Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir antara pasangan yang begitu menitik beratkan soal keselamatan anak. Acapkali menerusi Insta Story pasangan ini, kedua-duanya pasti akan melakukan ujian kendiri Covid-19 terlebih dahulu sebelum berjumpa rakan-rakan.
Semuanya demi si comel, Ana Nayla yang masih bayi dan memerlukan perhatian lebih. Lebih-lebih lagi soal keselamatan berjumpa orang ramai.
Dek bimbang berjumpa orang ramai, biarpun tidak diwajibkan buat bayi, Ana Nayla dipakaikan pelitup muka atau mask ketika pertama kali menaiki kapal terbang.
Namun paling comel, Ana Nayla yang berusia hampir 10 bulan ini tidak membuka ‘mask’ yang dipakaikan ibunya. Memang anak yang behave.
Menerusi Instagramnya, Ayda Jebat berkongsi cerita anak kecilnya itu yang begitu pandai mengenakan ‘mask’. Langsung tidak diusik.
Ads
“Pandemic baby be like.
“Baby dah belajar pakai mask. Well behaved baby. Alhamdulillah,” kongsi Ayda.
Malah menerusi Insta Storynya, Ayda dan Nabil yang membawa Ana Nayla menaiki kapal terbang buat pertama kali amat berbangga dengan anak kecil mereka yang langsung tidak menarik atau menanggalkan pelitup muka berkenaan.
Malah tambah mudah lagi, sebaik menaiki kapal terbang anak kecilnya itu tidur sepanjang perjalanan.
Ads
“I’m a proud mom. Baby pandai pakai mask. Ni first time pakai. Thought she gonna tarik, but nope. She’s okay Alhamdulillah.
“She even dont touch her mask. Her first time naik flight, naik atas terus tidur. Alhamdulillah. Anak yang dengar cakap, insyallah sampai besar ya sayang mommy,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayda turut memuat naik beberapa keping gambar comel bersama Ana Nayla yang kini semakin membesar. Comel sekali!
Melewati Insta Story Shuib malam tadi sememangnya buat hati sesiapa pun akan turut menangis. Perkongsian beberapa video Shuib bersama anak-anaknya yang menangis dan amat merindui ibu mereka pastinya bukan hal yang mudah dilalui oleh tiga anak kecil ini.
Berkongsi cerita dan meluangkan masa selepas bersolat bersama ketiga-tiga anaknya, Shuib dilihat begitu tenang demi menguatkan anak-anaknya yang masih kecil.
Anak sulung Shuib, Uwais Al-Qadri dilihat hanya membisu tapi air matanya tak berhenti-henti mengalir. Lebih memahami apa yang terjadi dan merasai kehilangan berbanding dua adiknya.
Sementara anak kedua dan ketiga Allahyarham Siti Sarah masih lagi bertanyakan pelbagai soalan mengenai ibu mereka, seolah-olah cuba memahami apa yang terjadi.
Terdahulu, berkongsi detik menyayat hati ketika memberitahu anak-anak mengenai pemergian ibu mereka, kata Shuib menerusi Live petang semalam, pada mulanya dia keberatan untuk menyampaikan berita pemergian arwah kepada anak-anak. Namun dia mencari kekuatan untuk menyampaikan perkhabaran itu kepada anak-anak tersayangnya.
Tiga permata hati Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menangis teresak-esak sebaik diberitahu ibu tersayang tidak akan pulang ke rumah lagi. Anak ketiganya menangis tanpa henti kerana dialah anak paling manja dan begitu merindui ibunya.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ligat memikirkan bagaimana hendak beritahu anak-anak mengenai ibu mereka. Sebaik sampai, saya naik ke bilik untuk membersihkan diri.
“Saya mandi sangat lama, terlalu lama. Selesai mandi, saya turun untuk makan. Kebetulan, azan Asar berkumandang, jadi saya naik semula untuk ambil wuduk.
“Tiba-tiba bapa mentua (Raissuddin Hamzah) hubungi dan beritahu saya perlu beritahu anak-anak kerana mereka sudah menonton kisah ibu mereka di YouTube.
“Saya pun turun dan kebetulan, berita pemergian isteri ditayangkan di televisyen (TV). Anak sulung, Uwais bertanya betulkah ibu sudah tiada? Lalu, saya panggil semua anak-anak dan terangkan perkara sebenar.
“Saya beritahu, mereka takkan dapat jumpa ibu lagi. Anak-anak menangis teresak-esak. Anak bongsu, Matin teruk menangis kerana paling manja dengan arwah dan belum faham apa yang berlaku,” katanya pada sesi live di Instagram (IG), petang semalam.
“Ibu bukan milik kita, bukan milik daddy”
Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, berkata ketiga anak-anaknya kemudian mula reda dan faham apa yang berlaku terhadap ibu mereka.
“Saya katakan kepada anak-anak, ibu bukan milik ‘daddy’ atau mereka. Walaupun kita semua berharap ibu pulang ke rumah, tetapi Allah tidak mahu pulangkan dia kepada kita kerana Allah lebih sayangkan ibu.
