tengok anak orang yang beradab, kita mesti cakap ‘pandai mak ayah dia ajar’, jadi penting bagi ibu untuk sentiasa berpesan kepada anak bagaimana menjadi manusia yang beradab dan berakhlak mulia.
Kawal anak dari tengok TV dan gajet
Ads
Ibu yang tegas dan sayangkan anak pasti tidak akan membenarkan anaknya menonton TV dan melihat gajet melampaui batas. Biarlah orang kata kita ibu yang garang dan tak kasihan pada anak tapi sebenarnya itulah ibu yang mahu anaknya tidak rosak dan menjadi orang!
Paksa anak tidur awal
Disiplin kena diajar supaya anak tak mudah buat perangai. Antara disiplin yang perlu dibiasakan pada anak iaitu kena tidur awal. Kadang kala ibu kena paksa anak untuk tidur awal. Tujuannya sudah tentu tak mahu anak kurang tidur dan akhirnya ganggu kesihatan tumbesarannya.
Jangan beri anak jajan setiap hari
Mungkin bagi sesetengah orang, ibu yang mengawal anak makan jajan kelihatan tak sporting tapi hakikatnya dia adalah ibu yang penyayang dan prihatin pada kesihatan anaknya untuk jangka masa panjang.
Beri mereka jam
Ads
Ajar anak menghargai masa dan menepati masa. Ia boleh dilakukan dengan cara memberi mereka sebuah jam. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak suka membuang masa dan selalu menepati masa.
Jangan selalu belikan barang terbaru dan terbaik
Jangan manjakan anak dengan selalu membelikannya barangan terbaru dan terbaik. Memang kita sayangkan anak tapi sikap tersebut hanya akan membuatkan anak tidak menghargainya.
Mengaku salah bila buat silap
Jangan sekali-kali manjakan anak dengan cara melindungi kesalahan yang dia lakukan. Ajar anak untuk berani mengaku salah bila buat silap serta sedia terima hukuman atas kesilapan tersebut.
Ads
Ibu adalah orang yang paling rapat dengan anak. Biarkan mereka menjadikan ibu sebagai orang pertama yang menjadi rujukan dan tempat anak mengadu masalah dan berkongsi kegembiraan. Mainkan peranan penting dalam mendidik anak menjadi insan yang berakhlak dan berjaya di dunia dan akhirat.
Nur Syahirah Aiyob dan suaminya Zahiril Adzim memang mengimpikan untuk menjadi pengacara rancangan yang berbentuk keibubapaan. Syahirah atau lebih mesra dipangil Shera Aiyob mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan namun baginya, Pa&Ma merupakan pengalaman yang baru.
Shera seronok mengacarakan Pa&Ma musim ketiga kerana shera sudah menjadi seorang ibu dan topik yang dibawa sesuai dengan jiwa seorang ibu. Menurutnya lagi, beliau memang teringin mengacarakan program berbentuk keibubapaan kerana dalam masa yang sama beliau juga dapat pelbagai informasi tentang ilmu keibubapaan.
Shera memang suka membaca tip keibubapaan dan sebagainya. Bila diberi peluang, memang seronok sangat walaupun baru sahaja shoot beberapa episod. Apa yang disampaikan didalam rancangan tersebut, dalam masa yang sama banyak manfaat yang diperoleh daripada program TV ini.
Bagi Zahiril pula, beliau banyak belajar tentang dunia pengacaraan daripada isterinya. “Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi pengacara untuk content keibubapaan, sangat seronok dan banyak belajar daripada Shera. Isteri saya memang seorang pengacara dan dia banyak membantu saya sepanjang kami shooting.”
Sebagai ibu bapa muda, Shera dan Zahiril mengamalkan konsep jadikan anak sebagai kawan baik. Namun menurut mereka, baik biarlah berpada-pada. Jika ada yang salah harus ditegur. Zahiril lebih selesa menggunakan kaedah conventional dan juga modern dalam mendidik Nadi Anaqi. Bagi Shera pula, sentiasa didik anak dalam persekitaran yang sihat dan banyakkan berinteraksi bersama anak.
Shera menyatakan harapan agar penonton Pa&Ma musim ketiga dapat menerimanya dan suami sebagai pengacara baru dan semoga apa yang dikongsikanya kepada penonton mendapat manfaat yang baik.
Bagi Zahiril pula, beliau memandang kehadapan dan menjadikan tugas sebagai pengacara Pa&Ma sebagai tanggungjawab sosial untuk memberikan informasi kepada ibu bapa di luar sana terutama ibu bapa muda. Rata-rata ibu bapa yang muda yang pernah ditemuinya kadang-kadang kurang pendedahan tentang anak-anak jadi beliau ingin jadikan Pa&Ma sebagai platform untuk berkongsi maklumat tentang keibubapaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak.
Pastikan niat yang kita buat untuk anak adalah yang elok-elok dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa juga perlu dijaga agar tak menjadi kebiasaan setiap kali nak marah.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
————————————————-
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut2 menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun2 kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Kredit : Nor Fatihahnoor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih seorang bapa kepada anak, sanggup lakukan apa sahaja. Perkongsian ibu ini tentang seorang ayah membuatkan ramai tersentuh hati.
Tugas membawa anak mendapatkan pemeriksaan kesihatan lazimnya dilakukan oleh ibu, jarang sekali kaum bapa melakukannya. Memang ada bapa yang turut serta membawa anak ke klinik tetapi selalunya hanya menemani bersama isteri.
Namun, apa yang ibu ini ceritakan pula sebaliknya. Dia telah menyaksikannya sendiri bagaimana seorang bapa yang membawa anak ke untuk pemeriksaan kesihatan di klinik. Paling respek, bapa ini sangat cool dan sangat penyayang kepada bayinya.
Bapa itu membawa anaknya berusia 3 bulan. Belajar menggunakan penimbang untuk menimbang bayinya. Walau pun tidak tahu tidak menggunakannya tetap belajar.
Rupa-rupanya sudah sediakan lengkap semua kelengkapan bayi dalam beg. Bayi menangis tapi bapa berkenaan senyum je.
Allahu penyabar lelaki ini. Bukan semua lelaki boleh uruskan anak kecil seorang. Sungguh kasih sayang seorang ayah itu terserlah. Tabiklah sebab tak pegang handphone seperti kebanyakan parents nowadays.
Respect betul dengan bapa ini, boleh urus sendiri bayi kecil dengan tenang, bermanis muka & senyum.
Hargailah suami yang tidak lupa membantu dalam menguruskan anak dan rumah tangga. Setiap suami ada kelebihannya.
Kebanyakan ibu-ibu memberikan reaksi positif kepada perkongsian ibu ini dengan menghargai kaum bapa. Tidak kurang juga yang tersentuh hati.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.