Selain makanan berat dan utama, anak juga sama macam kita, sukakan makanan yang pelbagai. Salah satu menu yang boleh diberikan kepada anak-anak kita adalah beraneka bubur. Pun begitu, untuk bayi dua tahun ke bawah perlulah dikawal kandungan gulanya supaya tidak terlalu manis. Sebolehnya elakkan letakkan gula di dalam bubur anda.

Potong juga buah atau elemen utama dalam saiz yang kecil supaya tidak membahayakan anak untuk makan. Apapun jenis makanan dan bubur pastikan ibu sentiasa mengawalnya ketika anak makan. Lebih selamat. Anak kenyang, ibu pun senang hati.

Empat pilihan pengat atau bubur manis daripada empat ibu hebat ini nampak sedap. Pilihan buat anak-anak kita di petang hari. Jom cuba.

Jangan Manis Sangat, Bagi Sedang-Sedang Je, 4 Aneka Bubur Terangkat!

Resipi Atieyn Myra ini mudah sahaja, hanya gunakan 4 bahan sahaja.

Petang ni tea time Mawaddah ibu buatkan bubur jagung. Sedap walaupun no sugar no salt. Ibu dah makan semangkuk dah.

Bubur Jagung Simple

2 tongkol jagung manis
1 cawan air
⅓ cawan santan segar (saya lebihkan untuk rasa yang lebih creamy)
2 biji kurma (boleh lebihkan kalau nak lagi manis)

1. Kupas jagung dan sisirkan isinya. Ketepikan.
2. Rendam kurma dengan air panas. Buang kulit dan biji. Lenyekkan.
3. Masukkan santan, air dan kurma ke dalam periuk. Nyalakan api. Masak sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan jagung. Kacau sekejap. Masak sekitar 5 minit sahaja. Tutup api. Siap!

Tips :
Kalau beli jagung manis / jagung susu / jagung mutiara dari cameron, cara masaknya memang 5 minit sahaja. Kalau untuk rebus, makesure didihkan air sehingga menggelegak then celup 5 minit. Kalau lebih masa jagung akan kering dan hilang rasa.

Jangan Manis Sangat, Bagi Sedang-Sedang Je, 4 Aneka Bubur Terangkat!

IKLAN

Ini pula resipi perkongsian ibu Nor Syahidah Ramli yang menyediakan Pengat Pisang Kurma tanpa garam dan gula. Hanya kurma dan manis pisang sebagai perasa. Dua bahan saja dan cukup.

Semua makanan anak saya Zaid tak ditambah garam/gula tapi tetap cukup rasa.

Bak kata doktor yg ummi jumpa,
“Setiap orang tahap masin, manisnya lain-lain. Macam tu juga baby. Baby tu tak kenal lagi masin manis. Deria dia pun 3 kali ganda kuat dari kita. 2 tahun ke bawah tak perlu gula garam. Cukup kenalkan dengan yang semulajadi”

Ps: untuk anak yang masih makan texture halus, boleh blend makanan. Masak dan blend ikut texture anak masing-masing.

Pengat Pasta Kurma dan Pisang
(Sesuai untuk 7m+)

Bahan-bahan:
Pisang – dipotong kecil
Kurma Pasta

Cara:
1. Masak kurma pasta dari Eatalian Express selama 5 minit dengan air yang secukupnya.
2. Masukkan pisang.
3. Masak sehingga lembut semuanya.

IKLAN

Note: boleh masukkan puri kurma sebagai pengganti gula.

Jangan Manis Sangat, Bagi Sedang-Sedang Je, 4 Aneka Bubur Terangkat!

Bubur gandum versi baby 9 bulan dari Puan Nurul Afifah pun nampak sedap. Laju je anak makan.

Guna barang asas yang ada di rumah saja.

Bubur Gandum Versi Bayi

Bahan :
Biji gandum
Santan
Kurma
Air secukupnya untuk rebus

IKLAN

Cara cara:
Biji gandum rebus sampai lembut kembang. Dah lembut masukkan santan. Asingkan untuk portion anak. Maniskan skit dengan puree kurma. Selebihnya untuk hidangan keluarga.

Kalau tak ada gandum, guna barli pun boleh. Kalau nak wangi lagi letak daun pandan.

Jangan Manis Sangat, Bagi Sedang-Sedang Je, 4 Aneka Bubur Terangkat!

Ini pula resipi Bubur Barli daripada Puan Dahlia Kamaruza. Barli memang sedap dan baik untuk kesihatan jadi tak salah beri anak rasa barli pula kali ini. Jom cuba.

Bubur Manis Barli Epal & Pear

Barli 2 sudu besar
Apple merah 1/2 biji
Pear 1/2 biji

Caranya:
Rendam dulu barli selama 1/2-1 jam. Apple dan pear buang kulit dan potong dadu kecil. Lepas tu rebus je semua sampai barli kembang dan buah lembut.

Jangan Manis Sangat, Bagi Sedang-Sedang Je, 4 Aneka Bubur Terangkat!

Rebus sampai air agak kering kemudian blend kejap. Kalau nak halus boleh blend sampai halus. Ikut texture mana yang anak nak makan. Kalau dah boleh makan tak perlu bleh.

Tak perlu tambah kurma pun dah ada rasa manis-manis dari buah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI