Menjadi ibu bererti anda memikul pelbagai tanggung jawab. Dalam banyak perkara, para ibu biasanya mendahulukan suami dan anak-anak. Ada sesetengahnya rasa bersalah jika mendahulukan keperluan diri. Anda sememangnya ibu dan isteri yang baik hati.
Walaupun cuba menjadi ibu paling sempurna, anda perlu sedar diri tidak sekuat mana selama-lamanya. Ada waktunya, anda perlu meluangkan masa untuk diri sendiri juga. Ingatlah, anda tunggak kekuatan keluarga. Jika anda tidak sihat, terganggulah urusan sekeluarga.
Berikut adalah panduan yang boleh dilakukan untuk menggembirakan diri sendiri. Pada masa yang sama, anda sebenarnya membantu ahli keluarga turut sama rasa bahagia. Kalau anda sihat dan gembira, barulah keluarga pun turut ceria.
1. Cari masa tidur sebentar
Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?
Ads
Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.
2. Bersenam sekadar keluarkan peluh
Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.
Ads
3. Membeli-belah untuk diri
Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.
Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.
4. Me time
Jangan sesekali menganggap masa me time sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.
Ads
Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.
5. Lakukan hobi
Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran dikekang masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada me time sendiri.
6. Belajar kemahiran baru
Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.
Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling menakutkan ibu-ibu ketika bersalin adalah koyakan. Ngeri betul bila dengar nak melahirkan anak sehingga terkoyak. Setiap kelahiran kebanyakan akan melibatkan pada perineum akibat regangan kulit, episiotomi dan penggunaan alat bantuan semasa proses kelahiran berlaku.
Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang koyakan ketika proses bersalin. Banyak tip yang boleh dilakukan atau dicuba untuk mengelak berlakunya koyakan ketika bersalin. Puan Nur Mudzalifah Chacha sudi berkongsi pengalamannya dan beberapa tip untuk memudahkan proses bersalin.
Hi ibu-ibu. saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.3kg secara normal tanpa koyak dan jahitan. anak pertama, lahir cukup bulan 40weeks 1 day, syukur sangat. lahir pada 14/4/2020. harap mommy-mommy yang lahirkan anak bulan ni dengan bulan depan dipermudahkan.
Saya kongsi sedikit pengalaman bersalin yang saya lalui. Pukul 11 malam mula rasa sakit kontraksi (kontraksi palsu) so boleh tahan lagi tapi dah tak boleh stop sampailah ke subuh jam 4pagi.
Saya mula tak tahan, perut memulas, sakit pinggang dari belakang tak boleh bawa bincang. Mak dan kakak pun suruh encik suami bawa hospital.
Sampai di hospital, check bukaaan dah 3cm. Terus admit wad, dalam wad tu tahan sakit kontraksi ja. Hanya Allah sahaja tauu sakitnya macam mana. Jam 7 pagi dah tak boleh tahan dah. Terlalu sakit! Minta nurse check bukaan, bukaan da 7cm pagi tu. Nurse suruh masuk labor room dan rest kat dalam. Dalam labor room tu tahan sakit kontraksi lagi tunggu bukaan sampai 10cm, tapi saya dah start meneran bukaan 9cm.
Maka bermulalah perjuangan seorang ibu melahirkan, sakit tu memang sakit. Tapi saya bersyukur dalam labor room tu tak lama bila dah mula meneran, nurse puji juga lah pandai meneran, curi nafas.
Masa dalam wad saya tak putus-putus berdoa semoga dimudahkan, zikir tak putus-putus saya baca.
Saya tetap berjalan walaupun sakit, tapi berjalan masa kontraksi berhenti. kontraksi saya sakit dalam 45-50saat dan makin lama naik sampai 1minit.
