Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Jagung Bantu Naikkan Berat Badan Anak
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Ads
Cubalah Masak Bubur Jagung, Sedap, Rasa Lemak Manis
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
Ads
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Ads
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.
Dalam pantang, menu nak makan agak terhad sikit. Kebanyakan ibu risau takut tempat luka gatal, angin dan macam-macam lagi kan. Jadinya rata-rata selesa ambil langkah selamat.
Mungkin untuk menu makan tengah hari dan makan malam bolehlah gilir-gilir cuma untuk sarapan terhad sikit. Jadi bagi ibu yang nak rasa kelainan sikit dan dalam masa sama nak perut kenyang lama, boleh cuba menu Granola Oat Homemade.
Resipi ni dikongsikan oleh Suzy Honey dan bolehlah dicuba. Caranya simple je dan boleh buat stok siap-siap.
Ibu berpantang mesti dah jemu makan roti dan biskut je kan bila bersarapan. Mari sini akak kongsikan adik-adik semua makan Granola Oat Homemade ni. Bila makan ni rasa cergas betul badan dan bestnya perut dapat kenyang lebih lama. Jom masuk dapur akak.
Bahan-bahan:
-2 cawan rolled oat
-1/2 cawan madu
-1/3 buku butter
-10 biji badam @ 1 cawan almond flakes
-1/2-1 cawan dried cranberries
-1 sudu besar chia seeds
Cara penyediaan:
1- Cairkan butter kemudian gaulkan dengan madu.
Cairkan butter dan dicampur madu. dan campurkan semua bahan kecuali dried cranberries.
2- Jika guna badam sebiji sebiji, ketuk atau cincang kasar aja.
3- kemudian, campurkan semua bahan kecuali dried cranberries dan tuangkan campuran butter dan madu ke dalam adunan.
Gaulkan sehingga sebati semuanya
4- Gaulkan sebati kemudian ratakan didalam loyang.
Ratakan di dalam loyang dan bakar pada 170 darjah celsius selama 25-30 minit
5- bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit.
Hasil selepas dibakar selama 30 minit
6- kacau dan balikkan adunan setiap 10-15 minit.
Gaulkan bersama dried cranberries begini
8- selepas siap, gaulkan sebati dried cranberries.
9- tunggu sehingga sejuk dan sedia dimasukkan ke dalam bekas.
Bila dah siap, tuang pula susu. Memang sedap dimakan! Berselera bukan main lagi. Nyum nyum!
p/sc: boleh guna cranberries segar juga. Jika guna yang segar, boleh gaul bersama semua bahan dan dibakar sekali. Kalau tiada cranberrie, kismis pun dah cukup sedap tau.
Selamat mencuba ya.
Kredit: SuzyHoney
Sarapan sihat untuk badan sentiasa cergas yeah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Telur dadar memang kesukaan anak-anak kita. Tak sah kalau makan nasi tanpa telur goreng. Malas hendak menggoreng cara biasa, yang anda tidak tahu rupanya telur boleh juga digoreng menggunakan air fryer.
Paling menarik hasilnya tetap sama seperti digoreng dalam kuali. Tetap gebu dan naik elok.
Macam mana cara nak memasaknya? Suhu berapa? Perkongsian resipi dan langkah demi langkah pengguna akaun Tik Tok @wna_azy90 ini anda kena cuba. Jimat masa.
Paling penting sama sama gebu macam dalam kuali!
“Telur dadar versi air fryer. Kena try gaiss,” tulisnya di kapsyen.
Paling mudah, letakkan kertas pelapik di dalam air fryer.
Kemudian letakkan sedikit minyak masak.
Kemudian barulah dituangkan telur yang sedia dikacau.
Tetapkan suhu 160 C selama 8 hingga 10 minit sahaja.
Siap!
Tadaa, hasilnya tetap gebu gebas macam goreng dalam kuali. Jom cuba!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bulan puasa ni, bosan juga asyik makan menu gulai-gulai dengan nasi putih kan. Apa kata tukar selera sikit. Kadang menu yang kita tak pernah cuba buat, itulah yang boleh menambat hati seisi keluarga.
Apa kata cuba resipi Nasi Khao Mok. Sebenarnya resipi Nasi Khao Mok ni adalah nasi briyani Thailand. Bagi yang biasa pergi ke Thailand sebelum ini pasti dah pernah rasa. Jika yang tak pernah pergi tapi dah rasa menu ni pasti dah tau kesedapannya.
Nasi ni simple je untuk buat cuma wajib ada rempahnya. Nak tahu bahan dan cara membuatnya, resipi yang dikongsikan Nazira Zaini ini mudah dan menarik.
Siapa pernah ke utara sempadan thailand mesti tau nasi ni.. Sos nasi ni saya buat 2 versi.. Bila dicampur kedua-duanya bertambah padu dan cukup rasa.
Resepi lengkap saya sediakan ada pada gambar.
Cara untuk sediakan ayam berempah
Mula-mula perap ayam dan bahan-bahannya..
1/2 ayam
4 ulas bwg putih*
1 biji bwg besar*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 batang serai*
1 cawan tepung jagung
1 sb rempah kari
1 sb cili mesin
1 sk serbuk pati aym
2 tangkai daun kari
2 sb ketumbar biji
1 sk garam
Blend bahan *.. Campur semua bahan blend dan lain tu.. Gaul pada ayam.. Perap sekurangnya 1 jam.. Kemudian goreng.. Medium heat..
Resepi nasi saya olah sendiri.. Insyallah sedap.. Rempah ni saya beli kt shoppee je awak..Type je rempah nasi khao mok..
Nasi Khao Mok
3 cawan beras
3 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
1 biji bawang merah (hiris halus)
4 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia ( hiris halus)
2 daun pandan
1 pek rempah khao mok
1/2 tin susu cair
1/2 sb garam
2 sb gula
Tumis bahan hiris, daun pandan dengan minyak sapi dan minyak masak.. Masukkan rempah khao mok semua sekali dalam pek tu. Tumis sekejap, jangan sampai hangus pulak.
Basuh beras, masukkan bahan tumis tadi, susu cair, garam dan gula dalam beras dan masak nasi macam biasa.. Air kena lebihkan sikit dari tanak nasi biasa.
Sos colek versi 1
5 bji cili merah
7 biji cili api
4 ulas bawang putih
1 batag ketumbar
2 senduk cuka makan
1 1/2 senduk gula
1 sk garam
Daun ketumbar
Blend semua bahan kecuali daun ketumbar. Masak bahan blend atas api sederhana sampai pekat.. Masak sos ni lama sikit tau baru jadi.. Biakan sos reneh dalam 10 minit.. Bila dah pekat tutup api dan masukkan daun ketumbar..
Sos colek versi 2
Kalau di Thailand, sos ni lebih popular makan dengan Nasi Khao Mok.. Pun boleh buat pencicah keropok..
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sb cili flakes
1 senduk cuka makan
1 senduk gula
1/2 sk garam
1 cawan air
1/2 sos tomato
1sb tepung jagung bancuh air
Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Masukkan dalam periuk semua bahan.. Bila dah mendidih dalam 5 minit baru masukkan air tepung jagung.. Bergantung pada pekat yang awak-awak nak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa Bayi Saya Berpeluh Banyak Semasa Tidur?
Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur. Adakah ini sesuatu yang normal,...