Anak yang mengalami HFMD akan berasa tak selesa dan serba tak kena. Tambah pula dalam mulut ada ulcer yang menganggu selera makan. Apa yang dibimbangkan, HFMD ini mudah berjangkit pada anak-anak yang lain.
Apabila anak dijangkiti HFMD, semestinya ibu bapa pun terpaksa ambil cuti kuarantin sehingga anak benar-benar sembuh. Merengek, tidur tak lena itu akan dialami selama beberapa hari.
Bagi memberi idea untuk ibu bapa yang menghadapi situasi anak tak nak makan langsung, makanan semua anak reject, susu pun tak nak, ini antara idea untuk ibu bapa.
JENIS IDEA MAKANAN UNTUK ANAK YANG TERKENA HFMD
Gambar Hiasan
1. YOGURT
Boleh guna natural yogurt dan boleh blend dengan apa-apa buah untuk rasa yang lebih sedap. Yogurt kan sejuk dan mudah untuk anak telan, inshaAllah anak akan suka.
Ads
Gambar Hiasan
2. BUAH-BUAHAN FROZEN
Boleh sejukkan buah contohnya tembikan, strawberi dan boleh cuba beri anak makan. Makanan yang sejuk-sejuk boleh legakan ketidakselesaan dalam mulut.
Gambar Hiasan
3. AISKRIM DARI SUSU
Ibu-ibu boleh guna susu expressed breast milk (EBM) atau susu full cream untuk dijadikan aiskrim. Yogurt juga boleh digunakan.
Ads
Gambar Hiasan
4. AIR & ISI KELAPA
Air dan isi kelapa yang disejukkan juga boleh diberikan kepada anak yang sedang menderia HFMD. Sejuk-sejuk memang boleh meredakan. Isi kelapa ni lembut dan mudah telan tanpa perlu mengunyah dengan bersungguh.
Ini antara makanan yang ibu bapa boleh ikhtiarkan beri pada anak-anak yang kena HFMD. Anak memang akan reject banyak makanan sebab mulutnya tak selesa dengan banyak blisters. Ibu bapa kena kreatif dan bagi makanan yang sejuk dan mudah telan.
Semoga anak-anak yang dijangkiti HFMD akan segera sembuh dan kembali berselera.
Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa risau bila anak-anak mengalami masalah kurang berat badan walaupun menyusu dan makan ok.
“APA nak bagi si kecil makan? Berapa KALI nak beri makan sehari? Berapa banyak KUANTITI nasi? ikan? sayur? Apa TEKSTUR yang sesuai untuk usianya?”
Mungkin ada ibu-ibu di luar sana tertanya-tanya soalan yang sama. Bagi memastikan keadaan ini tak berterusan, biasanya ibu akan mencuba pelbagai tip. Adakah ibu tahu ada tiga faktor yang perlu dilakukan untuk pastikan pemakanan anak anda lengkap.
Tiga asas ini iaitu Kekerapan, Kuantiti dan Tekstur wajib ada setiap kali anak makan untuk memastikan anak tiada masalah berat badan.
Berikut antara infografik dari Pusat Maklumat Pemakanan Johor yang memberi “Contoh Menu Sehari” bagi bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun untuk anda. Lengkap dengan cadangan KUANTITI, KEKERAPAN & TEKSTUR yang sesuai untuk si kecil
Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui. Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi. Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
-Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
-Muka menjadi merah.
-Mata berair, bengkak kelopak mata.
-Mulut gatal, bengkak bibir.
-Tekak perit.
-Hidung berair.
-Nafas termengah-mengah, batuk.
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
-Berasa takut.
-Muka menjadi merah.
-Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
-Tekak berasa perit.
-Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Pening.
-Tekanan darah rendah.
-Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera. Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
-Antihistamines.
-Adrenaline.
-Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta. Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
Menyedari tentang kebaikan susu ibu, semakin ramai ibu-ibu pada masa kini memilih untuk memberikan penyusuan semula jadi kepada anak.
Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat dan kuat, seperti lemak, gula, protein, dan air. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi termasuk mengurangkan risiko asma, diabetes jenis 2, leukemia kanak-kanak, obesiti dan sebagainya.
Jika anda sedang memikirkan cara yang kreatif untuk memberikan susu ibu kepada anak anda terutama untuk yang berusia 6 bulan ke atas dan sudah mula mengambil makanan pejal, berikut beberapa resepi yang boleh digunakan.
Ais krim susu pisang
Bayi yang sedang dalam proses tumbuh gigi memerlukan sesuatu yang sejuk untuk melegakan gusi mereka. Amat mudah untuk menyediakannya, sediakan pisang yang dibekukan bersama susu ibu dan kisarkan mengikut kesesuaian, boleh dicampurkan kayu manis sebagai tambahan (pastikan anak anda tidak alahan kepadanya). Sedia untuk di makan terus atau boleh disimpan dalam peti sejuk.
Ais krim susu
Ia sesuai untuk menyejukkan dan menenangkan bayi yang sedang tumbuh gigi. Prosesnya mudah, cuma bekukan susu ke dalam bekas ais, dan masukkan ke dalam mesh feeder baby.
Nasi atau bijirin
Jika anda ingin memberikan bayi anak makan pejal seperti nasi atau bijirin seperti oat, anda boleh campurkannya dengan susu. Ia pastinya akan membuatkan bayi anda lebih kenyang dan sihat.
Puri avokado
Resepi makanan pejal yang mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya perlu campurkan avokado yang dilenyekkan bersama susu dan ia telah tersedia untuk diberikan kepada anak anda. Anda juga boleh campurkan sedikit air jika campuran agak pekat.
Ais krim susu buah-buahan
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyediakan ais krim susu. Anda boleh campurkan susu dengan jus, buahan atau sayuran. Jika menggunakan jus, anda boleh gaul rata susu dan jus sebelum dimasukkan ke dalam bekas ais krim (popsicle). Untuk buahan atau sayuran pula, kisarkannya bersama susu sebelum dibekukan.
Lempeng susu ibu
Sesuai untuk anak yang tidak lagi minum susu botol, tetapi stok susu simpanan masih banyak. Ia boleh dimasak sebagai sarapan pagi. Walaupun ketika memasaknya, ia akan mengurangkan beberapa nutrisi, namun, ia masih cara yang baik untuk memberikan khasiat susu kepada anak. Anda boleh mencampurkan beberapa bahan lain seperti pisang, kismis, kayu manis dan ekstrak vanila jika perlu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...