Saya shared apa saya amalkan sepanjang mengandung
Masa kandungan 5 bulan sampai 9 bulan saya amalkan minum air kelapa muda(tanpa gula/ice) , air kelapa bukan hari2 ya sis, saya minum seminggu tu dalam 2/3kali mcm tu… Saya banyak buat exercise seperti Squat/Ketuk ketampi/berjalan kaki. Saya tak ambil langsung minyak kelapa dara semua tu.
Masa kontraksi sakit jangan putus-putus baca zikir yunus dan tarik nafas melalui hidung keluar dari mulut supaya tak ada rasa meneran. Kalau dapat, masa kontraksi tak sakit, berjalan kalau boleh jangan duduk mencangkung sebab nurse kata tu lagi buat kepala baby lambat turun. masa kontraski sakit stop!!
Yang paling saya sarankan sis buat, try belajar bernafas! Banyak kat youtube, belajar cara teknik bernafas masa kontraksi dan teknik masa melahirkan. Curi nafas. Jangan sekali angkat punggung masa meneran/please praktis mommy-mommy! Dan kena pandai meneran yaa.. bukan setakat nafas ja tapi kena meneran tauu mommy-mommy. Mommy-mommy kena kuat semangat pastikan ada makan sebelum masuk labor room, sebab kita perlukan tenaga 200%. Saya sebelum masuk labor room saya makan kurma ja.
Tak ada yang mustahil boleh cuba, kita iktiar! Saya boleh apa lagi mommy-mommy semua. Yang penting kena kuat semangatt okayy!!! Pastikan tenaga banyakk masa tu!! Mana-mana pon tak ada masalah bersalin normal/czer/ normal vacuum/induced tu rezeki masing-masing, dah takdir kita mcm tu. kita cuma berdoa untuk dimudahkan bersalin.
Terima kasih juga kepada nurse-nurse Di Hospital Kota Belud,Sabah kerana banyak memberi semangat juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan Instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal akhirnya telah selamat menimang cahaya mata perempuan. Kedatangan puteri yang dinanti-nantikan ini sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di instagramnya, dia berkongsi beberapa keping gambarnya memangku bayi perempuan dengan senyuman. Ternyata nampak kepuasan diwajahnya setelah bergelar seorang ibu selepas melalui pengalaman sakit bersalin.
Maryam turut mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah mempermudahkan urusan bersalinnya. Keadaan bayi dan ibu pun berada dalam keadaan baik serta sihat.
Sementara itu, di entri instagram Ryzal keterujaannya bergelar bapa benar-benar satu pengalaman baru buatnya. Masih lagi tak percaya dapat memeluk dan memegang jari bayi yang selama ini ditunggu-tunggu.
Gabungan dua nama, Rizal dan Narae
Bahkan Ryzal juga turut mengumumkan nama bayi perempuannya itu dengan gabungan nama Rizal dan Narae.
Assalamualaikum warahmatullah.
Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.
Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak.
Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka menetap di Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.
Selepas Maryam dan Ryzal mengumumkan kehamilannya pada April lalu, peminat Maryam tidak sabar untuk menantikan kehadiran Maryam Junior apabila mereka turut memberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.
Sebelum ini, kegigihan Maryam menyiapkan pakaian anak perempuannya itu dengan menjahit sendiri sehingga jam 4 pagi mendapat pujian ramai kerana kerajinannya.
Kredit: IG maryamyunrrr; IG ryzalibrhm
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che’ Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.
Menurut baginda, Che’ Puan Khaleeda dan bayi berada dalam keadaan sihat.Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.
Che’ Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.
Lebih menarik, Che Puan Khaleeda telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam dan pagi tadi menerima hadiah paling bermakna seorang putera.Keluarga baru kerabat Johor
Menerusi ruangan komen di Instagram TMJ, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas kelahiran putera keduanya pagi tadi. Mereka turut mendoakan agar keluarga diraja ini terus diberkati oleh Allah SWT.
Sumber : Bernama & Instagram Tunku Mahkota Johor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...