“Jadi, ibu pesan Uwais, Talita, dan Ayash kena jadi anak soleh, pandai mengaji dan jaga sembahyang. Doa dari anak soleh menjadi harta ibu di alam sana,” katanya lagi.
Begitu kongsi Shuib menerusi Livenya. Walaupun payah namun dia bersyukur tiga anaknya, Uwais, Talita dan Mateen akhirnya mula reda dan menerima pemergian ibu mereka. Malah kata Shuib dia bersyukur kerana Allah mengurniakan anak-anak yang baik untuknya.
Shuib yang sempat menunaikan solat Asar berjemaah bersama anak-anak memberitahu, dia memanjatkan doa agar Allah membimbing hatinya dan anak-anak untuk menjadi seperti arwah yang tidak kedekut, selalu bersedekah dan sering berbuat baik dengan semua orang.
Pada jam 5.13 pagi semalam, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19.
Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @shuibsepahtu & Berita Harian Online & @era.je
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim minyak masak tengah mahal ini apa kata kita jimatkan minyak selagi boleh. Usahakan untuk memasak menu yang ringkas tanpa menggunakan minyak. Namun salah satu cara jimat minyak pastinya menggoreng menggunakan air fryer.
Ada yang kata kering? Apa kata gunakan tip ini untuk pastikan menggoreng guna air fryer jadi sama macam menggoreng seperti biasa.
Tip jimat minyak guna air fryer yang dikongsikan oleh Lia Suriati ini simple. Wajib cuba!
Nak menggoreng tapi nak jimat minyak. Rahsia dia pakai air fryer jeeerr. Tapi ada yang kata tak suka nanti tekstur dia too dry. Jadi kerass kering tak best. Goreng dalam kuali jugak best.
Okey Lia share tips macam mana. Korang boleh menggoreng pakai air fryer. Boleh jimat minyak tapi hasil sama macam goreng dalam kuali.
Caranya korang letak sikit minyak. Lepas tu gaul-gaulkan pada bahan yang korang nak goreng tu. Dalam post ni lia tunjuk goreng bilis. So gaul minyak tu dekat bilis. Lia masukkan dalam bekas stainless steel takut mencair pulak dalam air fryer tu, nak letak gitu aje ghisaauu basket dia ada lubang-lubang kang jatuh ke bawah.
Pakai 1-2 sudu minyak pon dah cukup. Gaul rata-rata lepas tu on la air fryer macam biasa
Berapa minit bergantung pada kuantiti bilis tu. Nak pastikan bilis masak sekata. Korang bukak la air fryer tu check.
Balik-balik kan la bilis tu pakai garpu pastu masuk balik. Goreng lagi sampai dapat tahap kegaringan yang korang nak.
Lepas tu siaaaapppp!
Haaaa tips ni boleh diguna pakai jugak kalau nak goreng ayam dan ikan. Musim sekarang ni minyak masak mahal
“What is your name?…” Berkerut dahi si kecil. Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya, namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya, ia dianggap asing buat dirinya. Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak pandai berbahasa Inggeris.
Tidak perlu diterangkan apakah kelebihannya jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini dalam usia kecil lagi. Mempersiapkan anak lebih awal adalah lebih baik kerana anak akan menjadi lebih bersedia apabila masa itu sudah tiba. Namun bagaimana cara terbaik untuk pasti kan anak anda dapat mengusai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan secara semula jadi. Ikuti tip dan panduan yang diberikan.
Berkomunikasi
Berkomunikasi secara langsung menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, anda boleh memberikan panduan dalam bahasa tersebut. Misalnya, meminta anak untuk duduk. Anda boleh berkata “Sit down”. Selain itu, anda boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak sebelum tidur, sehingga anak semakin terbiasa mendengarkan bahasa Inggeris dan juga mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap. Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menemani anak semasa menonton rancangan televisyen. Anda boleh mengucapkan dan mengulangi kata-kata yang diucapkan di televisyen. Misalnya untuk bahasa Inggeris, ketika melihat haiwan kucing di televisyen, anda boleh memberitahu kepada anak bahawa kucing dalam bahasa Inggeris disebut “cat”. Cara ini efektif digunakan untuk peringkat awal mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak kerana anak mudah ingat dan memahami apa yang ditontonnya.
Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut. Dengan sendirinya anak ada akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Kenalkanlah lagu-lagu anak yang biasa dinyanyikan. Anda boleh menyanyikannya sebelum tidur atau sambil menyuapkan makanan kepada anak.
Satu kata dalam satu waktu
Ketika mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak, jangan terus memberikannya kosa kata yang harus dipelajarinya. Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Sudah tentu anak anda masih pelat semasa menyebut beberapa perkataan bahasa Inggeris. Anda perlu membantu anak menyebut dengan jelas dan nyata.
Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak bersama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali.
Namun tidak perlu mengajar bagaimana mengeja dan menulis perkataan. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...